Perayaan Ponggal:Hari Memperingati Sumbangan Pekerja dan Petani Sedunia! PDF Print E-mail
Tuesday, 10 January 2012

Tahun ini makkal ponggal (ponggal rakyat) akan diadakan seperti info di bawah:

 

Tarikh: 22 Jan 2012

Masa: 9.30 am - 12.30 pm

Tempat: Flats Taman Permata Dengkil

 

Perayaan Ponggal ataupun Pesta Menuai merupakan satu amalan tradisi masyarakat India bagi meraikan hari menuai padi.  Ponggal disambut demi memperingati sumbangan dan tenaga pekerja terutamanya petani kepada kehidupan manusia. Di India, pada masa dulu kala dan juga sekarang, pertanian merupakan aktiviti ekonomi yang penting - hari pertama menuai yang selalunya jatuh di pertengahan bulan Januari disambut sebagai hari Ponggal. Pada hari Ponggal, masyarakat akan menyatakan penghargaannya  kepada petani, pekerja sawah, alam semula jadi dan lembu yang digunakan untuk pertanian. Perayaan ini disambut oleh semua tanpa mengira agama yang dianuti.

Kebiasaannya, ponggal akan dimasak dengan menggunakan belanga yang diperbuat daripada tanah liat dengan menggunakan beras dari hasil tuaian pertama. Nasi ponggal akan ditanak menggunakan susu di mana, ketika susu melimpah keluar, para petani akan menyebut “ponggaloo ponggal”.

 

Pada masa kini kebanyakan kita tidak lagi menjalankan pertanian. Maka kenapa kita harus menyambut ponggal? Ponggal pada masa kini penting kerana, ia merupakan hari untuk memperingati sumbangan pekerja dalam pembangunan negara dan kaum manusia.

 

Pekerja adalah nadi pembangunan sesebuah negara. Hari ini Malaysia maju kerana sumbangan dan pengorbanan pekerja ladang, pekerja kilang, petani, orang Asal dan juga pekerja di sektor lain. Tanpa pekerja, Malaysia tidak akan maju. Akan tetapi apakah keadaan pekerja ini yang membawa kemajuan dan pembangunan di Malaysia? Kemiskinan, penindasan dan pengeksploitasian terus berlaku. Para pekerja diberi gaji yang rendah, dieksploitasi dan ditindas oleh majikan. Tiada undang–undang yang kukuh yang menjamin hak pekerja. Pekerja ladang masih lagi tidak diberi  gaji bulanan selepas 4 generasi di ladang, golongan pekerja lain masih tiada gaji minima dan banyak lagi masalah yang dihadapi.

 

Cukup sudah penindasan ini. Hak pekerja harus dibela. Pekerja harus menuntut hak mereka. Kita harus berjuang demi masa depan generasi pekerja yang akan datang.

 

Mari kita menyambut perayaan Ponggal ini dengan beriktibar untuk memperjuangkan hak pekerja sedunia demi masa depan yang baik.

 

 

Selamat Hari Ponggal kepada Pekerja Sedunia

Last Updated ( Tuesday, 10 January 2012 )
Share |
Joomla Templates and Joomla Web Sites
link