AKTA PERHIMPUNAN AMAN! AKTA untuk MEMBELA yang Berkuasa! PDF Print E-mail
Tuesday, 29 November 2011
Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman diperkenalkan untuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Akta Kediaman Terhad..   Kononnya  Akta baru ini lebih  demokratik untuk rakyat Malaysia.  Mengikut rang undang-undang ini,  rakyat dibenarkan berhimpun secara aman dalam stadium  dengan hanya memberi notis 30 hari kepada polis. Polis dengan budi bicaranya akan meluluskan permohonan untuk perhimpunan aman. Ini adalah hipokrasi pemerintah.


Badan Bukan Kerajaan (NGO), kumpulan   hak asasi manusia, Majlis peguam negara, Suhakam,  kumpulan pelajar, parti-parti politik pembangkang dan rakyat  Malaysia pada amnya telah menentang sebulat suara rang undang-undang Perhimpunan Aman yang dibentangkan dalam Parlimen Sejas seminggu lalu.


            Sejarah Malaysia dari zaman Pemerintahan British kemudian diikuti dengan pemerintahan  Parti  Perikatan  dan kini di bawah pemerintahan Barisan Nasional telah mengikat ruang demokrasi Negara. Atas nama demokrasi inilah kerajaan British dalam tahun 1948 telah mengistiyarkan darurat yang menghancurkan kebangkitan kaum pekerja dan rakyat  pada amnya yang menuntut hak mereka secara adil.


Pada hal British hanya menggunakan alasan demokrasi untuk melindungi pelaburan ekonomi di  Tanah Melayu pada ketika itu.  Sekali lagi,  pada tahun 1969 atas nama demokrasi  kerajaan Perikatan di bawah  Pimpinan Tunku Abdul Rahman telah mengistiyarkan darurat yang menindas  parti-parti politik pembangkang yang menang  hebat dalam pilihanraya umum pada ketika itu.

Pada tahun 1974, kerajaan Barisan Nasional  atas nama demokrasi telah mengistiyarkan Akta Universiti untuk menekan  kebangkitan mahasiswa yang berjuang bersama masyarakat tertindas  pada ketika itu.  sekali lagi, pada tahun 1987 melalui Operasi Lalang dan  pada tahun 1998 dengan menghancurkan kebangkitan Reformasi,  Kerajaan Barisan Nasional telah menegakkan “demokrasi” di Malaysia.


Akta Perhimpunan Aman adalah satu lagi “demokrasi” yang diamalkan oleh Kerajaan Barisan Nasional untuk menghancurkan kebangkitan rakyat menuntut hak dan demokrasi tulen di Negara ini. Selama pemerintahan 54 tahun UMNO- Barisan Nasional, Polis digunakan secukup-cukupnya untuk menghancurkan kebangitan rakyat.  Akta ini memberikan kuasa yang cukup luas kepada polis untuk bertindak  menghapuskan sebarang ancaman kepada kerajaan Barisan Nasional. 

Apakah rasionalnya akta ini apabila;

  • Peneroka Bandar yang yang diancam perobohan rumah pada bila-bila masa perlu mengambil notis 10 hari dari polis untuk berkumpul di hadapan kementerian perumahan?
  • Pekerja ladang yang diberhetikan kerja tanpa sebarang ganti rugi  berprotes  di depan bangunan  Sime Darby   dikenakan denda  RM20,000  hanya kerana menuntut hak?
  • Kesatuan yang menganjurkan protes di hadapan kilang yang tidak membayar gaji pekerja  dikenakan  denda RM10,000?
  • Polis yang menentukan siapa, untuk apa,  bila, mana dan bagaimana sesuatu perhimpunan itu diadakan.

Jika Akta ini diluluskan, pemerintahan diktator Barisan Nasional akan mematikan segala  perjuangan menuntut  hak asasi rakyat  Malaysia. Yang kaya dan Yang berkuasa akan terus menerus menindas rakyat marhean.

 

Ayuh kita beramai-ramai turun bersatu menentang akta ZALIM ini?  

Share |
Joomla Templates and Joomla Web Sites
link