FTA MEMBUNUH! Pengedaran Risalah FTA di 10 hospital PDF Print E-mail
Wednesday, 07 December 2011
Hari ini Gabungan membantah FTA telah mengedar risalah mengenai kesan-kesan FTA ke atas kesihatan rakyat Malaysia. Pengedaran ini telah dilakukan di 10 buah hospital di Negeri Johor, Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Pahang  dan Kuala Lumpur.


Malaysia pada masa kini sedang menjalankan rundingan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) dengan Amerika Syarikat melalui Perjanjian Kerjasama Trans Pasifik (TPPA). Perjanjian FTA mempunyai klausa-klausa yang akan memberikan manfaat kepada syarikat –syarikat farmasi negara maju seperti Amerika dan Eropah dimana hakmilik paten sesebuah ubat akan dilanjutkan . Maka ubat –ubat generik yang banyak dihasilkan oleh kilang-kilang farmasi tempatan akan dihalang.

 

 

Rakyat biasa akan hilang peluang memperolehi ubat dengan harga yang rendah . Harga ubat akan melambung naik! Bagi memberi kesedaran kepada rakyat, satu risalah telah dihasilkan dan diedarkan di hospital-hospital.

 

 

Last Updated ( Wednesday, 07 December 2011 )
Share |
Joomla Templates and Joomla Web Sites
link