Ancaman kepada tempat tinggal rakyat! Protes aman di Parlimen 1 Oktober ini. PDF Print E-mail
Monday, 24 September 2012
Salam perjuangan komrad & rakan seperjuangan,

JERIT berancang untuk  menyambut Hari Habitat Sedunia tahun ini  yang jatuh pada 1 OKTOBER 2012 dengan membuat protes aman dan penyampaian memorandum di Parlimen mengenai isu perumahan rakyat miskin dan terancamnya habitat (rumah) rakyat kerana keputusan dan polisi kerajaan yang tidak mementingkan rakyat.

Isu perumahan di negara ini semakin bertambah kronik disebabkan polisi kerajaan yang langsung tidak menghiraukan hak dan kepentingan rakyat. Masyarakat peneroka bandar, penduduk flats, pekerja  ladang, masyarakat miskin bandar, orang asal, orang asli dan masyarakat miskin lain semakin hari semakin ditindas dengan harga rumah yang tinggi, pengusiran paksa dan perampasan tanah.
Bukan itu sahaja, isu-isu persekitaran seperti LYNAS, CYNIDE di BUKIT KOMAN mengancam HABITAT (Tempat Tinggal) rakyat biasa. Ini adalah akibat kerajaan yang lebih mementingkan keuntungan daripada nyawa dan kehidupan rakyat.
 
Maka demi membantah tindakan kerajaan ini yang tidak prihatin, JERIT ingin menjemput rakan-rakan sekalian untuk turun ke Parlimen pada 1 OKTOBER 2012 untuk menuntut kerajaan memastikan rakyat berhak mendapat HABITAT yang "decent" dan selamat daripada ancaman seperti kilang nukleur. 

Kumpulan-kumpulan juga digalakkan membawa memorandum sendiri mengenai isu masing-masing untuk diserahkan kepada Perdana Menteri @ Parlimen.
 
Butiran program seperti berikut:
Tarikh: 1 Oktober 2012 (Isnin)
Tempat: Luar Parlimen
Masa: 10.30 pagi

JERIT berharap rakan- rakan sekalian dapat turut serta dalam program ini untuk mengutarakan isu perumahan dan tempat tinggal Rakyat Malaysia Marhean.

Untuk maklumat lanjut ataupun sekiranya hendak turut serta menghantar memorandum mengenai isu perumahan @ tempat tinggal anda, sila hubungi Thevarajan: 013-3845740

Terima kasih. Salam perjuangan
 
Thevarajan
Sekretariat JERIT
Share |
Joomla Templates and Joomla Web Sites
link