FORUM PERJANJIAN PERDAGANGAN BEBAS (FTA) DAN IMPLIKASI NYA KEPADA WARGA PEKERJA MALAYSIA PDF Print E-mail
Tuesday, 31 January 2012

Kerajaan Malaysia kini sedang mengadakan rundingan Trans Pacific Partnership Agreement /Free Trade Agreement dengan Amerika dan juga dengan European Union .  

 

Forum akan diadakan seperti berikut ;

 

 Tarikh: 4hb.Februari, 2012 (Sabtu)

Masa: 8.30 pagi hingga 1 tengahari

Tempat : Dewan Perpustakaan Komuniti Petaling Jaya, Lot 389, Jalan Selangor Seksyen 3, 46050 Petaling Jaya

 

 

 

Melalui perjanjian perdagangan bebas ini, ianya memberikan implikasi yang besar kepada warga pekerja kerana perjanjian ini mengikat ruang perundangan Kerajaan Malaysia dari segi ;

a)    Penurunan tariff cukai barangan import US, maka industri tempatan dan pekerja akan terjejas kerana saingan harga.

b)    Industri tempatan tidak dapat dilindungi, kerana kemasukan bebas produk asing .

c)    Kemasukan pelabur asing yang akan menuntut undang-undang buruh Malaysia dilonggarkan. JIka Kerajaan enggan, maka pihak pelabur boleh menyaman Kerajaan di tribunal Mahkamah Antarabangsa.

d)    Kesan kepada sektor kesihatan, terma hakcipta ubat dilanjutkan , maka harga ubat kekal tinggi kerana ditentukan oleh syarikat pemegang paten ubat.

 

Forum khas ini akan meneliti kesan –kesan terhadap warga pekerja khususnya dan rakyat Malaysia.

 

 

 

Last Updated ( Tuesday, 31 January 2012 )
Share |
Joomla Templates and Joomla Web Sites
link