Tiada apa yang percuma di dunia. Pendidikan? PDF Print E-mail
Wednesday, 18 April 2012

Kesungguhan dan keberanian golongan anak muda ini perlu dikagumi. Seluruh negara sedang memerhatikan kebangkitan mahasiswa yang menuntut pendidikan percuma dilaksanakan di Malaysia!

 

Perlaksanaan pendidikan percuma mampu dengan penghapusan PTPTN yang berfungsi sama seperti institusi kewangan bank dengan memberikan dana untuk anak muda bagi melanjutkan pelajaran.Sounds good right??? Tetapi seperti bank- bank lain, pinjaman untuk pelajaran dikenakan bunga sebanyak 4% yang kini 1%.

 

Tidak kira apakah bunganya, kita tahu tujuan interest adalah untuk dapat keuntungan lebihan bagi pinjaman wang yang diberi.Persoalan mahasiswa progresif ini adalah patutkah pinjaman untuk pendidikan digunakan sebagai perniagaan demi keuntungan.

 

Bukankah sesuatu kerajaan harus bertanggungjawab untuk memastikan rakyatnya mendapat pendidikan yang sewajarnya dan kadar buta huruf di negara dikurangkan. Tetapi untuk melaksanakan tanggungjawab ini patutkah pendidikan diberi percuma @ dikenakan bayaran? 

 

Kita sering mendegar ramai yang menyebut "Nothing comes free in this world". Pemikiran kita dibentuk sedemikian oleh golongan kapitalis untuk memastikan tiada apa yang percuma di dunia ("Nothing is free in this world"). Kalau percuma bagaimana kelas kaya akan mendapat untung!

 

Negara kita pandai dalam membuat perbandingan dengan negara lain dalam isu kenaikan harga petrol, keselamatan, ISA dan sebagainya. Kenapa tak buat yang sama untuk pendidikan? Sumber dari Wikipedia menujukkan senarai negara- negara yang memberikan pendidikan percuma pada peringkat universiti:

-Barbados

  • -Brazil
  • -Belgium
  • -Croatia
  • -Denmark
  • -Finland
  • -Greece
  • -Hungary
  • -Kenya
  • -Malta
  • -Mauritius
  • -Morocco
  • -Norway
  • -Scotland
  • -Slovakia
  • -Sri Lanka
  • -Sweden
  • -Trinidad and Tobago
  • -Brunei
  • -Turkey
  • -Oman
  • -Saudi Arabia


Universal Declaration of Human Rights (UDHR)- 1948, juga ditandatangani oleh kerajaan Malaysia, turut menyatakan hak setiap individu untuk pendidikan percuma.(Article 26).

 

Keberanian mahasiswa untuk menuntut pendidikan percuma ini bukan untuk diri mereka lagi sebenarnya kerana beberapa tahun lagi mereka akan habis belajar dan akan masuk kerja. Perjuangan mereka adalah untuk generasi akan datang, anak- anak, cucu- cicit kita.

 

Beri sokongan kepada golongan anak muda ini di Dataran Merdeka.

 

 

 

 

Last Updated ( Wednesday, 18 April 2012 )
Share |
Joomla Templates and Joomla Web Sites
link