"U TURN ISU GAJI MINIMA"- MENTERI SUMBER MANUSIA MAHU JELASKAN KEPADA JERIT-PSM, 25-3-2013, 9AM, KSM PDF Print E-mail
Sunday, 24 March 2013

U TURN ISU GAJI MINIMA     

MENTERI SUMBER MANUSIA MAHU JELASKAN KEPADA JERIT-PSM

ISU GAJI MINIMA RM900 KEPADA PEKERJA MIGRAN

 

Adakah pihak Kementerian Sumber Manusia sudah membuat U turn selepas berjanji gaji minima RM 900 untuk semua pekerja? Baru-baru ini, banyak protes telah dilakukan oleh pekerja migran kerana majikannya gagal melaksana gaji minima RM900. Berikutan dengan protes, Kementerian Sumber Manusia pula telah mengadakan sesi penjelasan kepada kedutaan-kedutaan yang melibatkan pekerja migran.

Namum JERIT-PSM dibanjiri telepon oleh pekerja tempatan dan migran yang mendakwa akta gaji minima tidak dilaksanakan. Atas desakan ini, Menteri Sumber Manusia telah meminta satu temujanji dengan JERIT-PSM untuk menjelaskan perkembangan terkini.

 

Pihak kementerian telah menetapkan masa dan tarikh dibawah untuk perjumpaan ini.

 

Tarikh            :           25 Mac 2013 (Isnin)

Tempat           :           Bilik Mesyuarat, Tingkat Bawah, Kemeneterian Sumber

                                     Manusia, Putrajaya            

Masa               :            9.00 Pagi    

 

Kami menjemput pihak media untuk hadir serta membuat liputan mengenai isu ini kerana ramai orang yang sudah keliru dengan akta ini dan ketegasan Kerajaan mengimplemntasi akta ini .Untuk sebarang maklumat, sila hubungi saya di talian 010-2402159.

 

Sekian Terima Kasih.

 

 

M.Sivaranjani

Penyeleras Akta gaji Minima JERIT
Share |
Joomla Templates and Joomla Web Sites
link