MELINDUNGI PEKERJA DAN HAK KESATUAN, MAHKAMAH RAYUAN GAGAL! PDF Print E-mail
Tuesday, 21 February 2012
 
Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT) hari ini dukacita dengan keputusan mahkamah rayuan di Putrajaya oleh hakim-hakim yang bijaksana iaitu Hakim Abdul Wahab Patail, Hakim Anantham Kasinathan dan Hakim Linton Albert  yang berpihak kepada majikan Guppy Plastik Sdn Bhd.
 
Kes ini yang berlarutan selama 14 tahun, di mana 3 orang pekerja ini yang menjadi perintis kepada penubuhan kesatuan telah dibuang kerja sebaik sejurus mereka menubuhkan kesatuan sekerja pada 27 April 1998. Pekerja membawa kes ini ke Mahkamah Perusahaan namun  keputusan memihak kepada majikan. Selepas itu, pekerja, mencabar keputusan Mahkamah Perusahaan di Mahkamah Tinggi dan menang di mahkamah tinggi  pada 14 Disember 2009. Namun majikan telah membuat rayuan di Mahkamah Rayuan dan kes didengar di mahkamah rayuan pada 21hb Februari, 2012 dimana Hakim Mahkamah Rayuan gagal melihat pemangsaan pekerja-pekerja kesatuan malah menganggap pembuangan kerja ini betul kerana ahli-ahli utama kesatuan Guppy plastik melakukan aktiviti-aktiviti kesatuan di premis kilang.
 
Di Malaysia, walaupun undang-undang membenarkan pekerja menubuhkan Kesatuan namun, pihak majikan terus menerus menekan dan menghukum pekerja-pekerja yang memperjuangakan hak mereka melalui kesatuan. Apa gunanya undang-undang dan mahkamah jika pekerja tidak dilindungi dan majikan terus mendiskriminasi para pekerja. 
 
Keputusan Mahkamah Rayuan ini sekali lagi membuktikan sistem dan institusi di Malaysia tidak memberikan perlindungan yang sewajarnya kepada para pekerja. Ini adalah antara usaha-usaha yang berterusan untuk menghancurkan Kesatuan Sekerja di Malaysia yang terus menjunam ke 6.9% daripada jumlah pekerja di Malaysia.
 
Apa yang berlaku kepada 3 orang ahli tertinggi Kesatuan Sekerja Guppy Plastic ini adalah penganiyaaiaan. Apa yang majikan Guppy Plastik melakukan adalah pemangsaan semata-mata. Kegagalan melihat isu pemangsaan ini adalah satu kegagalan sistem kehakiman. Pemangsaan terhadap ahli kesatuan adalah pemangsaan terhadap keseluruhan kaum pekerja!
 
Hentikan usaha menghancurkan Kesatuan Sekerja secara sitematik!
Hentikan Pemangsaan Ahli-ahli Kesatuan Sekerja!
 
Hidup pekerja
Hidup perjuangan

 

 

Last Updated ( Tuesday, 21 February 2012 )
Share |
Joomla Templates and Joomla Web Sites
link