PENDUDUK MINTA KERAJAAN PUSAT BINA RUMAH TERES, YB PALANIVEL NAK BAIKI FLAT USANG PULA PDF Print E-mail
Monday, 10 September 2012

Jawatankuasa Penduduk Flats Taman Permata

No 118, Blok 3, Tingkat 1, Taman Permata Dengkil, 43800 Dengkil, Selangor

 
KENYATAAN AKHBAR 10/09/2012
 

PENDUDUK MINTA KERAJAAN PUSAT BINA RUMAH TERES,

YB PALANIVEL NAK BAIKI FLAT USANG PULA

 

Jawatankuasa Penduduk Flats Taman Permata yang mewakili 300 keluarga penduduk Flats Taman Permata , Dengkil  mendapat tahu bahawa Menteri dalam Jabatan Perdana Menteri, Senator Yb Palanivel akan ke flats Taman Permata , Dengkil pada hari ini dan mengumumkan peruntukkan 2.5 million untuk menaiktaraf dan penyelenggaraan Flats Taman Permata.

Kami dari Jawatankuasa Penduduk Flats Taman Permata yang selama ini berjuang untuk perumahan yang baik untuk 400 bekas pekerja ladang yang diusir untuk pembinaan Putrajaya sungguh kecewa dengan tindakan kerajaan pusat yang cuba mengelak dari isu sebenar Flats Taman Permata, Dengkil. 
Latar Belakang Isu Flats Taman Permata

·         Kami adalah bekas pekerja Ladang dari empat buah ladang iaitu penduduk dari 4 buah ladang iaitu Ladang Perang Besar, Medingley, Galloway dan Sedgley telah dipindahkan ke flat  Taman Permata Dengkil

·         Kami diusir keluar secara tergesa-gesa pada tahun 1998 oleh kerajaan pusat dengan bantuan kerajaan negeri Selangor dibawah Barisan Nasional untuk pembinaan Pusat Pentadbiran Putrajaya.

·         Seramai 327 keluarga dari ladang ini iaitu 177 keluarga dari Ladang Prang Besar, 62 keluarga dari Ladang Galloway, 37 keluarga dari Ladang Madingley dan 51 keluarga dari Ladang Sedgeley telah  telah ditempatkan di rumah pangsa kos rendah di Taman Permata , Dengkil yang dibina oleh Putrajaya Holdings dengan arahan kerajaan pusat. 18 orang bekas pekerja ldang yang sepatutnya mendapat perumahan juga tercicir dari senarai ini.

  • Pada awalnya kami dijanjikan rumah teres tetapi janji menjadi malapetaka apabila kami diusir ke flats ini.
  • Sejak itu kami menghadapi pelbagai masalah seperti retakan di flats, masalah sistem paip, kebocoran paip gas dan banyak masalah lagi.

 

TANAH DIBERI OLEH KERAJAAN SELANGOR dibawah PAKATAN RAKYAT :

BOLEHKAH KERAJAAN PUSAT MEMBINA RUMAH TERES ?

Apabila isu ini diutarakan kepada Kerajaan Selangor melalui beberapa memorandum dan perjuangan dijalankan oleh penduduk disini, akhirnya pada 22 Mac 2012, YB Xavier telah memaklumkan kepada pihak jawatankuasa bahawa tanah sebanyak 18 ekar telah diperuntukkan untuk pembinaan rumah teres kos rendah bagi kami dengan syarat Kerajaan Pusat yang membinakan rumah kerana kami diusir oleh kerajaan pusat untuk membina Putrajaya.

 

Keputusan dari Kerajaan Selangor bahawa flats ini tidak selamat untuk dihuni dan perlu membina rumah baru dibuat berdasarkan kajian yang dibuat oleh pejabat Yb Xavier dan juga Majlis Perbandaran Sepang .

Perkara ini telah dimaklumkan kepada ADUN Dengkil YB Marshum (BN) dalam sidang DUN oleh YB Xavier  dan juga oleh pihak Jawatankuasa kepada Yb Marshum dan YB Mohd Zin ( Ahli Parlimen Sepang). YB Marshum telah mengatakan bahawa beliau akan membawa isu ini kepada kerajaan pusat.

Akan tetapi hari ini pula , apa yang kami dapat hanya RM 2.5 million untuk penyelenggaraan flats yang tidak bermakna apa-apa kepada kami. Kami amat kecewa dengan tindakan Kerajaan Pusat yang tidak faham akan tuntutan penduduk disini dan hanya hendak memberi gula-gula pilihanraya. Malah kami telah memberi memorandum kepada YB Palanivel 2 kali pada tahun 2010 dan 2011 semasa beliau datang ke Dengkil untuk mengutarakan isu kami , akan tetapi beliau pun buat tak tahu saje.

 

TUNTUTAN KAMI KEPADA KERAJAAN PUSAT  :

 

Kami adalah bekas pekerja ladang yang telah berkorban demi pembangunan Negara.

 

Tuntutan kami kepada Kerajaan PUSAT ialah :

 

  1. BINAKAN KAMI RUMAH TERES KOS RENDAH di tanah yang diperuntukkan kepada kami oleh Kerajaan Negeri Selangor.
  2. Segala keputusan atau tindakan yang akan diambil yang melibatkan penduduk FLATS Taman Permata harus dijalankan selepas perundingan dengan penduduk disini dan bukannya dengan orang luar atau parti politik.

  

Diharap kerajaan Pusat yang dipimpini oleh YAB Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Tun Abdul Razak akan menunaikan tuntutan kami ini dan membuktikan bahawa Rakyat Diutamakan

 

Untuk maklumat lanjut hubungi Ramadass – 0163734048 @ Theva– 013-3845740

 

Last Updated ( Thursday, 25 September 2014 )
Share |
Joomla Templates and Joomla Web Sites
link