WAKIL RAKYAT,JANGAN MAIN DENGAN KAMI! PDF Print E-mail
Monday, 17 September 2007

KEPUTUSAN FORUM RAKYAT KE-3

Kajang - 15 & 16 Julai 2007

Kebiasaannya Kolej New Era di Kajang yang dipenuhi para pelajar hari ini dipenuhi pula dengan hampir 100 orang delegasi pemimpin pekerja dan anak muda yang hadir ke Forum Rakyat JERIT yang ke-3.

Forum Rakyat merupakan Majlis Pembuat Keputusan Tertinggi JERIT yang bukannya terdiri daripada menteri-menteriataupun VIP tetapi dianggotai oleh masyarakat akar umbi. Mereka mewakili sektor kumpulan masyarakat iaituGabungan Pekerja Kilang & Kesatuan(GPKK), Jawatankuasa Sokongan Masyarakat Ladang(JSML), GabunganPeneroka Bandar & Perumahan serta Gabungan Anak Muda & Kesatuan(GAMP).

Persidangan selama dua hari ini telahmembincangkan beberapa perkara- perkara pentingmelibatkan masyarakat seperti pendirian dantuntutan JERIT dalam pilihanraya umum, halatujudalam masa 5 tahun akan datang danmemperkasakan Jawatankuasa PeringkatTempatan.  yang JERIT

Persidangan Parlimen Rakyat kali ini menunjukkankehadiran delegasi yang mantap dan mampumembawa kepimpinan kerana sekretaraiat JERIT telah memastikan dengan tegas bahawa kehadiranwakil masyarakat kali ini adalah berdasarkan kepada1:10 dari setiap sektor dan kumpulanmasyarakat . ratio

Wakil- wakil rakyat JERIT dari Selangor, Perak dan Penang telah sebulat suara bersetuju untuk turut melibatkan diridalam pilihanraya umum yang akan datang. Semua perwakilan masyarakat sedar bahawa pilihanraya harusdigunakan sebagai platform untuk menyedarkan masyarakat tentang kepincangan yang sedang berlaku dalam sistempemerintahan sekarang.

Beberapa strategik untuk JERIT melibatkan diri dalam pilihanrayaturut dibincangkan seperti manifesto pilihanraya JERIT harusdikeluarkan di mana isu- isu akar umbi masyarakat tertindas akandiutarakan kepada calon- calon parti politik yang bertanding. Undihanya akan diberikan kepada calon yang berjanji untukmenyelesaikan masalah rakyat. Pacakan papan tanda tuntutan disetiap kawasan juga turut dipersetujui oleh delegasi wakil rakyatuntuk memberi amaran kepada calon pilihanraya bahawamasalah masyarakat tertindas harus diselesaikan kerana iniadalah tanggungjawab setiap wakil rakyat. JERIT

Dalam Forum Rakyat ke-2 di Cameron Highlands tahun 2006, keputusan untuk JERIT memimpin perjuangan menentang polisi Neo- Liberalisme telah dipersetujui dan beberapa aksi dan strategi telah digariskan. Kali ini evaluasisetahun JERIT menunjukkan perkembangan yang amat positif dalam pimpinan JERIT menentang polisiliberalisme seperti dalam isu FTA US-Malaysia dan penswastaan perkhidmatan kesihatan. neo-

Atas permintaan ramai ahli, Sekretariat JERIT telah mengeluarkan kad keahlian JERIT buat pertama kalinya. Saudara Dr. Nasir Nashim, Pengerusi Parti Sosialis Malaysia telah dijemput untuk menyerahkan kad keahlian kepada para delegasi. Beliau juga telah menyampaikan mesej kepada para delegasi untuk meneruskan perjuangan rakyat dan mengucapkan syabas kepada JERIT di perkembangannya sejak tahun 2002.

Forum Rakyat ke-3 diakhiri dengan nyanyian lagu perjuangan pekerja, Internationale, oleh wakil delegasi dengansemangat berjuang yang kental di dada. Semua yang hadir sedar bahawa hak pekerja semakin terhakis danpenindasan oleh pemerintah terhadap masyarakat semakin berleluasa, oleh itu, perjuangan kebebasan ini tidak akanberhenti selagi penindas ditumbangkan oleh kaum pekerja . JERIT sebagai pergerakan massa di Malaysia yang memperjuangkan hak kaum masyarakat tertindas mampu membawa perubahan yang mutlak kepada masyarakat!

Hidup Perjuangan Rakyat!

Last Updated ( Monday, 17 September 2007 )
Share |
Joomla Templates and Joomla Web Sites
link