Janji DITEPATI oleh Kerajaan Negeri Selangor Isu Perumahan Penduduk Flats Taman Permata PDF Print E-mail
Friday, 06 July 2012

Sabtu 30/6/2012

 

Hari ini , 400 penduduk Taman Permata , Dengkil rasa sungguh gembira kerana Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor telah menepati janji dengan memperuntukkan tanah untuk membolehkan Kerajaan Persekutuan membina rumah teres kos rendah.

 

Latar Belakang 

 

Penduduk FLATS Taman Permata adalah bekas pekerja Ladang Prang Besar, Sedgeley, Galloway dan Medingley. Tanah yang diduduki  mereka diambil untuk pembangunan Putrajaya.

 

Apabila ladang diambil alih, lebih 400 pekerja ladang dipindahkan. Tuntutan bekas pekerja ialah rumah teres kos rendah. Ahli politik BN berjanji. Tapi janji bertukar ngeri! Mereka diberi rumah FLATS kos rendah yang pada masa itu dikatakan sementera tapi kini sudah 12 tahun!

 

Keadaan flats sungguh mengerunkan, dimana tanah tidak stabil, banjir, paip-paip pecah walaupun sudah banyak kali diperbaiki dan banyak lagi.

 

Maka penduduk Taman Permata untuk perumahan selesa. Antara tindakan yang diambil ialah :

 

1.       Lebih 5 kali surat dihantar kepada IWK mengenai sistem kumbahan yang rosak di flats

2.       Isu FLATS ini banyak kali diutarakan kepada Kerajaan Negeri Selangor yang dulu dipimpini oleh BN .

3.       Memorandum diberi kepada Exco Kerajaan Negeri YB Ronnie Liu pada 28/6/2009 mengenai perumahan yang tidak selamat.

4.       Beberapa surat di hantar kepada YAB Menteri Besar Tan Sri Khalid dan Exco-exco Kerajaan Negeri  yang berkenaan mengenai masalah FLATS Taman Permata.

5.       Memorandum kepada PNSB

6.       Bantahan 24 jam di Dengkil pada 14/8/2010 and 15/8/2010

7.       Mengadakan mesyuarat dan perbincangan dengan Kerajaan Negeri Selangor sekarang yang diwakili oleh YB Xavier Jayakumar ( EXCO Kerajaan Negeri Selangor)

 

JERIT & PSM telah bersama penduduk dalam semua perjuangan mereka dan mengatur langkah untuk mendapatkan perumahan selesa. Malah tekanan di beri kepada Kerajaan Negeri Selangor untuk mendokumenkan janji yang diberi supaya Kerajaan Persekutuan BN boleh ditekan untuk membina rumah teres

 

Setelah tindakan ini semua, kerajaan Negeri Selangor telah memperuntukkan tanah ini untuk membina rumah teres bagi semua bekas pekerja ladang yang tinggal di Flats Taman Permata ini. Surat juga dihantar kepada Jawatakuasa Penduduk mengesahkan  tanah dikenal pasti.

 

 

Majlis Memacak Papan Tanda

 

Majlis memacak papan tanda ini sungguh bermakna , kerana tanah yang diperuntukkan  adalah hasil perjuangan penduduk sendiri.

 

Majlis ini dihadiri oleh wakil YB Xavier, Tuan Haji Borhan ( Penyelaras Dun Dengkil), Saudara Arul ( PSM & penasihat Jawatankuasa Penduduk), wakil –wakil dari Majlis Perbandaran Sepang dan juga wakil-wakil JERIT yang bersama dalam perjuangan penduduk dari mula.

 

Saudara Arul dalam ucapan beliau mengatakan , usaha penduduklah yang membawa kepada kemenangan tahap pertama ini. Sekarang adalah perlu untuk penduduk berjuang dengan lebih giat sehingga rumah dibina oleh kerajaan persekutuan BN.

 

Tuan Hj Borhan pula mengatakan bahawa, Kerajaan PR Selangor komited dalam memperjuangkan Hak Penduduk Flats Taman Permata. Tanah diberi demi memastikan rumah selesa dibina. Kerajaan PR sanggup duduk dengan BN dalam menyelesaikan isu ini. Tetapi sekiranya isu ini diselesaikan , maka penduduk harus mengundi PR untuk jadi kerajaan persekutuan . Jika PR menjadi kerajaan persekutuan, maka beliau akan memastikan rumah dibina oleh kerajaan persekutuan PR. Ini adalah janji Tuan Hj Borhan sebagai wakil Yb Xavier dalam majlis tersebut.

 

Setelah itu, Tuan Hj Borhan bersama wakil penduduk telah merasmikan papan tanda yang mengatakan Kerajaan Selangor PR menepati janji, bila pula kerajaan BN akan membina rumah,

Majlis diakhiri dengan kenyataan dari wakil penduduk yang mengatakan Jom kita bersatu demi mendapatkan perumahan selesa. Majlis hari ini sungguh bermakna kepada penduduk ini yang telah 14 tahun berjuang untuk hak perumahan mereka.

 

Sekarang persoalannya ialah adakah Kerajaan Persekutuan akan bina rumah teres untuk mereka kerana sekarang kerajaan Selangor telah tepati janji, macam mana dengan Kerajaan BN Persekutuan?

 

Kenapa para penduduk  minta Kerajaan Persekutuan, kerana masa pembinaan flats pun, tanah diberi oleh kerajaan Selangor dan rumah dibina oleh Putrajaya Holding atas arahan Kerajaan Persekutuan.

 

Maka para penduduk harap pihak Kerajaan Persekutuan yang mempunyai slogan Rakyat diutamakan akan membina rumah teres kos rendah untuk 400 penduduk ini.  Sehingga rumah teres ini dibina perjuangan untuk perumahan teres kos rendah akan berterusan.

 

Perumahan Selesa untuk semua !




Share |
Joomla Templates and Joomla Web Sites
link