JEMPUTAN KE MESYUARAT KONSULTANSI PINDAAN AKTA KERJA PDF Print E-mail
Sunday, 08 January 2012
JERIT ingin menjemput wakil-wakil kesatuan/organisasi/masyarakat dan warga pekerja ke mesyuarat konsultansi untuk membincangkan tindakan lanjut mengenai pindaan Akta Kerja 1955 yang baru-baru ini diluluskan di Dewan Negara.
 
 Berikut adalah butir-butir berkenaan dengan mesyuarat tersebut:
 
Tarikh               : 29 Januari 2012
Masa               : 11 pagi
Tempat           :  A-2-7 Pusat Perdagangan Seksyen 8,
                           Jalan Sg Jernih 8/1,
                           Petaling Jaya, Selangor
 
Kami berharap semua kumpulan yang memperjuangkan hak pekerja di Malaysia dapat bergabung tenaga dan merancang tindakan susulan untuk membantah pencabulan hak pekerja yang sedang berlaku di negara ini.
 
Justeru itu, kami berharap wakil daripada organisasi/masyarakat/kesatuan sekerja  akan hadir ke mesyuarat konsultansi ini. Untuk mengesahkan kehadiran anda, sila hubungi saudari Sivaranjini 019-6693412.
Share |
Joomla Templates and Joomla Web Sites
link