Jaringan Penduduk Flats peringkat Negeri Selangor dibentuk PDF Print E-mail
Sunday, 25 March 2012

Sumber: Pejabat ADUN Kota Damansara

 

25hb.Mac, 2012 Perpustakaan Komuniti MBPJ

 

Seramai 50 orang para wakil JMB /Persatuan Penduduk Perumahan Kos Rendah dari disekitar Selangor telah hadir satu sesi khas mencari penyelesaian masalah berterusan yang sedang di hadapi oleh para penduduk.


Konsultasi ini adalah anjuran bersama Jaringan Rakyat Tertindas(JERIT) dan pejabat ADUN Kota Damansara Dr.Nasir Hashim . Masalah perumahan pangsa rumah kos rendah adalah suatu masalah yang berterusan dimana pelbagai isu penyelengaraan tidak dapat diatasi oleh JMB ataupun Management company yang dilantik. Para penduduk yang dihadir telah mengeluarkan pelbagai idea yang bernas dalam sesi bengkel .


Penduduk berpandangan bahawa tidak wajar penduduk kos rendah pangsa dibebankan oleh dua jenis bayaran iaitu bayaran cukai taksiran dan bayaran bulanan penyelengaraan. Kebanyakkan perumahan kos rendah terpaksa membayar bayaran bulanan diantara RM 30 hingga RM 50 dan cukai taksiran diantara RM80 hingga RM 140 setahun. Maka bagi kebanyakkan penduduk yang berpendapatan rendah ini , ianya merupakan suatu bebanan.


Mereka menuntut agar cukai taksiran ini dihapuskan ataupun dijadikan satu bayaran sahaja yang merangkumi perkhidmatan penyelengaraan didalam dan diluar kawasan perumahan. Para penduduk juga menuntut agar penyelengaraan RKR ini diambil alih oleh pihak PBT agar ianya memudahkan penguatkuasaan undang-undang terhadap penduduk yang tidak membayar .


 

 


Kapt Kamaruzaman , wakil YB Iskandar Exco Perumahan memberikan kepastian bahawa isu pengurangan kadar cukai taksiran untuk perumahan pangsa RKR telahpun dibawa keperhatian Kerajaan Negeri oleh Majlis Perbandaran Kajang . Beliau memaklumkan bahawa MPKj sedang membuat suatu kertas kerja untuk mengkaji untuk dibentang dalam Mesyuarat Tindakan Ekonomi Negeri Selangor.


Sesi ini juga dihadiri oleh Pengarah Persuruhjaya Bangunan COB dari Jabatan Perumahan Negara En,Ridwan . Penduduk juga diberikan taklimat mengenai kemudahan-kemudahan yang sediakan untuk penduduk pangsa RKR oleh pihak Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Selangor.


 

 


Para wakil penduduk juga bersetuju untuk membentuk suatu jaringan penduduk RKR pangsapuri yang akan mengatur tindakan susulan menyelesaikan masalah perumahan rakyat .

 

 

Last Updated ( Tuesday, 27 March 2012 )
Share |
Joomla Templates and Joomla Web Sites
link