| Bajet 2010: Rakyat Dibelakangkan, Untung diutamakan! |
|
|
|
| Tuesday, 29 December 2009 | |||
|
Pertama : Meningkatkan pendapatan negara melalui pelaburan asing; Kedua : Memastikan pembangunan holistic dan mampan; dan Ketiga : Menjaga kebajikan rakyat.
ANALISA BAJET 2010:
Rancangan 1: Meningkatkan usaha untuk menarik lebih ramai pelabur asing (FDI) untuk datang dan melakukan pelaburan di Malaysia.
Kesan:
Penggalakan pelaburan asing secara mendadak akan menjadikan kehidupan pekerja lebih teruk. Rancangan 2: Pelancongan kesihatan digalakkan dengan insentif dan mengurangkan cukai pada hospital swasta
Kesan:
Maka kesimpulanya, pelancongan kesihatan akan menjadikan kehidupan rakyat Malaysia merana.
Rancangan 3: Menswastakan syarikat kewangan di bawah kementerian dan agensi-agesi kerajaan
Kesan: Penswastaan keperluan asas seperti air, elektrik, hospital semakin membebankan rakyat. Syarikat swasta hanya mementingkan untung akan meningkatkan harga tanpa hiraukan kebajikan rakyat.
Adakah kita mahu menggalakkan penswastaan yang tidak membawa kebaikan kepada rakyat???
MASALAH SEBENAR RAKYAT!!! - Tiada Akta Gaji Minima. Banyak memerondum kepada kerajaan tetapi tuntutan kami masih tidak diendahkan. - Harga barangan sentiasa meningkat. Gaji rendah, harga melambung. Air. Elektrik, kos perubatan, kos pendidikan semuanya mahal. - Krisis ekonomi di negara kita menyebabkan pekerja kehilangan kerja, kehilangan OT kami, dan juga kehilangan harta benda. Apakah perkerja dapat daripada bajet 2010 ini? - Rakyat tidak ada rumah. Rakyat diusir paksa daripada tempat tinggal mereka. Rakyat hidup di Flat-flat kos rendah yang berada dalam keadaan yang teruk, tapi pembayaran maintenance yang tinggi.
Maka, Bajet 2010…sekali lagi mengecewakan rakyat. Nampaknya, bajet 2010 bukannya akan menyelesaikan masalah sebenar rakyat. Ia hanya lebih mengutamakan golongan kaya/korporat dan menjamin keuntungan mereka. Bajet 2010 dirangka untuk mempromosikan serta melaksanakan Polisi-polisis neoliberal di Negara kita. Pastinya bukan untuk menjaga kebajikan rakyat kita. Jelas menunjukkan bahawa kerajaan yang mengagung-agungkan sistem kapitalis sentiasa mengadaikan rakyat. Slogon-slogan seperti “Rakyat didahulukan” adalah untuk menipu rakyat.
|
|||
| Last Updated ( Tuesday, 29 December 2009 ) | |||





Bajet 2010 memfokuskan tiga strategi utama :

