Pemuda Sosialis Menuntut Pemansuhan Yuran Sekolah
Thursday, 04 February 2010
Pemuda Sosialis telah mengadakan satu sidang akhbar pada hari ini (03/02/2010)  untuk menuntut pemansuhan yuran sekolah yang membebankan rakyat Malaysia. Satu kajian awal telah dilakukan dan diberikan kepada pihak media untuk membongkarkan kepincangan pihak berkuasa yang tidak mengambil berat beban rakyat negara ini dan melakukan pengurangan bantuan pendidikan untuk rakyat biasa.
Sidang ini diterajui oleh dua penyelaras kebangsaan untuk Pemuda Sosialis PSM iaitu Sdr Bawani dan Sdr Karthiges dan dihadiri bersama Sdr M.Tanapakiam (seorang ibu),  Sdr Song Yong (aktivis DEMA), Sdr T.Ramalingam (PSM Semenyih) dan Sdr Basir (PSM).
 
Berikut ialah kenyataan akhbar tersebut :
Last Updated ( Thursday, 04 February 2010 )
Baca Lagi...
Tiada pilihan raya semula di UM
Thursday, 04 February 2010
Pilihan raya kampus (PRK) Universiti Malaya (UM) tidak akan diadakan semula dan keputusan pada Khamis lalu kekal, demikian diumumkan oleh naib canselornya, Prof Datuk Ghauth Jasmon, sebentar tadi.

dr ghauth jasmonMenurut beliau, sehubungan itu Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya (MPMUM) akan dibentuk kabinetnya dalam tempoh seminggu ini.

Katanya, siasatan yang dijalankan oleh perunding yang dilantik oleh pihak universiti dan juga perwakilan pelajar mendapati tidak ada masalah dengan sistem pengundian berkomputer (e-undi).

NONE"E-undi tak ada masalah. Kedua-dua konsultan yang dilantik daripada pelajar dan pihak universiti kata tak ada masalah.

"Harvard yang menggunakan e-voting juga tidak ada masalah," katanya.

Menurut Ghauth lagi, semua bantahan yang dikemukakan oleh pelajar tidak memberi kesan kepada keputusan pengundian.

Bagaimanapun, pihak universiti akan terus membuat pemantauan bagi penambah-baikan sistem tersebut dalam pilihan raya akan datang.

Dengan pengumuman itu, kumpulan pro-Aspirasi kekal menguasai UM dengan memperolehi 21 kerusi.

Pihak pro-Mahasiswa (pro-M) pula mendapati 17 kerusi manakala calon bebas mendapat tiga kerusi. Dua daripada tiga calon berkenaan kemudiannya menyatakan sokongan kepada kumpulan pro-A.

HAPUSKAN SISTEM E-UNDI! KEMBALIKAN PILIHANRAYA KAMPUS YANG ADIL DAN TELUS!
Monday, 01 February 2010

KENYATAAN AKHBAR: 1 FEBRUARI 2010

 

Sejak beberapa minggu ini, isu kebangkitan mahasiswa  menentang sistem pilihanraya di kampus masing-masing hangat diperhebohkan. Kumpulan mahasiswa ini menyuarakan pilihanraya kampus yang dijalankan oleh pihak universiti adalah tidak adil dan menyekat kebebasan mereka bersuara.

 

Pilihanraya kampus 2010 menjadi lebih hangat apabila mendapat tentangan ramai mahasiswa dengan pengenalan sistem e-undi yang tidak transpirasi dan senang dimanipulasi oleh pihak universiti. Ramai mahasiswa di universiti utama seperti UKM, UM, UPM dan sebagainya  mula menyuarakan tentangan mereka dengan turun ke jalan raya. Malangnya  pihak universiti telah menyalahgunakan kuasa dan berserongkol dengan pihak polis untuk menahan mahasiswa yang berani menyuarakan bantahan ini.

 

 Pemuda Sosialis membantah sekeras-kerasnya campurtangan pihak polis dan FRU yang menggunakan kekerasan dalam menyekat kebebesan mahasiswa berhimpun dan menyuarakan pendapat mereka. Pemuda Sosialis PSM  juga mengucapkan  syabas kepada kebangkitan mahasiswa yang telah menggegarkan pentadbiran universiti yang terpaksa akur dengan kuasa ini sehingga mereka menangguh keputusan pilihanraya kampus di beberapa universiti dan bersedia untuk berdialog dengan mahasiswa. Ini merupakan satu kemengan yang signifikan dalam perjuangan mahasiswa menuntut pilihanraya kampus yang telus dan adil.

 

Pemuda Sosialis berpendirian mahasiswa dan anak muda ialah kuasa perubahan dalam masyarakat. Malangnya, sistem pendidikan di Malaysia yang  berkonsepkan kepentingan kaum majikan yang  melihat mahasiswa sebagai produk pengeluaran dan mahu mereka menjadi pak turut mereka. Kebebasan bersuara, berhimpun dan berkempen ialah hak asasi manusia dan marilah bersama menentang ketidakadilan ini.

 

Hanya tangan muda yang berani sahaja mampu membawa perubahan. Teruskan Perjuangan ini.

 

Hidup Mahasiswa, Hidup Perjuangan.


 

Karthiges. MN

Penyelaras Pemuda Sosialis Nasional

Mahasiswa 'tak matang' tempelak Menteri 'ego'
Monday, 01 February 2010

Sumber: Malaysiakini

 
Pengerusi pro-Mahasiswa (pro-M) Universiti Malaya (UM), Mohd Shafie Hashim menyelar kenyataan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Khaled Nordin yang menyifatkan tindakan sekumpulan mahasiswa berdemonstrasi di hadapan pejabat Naib Canselor UM semalam selepas kalah pada pilihan raya kampus (PRK) sebagai tidak matang.

Shafie sebaliknya mendakwa kenyataan Khaled itu membuktikan bahawa Menteri itu bukan seorang pemimpin rakyat dan mempunyai ego serta tidak ada prikemanusiaan terhadap penindasan.

“Jika begitu, sebenarnya Dato Khaled juga tidak matang kerana mengeluarkan kenyataannya tanpa menyelami apa yang mahasiswa rasai,” katanya menerusi kenyataan akhbarnya hari ini.

Shafie berkata pro-M jelas dengan prinsip perjuangannya yang hanya mahu menegakkan keadilan dan menghancurkan kezaliman terhadap apa sahaja yang berlaku.

Salah tetap salah

“Pro-M tidak bias (berat sebelah) pada mana-mana pihak, yang salah tetap salah, yang benar tetap benar! Dalam konteks pilihan raya Kampus di UM kali ini, kita berhadapan dengan sistem E-votingyang masih baru dan diragui lagi ketelusan dan integriti yang tiada pada pengendalian dan pengurusan sistem berkenaan,” katanya.

Menurut Shafie lagi pro-M berhadapan dengan pentas perlawanan yang tidak adil sehingga berlaku banyak penindasan yang sangat teruk. 

Katanyai, “menang kalah bukan ukuran, tetapi mahasiswa tegas dan tetap pendirian di atas perjuangan untuk mepertahankan kebenaran dan keadilan sehingga menumbangkan segala kezaliman dan penindasan.”

Last Updated ( Monday, 01 February 2010 )
Baca Lagi...
Pekerja Kilang Belton Menuntut majikan bayar gaji mereka!
Wednesday, 20 January 2010

 

Lebih kurang 150 pekerja kilang BELTON Sdn Bhd, Sungai Siput, telah keluar protes kerana tidak puas hati dengan pihak pengurusan yang gagal membayar gaji bulan Disember 2009. Kelewatan bayaran gaji ini telah memberi kesan yang buruk kepada pekerja ini. Selain susah untuk menjaga keperluan harian, mereka juga terpaksa menanggung beban membayar denda apabila bayar lewat pinjaman rumah, kereta dan lain.

 

Para pekerja tekad akan terus berprotes sehingga majikan membayar penuh gaji mereka.

 

Last Updated ( Wednesday, 20 January 2010 )
Felda diarah bayar RM11 juta kepada peneroka
Tuesday, 19 January 2010

Sumber: Malaysiakini

 

Mahkamah Persekutuan hari ini enggan membenarkan Felda untuk merayu dan mengarahkannya supaya membayar RM12 juta kerana menipu 354 peneroka sejak 1995.

Kira-kira 600 orang, termasuk keluarga peneroka Felda Kemahang 3 dari Kelantan, yang memenuhi dewan mahkamah di Putrajaya, gembira menerima keputusan mahkamah tersebut.

Pengurus tanah rancangan tersebut yang telahpun meninggalkan dunia, telah menipu peneroka tersebut berhubung gred buah kelapa sawit mereka.

Panel tiga orang hakim yang diketuai oleh Tun Zaki Azmi, sebulat suara enggan membenarkan Felda membuat rayuan.

"Mahkamah puas hati bahawa tiada mana-mana bahagian dalam undang-undang bagi perkara ini disemak semula oleh mahkamah ini. Kami mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan," kata Zaiki dalam penghakiman lisannya.

Dua lagi panel hakim tersebut ialah Datuk Gopal Ram dan Datuk Zulkefli Ahmad Makinuddin.

Ekoran keputusan itu, maka 354 peneroka masing-masing dijangka mendapat antara RM25,000 dan RM30,000.

Mereka diwakili oleh sepasukan peguam yang diketuai oleh Wan Rohimi Wan Daud dan Yusfarizal Yusoff. 

Last Updated ( Tuesday, 19 January 2010 )
<< Start < Previous 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Next > End >>

Joomla Templates and Joomla Web Sites