Sambutan Deepavali bersama Para Pekerja! PDF Print E-mail
Tuesday, 15 November 2011
13 Nov 2011- Hari ini, sempena Deepavali satu jamuan kecil telah diadakan di Dewan Jalan Reko, Kajang. Kebiasaannya, para pekerja dari kawasan-kawasan Kajang, Bangi, Semenyih, Balakong dan Dengkil akan mengadakan mesyuarat dua bulan sekali untuk berbincang serta berkongsi pengalaman berhubung isu-isu yang berlaku di kawasan masing-masing.
 
Kali ini, mesyuarat pekerja telah digantikan dengan jamuan Deepavali. Lebih 50 pekerja telah hadir bersama dan mereka juga telah membawa makanan dari area masing-masing. Sebelum jamuan dimulakan, para pekerja telah memberi sedikit perkembangan di kawasan mereka. Misalnya, penduduk ladang Abaco telah memaklumkan bahawa ladang mereka akan dijual dan akan memperjuangkan hak perumahan; penduduk Taman Permata dengan gembiranya mengumumkan bahawa Kerajaan Negeri bersetuju untuk memberi tanah kepada mereka untuk dibina rumah; Penduduk Taman Manikavasagam telah mengatakan bahawa kebanyakan masalah-masalah di taman seperti lampu jalan, kemudahan padang dan sebagainya telah diselesaikan dengan bantuan Sdr. Arul, ahli majlis zon 18; penduduk dari cheras mengatakan bahawa mereka sedang menjalankan kempen menghentilkan tol.

Ini Diikuti dengan penerangan ringkas mengenai pilihanraya ke 13 oleh Sdr. Simon. Kemudian, jamuan makan-makan dimulakan. Jamuan ini juga telah memberi satu ruang kepada para pekerja untuk sentiasa beramah-mesra   di antara satu sama lain.
Last Updated ( Wednesday, 16 November 2011 )
Share |
Joomla Templates and Joomla Web Sites
link