PARLIMEN RAKYAT AKAN BERSIDANG LAGI! PDF Print E-mail
Friday, 14 September 2007

PILIHANRAYA UMUM AGENDA UTAMA

Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT) akan mengadakan Forum Rakyat pada 15-16 September 2007 di Kajang, Selangor. Forum Rakyat   ataupun Parlimen Rakyat ini akan bersidang untuk kali ke -3 . Forum Rakyat adalah Majlis Pembuat Keputusan Tertinggi JERIT. Lebih 100 orang wakil pekerja, peneroka bandar, pelajar, pekerja ladang dan aktivis akan menghadiri Forum Rakyat kali ini.

Sejak penubuhan JERIT pada tahun 2002, ini merupakan Forum Rakyat yang Ke-3 yang akan menentukan halatuju JERIT. Para delegasi dari Gabungan Pekerja Kilang dan Kesatuan (GPKK), Gabungan Peneroka Bandar dan Perumahan (GPBP), Gabungan Masyarakat Ladang (JSML) serta Gabungan Anak Muda dan Pelajar akan mengambil beberapa keputusan dalam memperkasakan pergerakan rakyat ini.

Antara perkara yang akan menjadi tumpuan pada kali ini adalah:

-          Pendirian dan tuntutan JERIT   dalam Pilihanraya Umum yang akan datang

-          Perancangan fokus dan halatuju JERIT  untuk 5 tahun yang akan datang

-          Memperkasakan Jawatankuasa Peringkat Tempatan

-          Pilihanraya EXCO Nasional

Secara keseluruhannya, Forum Rakyat ini akan mengambil usaha untuk mengukuhkan struktur organisasi dan mobilisasi JERIT ke arah menjadikannya satu pergerakan rakyat yang lebih mantap.

Bersatu kita membina satu gerakan rakyat yang mampu membawa perubahan!

HIDUP PERJUANGAN RAKYAT !

Share |
Joomla Templates and Joomla Web Sites
link