Bahasa Ibunda Di Anaktirikan, Bahasa Penjajah Diwajibkan PDF Print E-mail
Friday, 26 June 2009

Kebelakangan ini terdapat banyak isu dalam sistem pendidikan negara yang mewujudkan ketidakpuasan hati di kalangan rakyat.  Isu Bahasa adalah sala satu isu yang sentiasa mewujudkan banyak persoalan dalam sistem pendidikan negara kita.                                   

Semasa era Tun Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri, dasar  pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) diperkenalkan.

Dasar ini mendapat tentangan hebat daripada rakyat sehingga kini dan Kementerian belum  mencari penyelesaian bagi isu ini.

Selepas itu, kini pula Menteri Pelajaran baru tan Sri Muhyiddin Yassin  menghadkan pengambilan jumlah matapelajaran dalam peperiksaan SPM dimana pelajar dibenarkan mengambil maksimum 10 matapelajaran sahaja. Ini bermaksud pelajar yang mahu mengambil subjek bahasa ibunda seperti Bahasa Tamil, Bahasa Mandarin atau Bahasa Punjabi sebagai tambahan akan menghadapi kesukaran terutamanya pelajar aliran sains.  Maka kembalilah isu , hak untuk belajar dan meningkatkan kepakaran dalam Bahasa Ibunda. 

Sehingga hari ini, Bahasa Inggeris adalah salah satu subjek yang wajib diambil dalam peperiksaan SPM , namun  kelulusannya tidak wajib. Akan tetapi kini,  Kementerian Pendidikan Malaysia mencadangkan satu lagi idea baru iaitu Bahasa Inggeris sebagai syarat wajib untuk lulus peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Cadangan ini amat menyukarkan pelajar memandangkan isu-isu bahasa sebelum ini masih terawang-awang tanpa penyelesaian dan masih panas.  Lagipun satu penyelidikan telah menunjukkan lebih 130,000 pelajar SPM setiap tahun gagal subjek Bahasa Inggeris terutamanya mereka di luar bandar. Maka apa akan berlaku sekiranya Bahasa Inggeris wajib lulus?

Disini, ingin ditekankan bahawa isu bahasa , mahupun apa –apa polisi pendidikan baru yang ingin diimplementasi oleh Kementerian Pendidikan harus mengambil kira beberapa –beberapa perkara berikut :

  • Suatu polisi atau dasar baru yang melibatkan keseluruhan rakyat harus mendapat persetujuan majoriti masyarakat akar umbi. Proses ini amat penting untuk memastikan check and balance dalam perlaksanaan dan efektifnya sesusatu polisi.  
  • Kementerian juga harus pastikan latihan yang secukupnya diberi kepada guru-guru supaya matapelajaran Bahasa Inggeris dapat diajar dengan baik kepada pelajar. Dalam hal PPSMI, bukan sahaja pelajar menghadapi masalah untuk mempelajarinnya malah guru-guru juga belum bersedia untuk mengambil cabaran tersebut. Dalam keadaan sebegini, adakah relevan kementerian membawa satu lagi polisi baru yang juga akan menjadi beban kepada guru dan pelajar?
  • Alasan yang diberi oleh Kementerian mengenai  semua bahan bacaan di seluruh dunia adalah dalam bahasa Inggeris adalah betul maka kita harus menguasai Bahasa Inggeris untuk menimba ilmu. Tetapi persoalan di sini adalah Apakah peranan pusat seperti Dewan Bahasa dan Pustaka dalam isu ini? Mereka yang harus menterjemahkan bahan-bahan bacaan Inggeris dalam Bahasa Malaysia  supaya semua warga Malaysia boleh membacanya. Ini adalah peranan pusat-pusat bahasa dan bukannya mengalihkan bebannya ke pihak lain dengan polisi-polisi baru seperti ini.

JERIT  mengesyorkan kepada Kementerian Pendidikan agar tidak terburu-buru dalam mengimplementasikan sesuatu polisi atau dasar baru tanpa membuat analisis yang menyeluruh. Walaupun ada kebaikannya mewajibkan penguasaan Bahasa Inggeris,  pandangan rakyat harus diambil kira kerana penyertaan rakyat akar umbi dalam memberi maklumbalas dalam polisi kerajaan adalah  proses demokrasi yang sebenar.

Last Updated ( Saturday, 27 June 2009 )
Share |
Joomla Templates and Joomla Web Sites
link