HARI KE-100: PENDUDUK TAMAN PERMATA DENGKIL ke Pejabat Perdana Menteri! PDF Print E-mail
Tuesday, 17 September 2013

HARI KE-100: PENDUDUK TAMAN PERMATA DENGKIL ke Pejabat Perdana Menteri!

 

Merujuk kepada perkara di atas, sudah 100 hari penduduk Taman Permata Dengkil tinggal di khemah kerana rumah yang dibina oleh Kerajaan Persekutuan bersama Kerajaan Negeri pada 1998 tidak lagi selamat untuk dihuni.

 

Kami merasakan perbezaan politik di antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Selangor menjadi faktor penghalang dalam menyelesaikan masalah perumahan kami. Oleh itu, kami pihak penduduk akan menyerahkan cadangan untuk penyelesaian isu kami ini kepada Perdana Menteri pada hari ke 100 kami di khemah.

 

Butir-butir penyerahan cadangan penduduk dan sidang akhbar adalah seperti berikut:

 

Tarikh            : 18 September 2013 (Rabu)

Masa              : 11 pagi

Tempat          : Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya

 

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi kami di 013-3845740.

 

Sekian, terima kasih.


Yang benar,

Ramadass K

(AJK Jawatankuasa Penduduk Flats Taman Permata Dengkil)
Share |
Joomla Templates and Joomla Web Sites
link