Tukar BN Jika Mahu Selamatkan Hak Asasi di Malaysia! PDF Print E-mail
Saturday, 10 December 2011

10 Disember – Hari Asasi Manusia Sedunia. Tarikh ini merupakan tarikh keramat kerana 63 tahun yang dahulu Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) telah menerimapakai Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR) untuk mempromosikan  dan melindungi hak asasi. Malaysia juga merupakan salah satu anggota Majlis Hak Asasi Manusia PBB – bermakna Malaysia bersetuju melindungi hak asasi di peringkat antarabangsa.  TETAPI apakah realitinya di Malaysia di bawah pimpinan Perdana Menteri Najib Tun Razak???

 

            BERHIMPUN – TAK BOLEH !

·         Perkara 20 UDHR dan Artikel 10 Perlembagaan Malaysia menyatakan bahawa setiap orang berhak kepada kebebasan berhimpun secara aman. Namun, kita sering melihat kebebasan ini disekat. Ini jelas dapat dilihat apabila pihak polis bertindak ganas dengan melepaskan gas pemedih mata dan semburan air kimia ke atas rakyatnya sendiri ketika himpunan BERSIH. Kini kebebasan ini dihadkan sekali lagi – tiada demonstrasi jalanan; bukan warga Negara Malaysia dan kanak-kanak di bawah 15 tahun tidak membenarkan berhimpun. Cara Kerajaan BN meluluskan undang-undang perhimpunan awam dengan begitu banyak sekatan secara terburu-buru  mengesahkan bahawa Najib memang anti hak asasi manusia.

           

BERSUARA – TAK BOLEH !

·         Perkara 19 UDHR pula menyatakan bahawa menyatakan bahawa setiap orang berhak kepada kebebasan pendapat dan mengeluarkan fikiran.  Menurut kajian yang dijalankan oleh Freedom House, Malaysia menduduki tangga ke 142 daripada 196 buah Negara pada tahun 2010. Malah, di kalangan Negara-negara Asean prestasi Malaysia juga amat memalukan. Penulis blog, pihak wartawan, pihak media,  pihak pembangkang dan individu-individu masih menjadi mangsa kebebasan bersuara. Mereka sentiasa diintimidasi dan disekat oleh Kerajaan BN dengan menggunakan akta-akta yang anti hak asasi manusia seperti Akta Hasutan, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan dan sebagainya.

HAK BICARA – TAK BOLEH !

 

·         Perkara 9,10 dan 11 menyentuh mengenai penahanan tanpa bicara. Malaysia amat terkenal dengan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Ordinan Darurat 1969 yang menafikan hak seseorang yang ditahan di bawah akta ini daripada dibicarakan. Walaupun Najib dengan bangganya  mengumumkan bahawa ISA akan dimansuhkan namun, penahanan 13 orang di bawah ISA di Tawau, Sabah baru-baru ini, jelas menunjukkan Kerajaan BN di bawah pimpinannya masih tidak bersedia untuk membuat sebarang perubahaan yang pro hak asasi manusia.

 

HAK PEKERJA – TAK BOLEH

 

·         Pekerja di Malaysia termasuk pekerja migran yang merupakan tulang belakang pembangunan negara semakin ditindas akibat sistem demokrasi yang semakin terhakis. Di tempat kerja, para pekerja sering ditindas dan dipaksa membuat kerja lebih masa sehingga 12 jam serta amat sukar untuk menubuhan kesatuan sekerja. Malah sehingga kini, Akta Gaji Minima masih belum dilaksanakan di Malaysia. Pindaan Akta Kerja 1955 pada  6 Oktober 2011 menjelaskan bahawa Kerajaan BN  di bawah Najib sah anti pekerja.

 

HAK KESIHATAN – TAK BOLEH 1

 

·         Kerajaan BN di bawah Najib masih tidak mengendahkan hak kesihatan serta alam sekitar apabila masih berdegil untuk meneruskan projek Lynas walaupun mendapat tentangan yang berterusan daripada rakyat Malaysia. Kerajaan BN masih tidak mahu mengambil sebarang ikhtibar daripada insiden Bukit Merah dan rela membahayakan serta mengancam keselamatan rakyat dan persekitaran dengan membenarkan syarikat asing membina kilang Lynas di Malaysia.

 

Perdana Menteri silih berganti  tetapi situasi hak asasi manusia di Malaysia semakin terhakis. Mereka TIDAK BOLEH membawa perubahan tulen yang yang diaspirasikan oleh rakyat. Jadi rakyat TIDAK BOLEH bersabar lagi. Selagi penindasan terhadap kaum pekerja dan golongan miskin berterusan, selagi itu perjuangan hak asasi harus diteruskan untuk mengingatkan kepada pihak kapitalis dan kerajaan pro kapitalis bahawa rakyat semakin sedar dan tiba masanya untuk SELAMATKAN MALAYSIA DARI CENGKAMAN BN UNTUK MENIKMATI KEBEBASAN DAN HAK ASASI!

 

Kuasa Rakyat BOLEH Membawa Perubahan !

 

 

Last Updated ( Saturday, 10 December 2011 )
Share |
Joomla Templates and Joomla Web Sites
link