SAMBUTAN HARI PEKERJA 2013 di Semenyih :UNDI CALON AKTIVIS & PRO PEKERJA PDF Print E-mail
Monday, 29 April 2013

Salam perjuangan rakan-rakan aktivis

 

Setiap tahun, JERIT bersama rakan-rakan NGO akan mengadakan Sambutan Hari Pekerja pada 1 Mei.  Akan tetapi oleh kerana kita menghadapi pilihanraya pada masa Hari Pekerja, satu Sambutan Hari Pekerja Kebangsaan tidak dapat diadakan.

 

Akan tetapi, secretariat & pasukan JERIT telah membuat keputusan untuk mengadakan Sambutan Hari Pekerja di peringkat Semenyih sebagai tanda sokongan kepada Aktivis Pekerja Komrad Arul yang bertanding di DUN Semenyih dengan tiket PSM. Ini adalah kerana, JERIT berpendapat adalah penting untuk Aktivis Pekerja seperti Arul dipilih untuk membawa suara pekerja dan suara rakyat ke Dewan Undangan Negeri & Parlimen.  

 

Maka JERIT dengan tema Rakyat Pengayuh Perubahan , UNDI Calon Pro Pekerja , akan mengadakan kempen Basikal di DUN Semenyih sempena hari pekerja untuk tunjukkan sokongan kepada Arul dan semua calon pro pekerja.

 

Butir-butir program adalah seperti berikut :

 

Tarikh : 1 Mei 2013

Masa : 9 pagi

Tempat pelancaran: Pasar Semenyih ( berhampiran EconSave Semenyih )
 
Kami menjemput semua rakan-rakan NGO & aktivis  untuk turut bersama kami menyokong Saudara Arul di Semenyih dan juga untuk menyatakan sokongan untuk
calon aktivis pekerja  & calon pro pekerja

 

Untuk maklumat lanjut sila hubungi Theva – 0133845740

 

Sokonglah calon Aktivis Pekerja dan Pro Pekerja.

Pekerja Menuntut Perubahan Tulen

 

Salam perjuangan

 

Parames. S

Penyelaras Nasional JERIT
Last Updated ( Thursday, 25 September 2014 )
Share |
Joomla Templates and Joomla Web Sites
link