RAYUAN SEGERA!HENTIKAN INTIMIDASI TERHADAP PELAJAR UPM! PDF Print E-mail
Wednesday, 19 September 2007

RAYUAN  SEGERA KERANA :

  • PIhak universiti putra malaysia (UPM) kerana terus mengintimidasi  pelajar upm
  • Pihak keselamatan upm merampasmerampas laptop, handphone, mp4, pendrive dan dokumen penting milik pelajar tahun
  • Mengugut dan menggunakan kata kesar semasa soal siasat
  • Mengugut dan putar belitkan fakta bahawa laptop mengandungi gambar lucah

Latar Belakang

    • Pada 14 September 2004 kira-kira pukul 11.00 pm, satu perjumpaan penghuni Kolej 13 UPM bersama Pengetua Kolej diadakan. Penghuni Kolej 13 dimaklumkan bahawa satu kes kehilangan telefon bimbit telah dilaporkan di dalam kolej tersebut.
    • Namun penyiasatan Pegawai Kolej hanya berlaku di bilik seorang pelajar bernama Yee Yang Yang dan satu lagi bilik kawannya.
    • Sementara itu, rakan sebilik Yee Yang Yang pelajar Ijazah Sains Teknologi Kayu, Tahun 1 dipanggil untuk  soal siasat di sebuah bilik mesyuarat
    • Selepas perjumpaan bersama Pengetua berakhir, Yee pun pergi ke bilik mesyuarat itu untuk mengetahui keadaan rakan sebiliknya. Seorang Fellow Kolej yang bernama Mohd Fakhrurazi Mustapha , telah memaksa Yee masuk ke bilik mesyuarat untuk disoal siasat.
    • Dalam bilik itu terdapat tiga orang lelaki yang identiti mereka tidak dikenali. Selepas Yee masuk bilik, semua lampu dipadamkan dan tiga orang lelaki menggunakan kata  kasar dan mengugut Yee semasa soal siasat dijalankan. Soalan-soalan yang dikemukakan adalah berkenaan Persatuan Bahasa Tionghua, Barisan Mahasiswa Bersatu serta risalah-risalah yang berkaitan tentang pilihan raya kampus yang akan datang. Soal siasat telah dijalankan selama selama 2 jam.
    • Kemudian Laptop Compaq Presario V3521TU, telefon bimbit Nokia N73, MP4, dua pendrive dan dokumen-dokumen penting yang dianggarkan berharga lebih RM5000 milik Yee telah dirampas oleh pegawai keselamatan tersebut tanpa apa-apa penjelasan. Permintaan untuk senarai barang-barang yang dirampas juga telah dinafikan malah mereka telah mengugut Yee supaya jangan banyak tanya dan ikut prosedur mereka sahaja.
    • Pada 15 September 2007 beberapa orang rakan menemani Yee untuk membuat laporan polis di Balai Polis Sri Sedang. Tetapi selepas pihak polis setelah berhubung dengan pihak keselamatan menyatakan  semua harta Yee ada pada Pegawai Unit Tugas Khas (UTK), di Jabatan Keselamatan dan meminta mereka supaya pergi ke Jabatan Keselamatan.
    • Namun UTK enggan memulangkan barang yang dirampas juga tidak mahu berjumpa Yee dan rakan-rakannya dan bersembunyi dalam bilik UTK. Didapati bahawa tiga orang pegawai yang merampas barang-barang Yee tanpa kebenaran adalah bernama Sharif, Yani dan Rahim.
    • Apabila Yee dan kawan-kawan dengan tegasnya meminta supaya diberi satu penjelasan. Sharif dan Rahim menunjuk pada Yee sambil berkata dengan kasar: " You jangan banyak cakap, nanti saya dakwa you bahawa laptop you ada gambar lucah! "
    • Setelah terus mendesak akhirnya pihak Keselamatan UPM mengemukakan surat yang  menyatakanan bahawa pihak UTK telah mengambil laptop, telefon bimbit dan MP4 untuk siasatan sahaja. Sebab perampasan barang tidak dinyatakan dalam surat tersebut.
    Nyatakan bantahan anda dengan menghantar surat bantahan kepada Naib Chanselor Universiti Putra Malaysia

Kepada,

Prof. Dr. Nik Mustapha bin R. Abdullah

Naib Canselor UPM

Pejabat Naib Canselor, Canselori UPM

43400 UPM Serdang.                                                             Faks    : 03-8948 3244

 

HENTIKAN INTIMIDASI TERHADAP PELAJAR UPM

Kami dari,__________________________-  membantah tindakan pihak keselamatan yang terus mengintimidasi mahasiswa  UPM yang menyuarakan hak mereka.

Kami  membantah tindakan pihak Keselamatan UPM yang:

1.      merampas komputer riba, telefon bimbit, MP4, pendrive dan dokumen milik seorang mahasiswa Tahun 1, Sdr. Yee Yang Yang pada 14/9/2007.  

2.      Mengugut dan menggunakan kata kesat semasa soal siasat

3.      Mengugut dan putar belitkan fakta bahawa laptop mengandungi gambar lucah

Kami berpendapat, tindakan merampas tanpa menyatakan sebab merupakan satu tindakan jenayah dan menyalahi undang-undang. Kami juga percaya pihak Universiti berniat jahat dan tindakan ini diambil untuk menakut-nakutkan pelajar terutamannya kini kerana pilihanraya kampus akan diadakan tidak lama lagi. Tindakan ini juga merupakan satu usaha pihak Universiti untuk mengintimidasi mahasiswa yang berani bersuara.

Oleh itu kami menuntut, pihak Universiti memberhentikan segala  tindakan membuli dan mencabul mahasiswa UPM. Pihak Universiti harus memulangkan semua barang yang dirampas dengan segera.

Pihak Universiti harus menjaga kebajikan dan keselamatan pelajar dan bukannya menjadi ancaman kepada mereka.  

Yang benar,

 

SILA  FAX   ATAU  EMAIL SATU   SALINAN SURAT   ANDA  KEPADA

NO.FAX: 03-87370766                   EMAIL :  

Last Updated ( Wednesday, 26 September 2007 )
Share |
Joomla Templates and Joomla Web Sites
link