BANTAH GST 23/10/2013 : CUKAI YANG MEMISKINKAN RAKYAT ! PDF Print E-mail
Tuesday, 22 October 2013
Pada masa kini, sementara negara menunggu Bajet yang akan dibentangkan oleh Perdana Menteri kita yang juga Menteri Kewangan pada 25/10/2013, hujah-hujah mengenai GST dan perlunya GST semakin hari semakin lantang.
 
Persoalannya adakah kita sedia untuk bayar Cukai Barangan & Perkhidmatan yang akan dimulakan pada kadar 5% .
1. Di Malaysia hanya 15% rakyat membayar cukai pendapatan manakala 85% tidak masuk dalam kategori membayar cukai pendapatan. Dalam keadaan ini Cukai GST akan dikenakan kepada semua rakyat tidak kira kaya atau miskin . Adakah ini adil ?
 
2. Kelas pertengahan ( Middle Class ) akan membayar Cukai GST & Cukai Pendapatan. Bukankah ini akan mengurangkan kuasa beli mereka dan juga meningkatkan kos hidup mereka yang akan menyebabkan taraf hidup mereka jatuh ?  
 
3. Kerajaan menganggarkan bahawa pendapatan dari Cukai GST lebih kurang RM 1 billion setahun. Tetapi setiap tahun mengikut laporan Jabatan Audit Negara, negara kehilangan lebih kurang RM 28 billion akibat penyelewengan dan ketirisan. Bukankah lebih baik kerajaan mengambil langkah efektif dalam menghalang kebocoran ini daripada mencukai rakyat dan membebankan rakyat dengan Cukai GST ?
 
4. Seorang yang berpendapatan rendah akan membayar lebih % daripada pendapatannya untuk cukai GST daripada mereka yang berpendapatan tinggi. Maka adakah adil rakyat berpendapatan rendah membayar % yang lebih tinggi daripada pendapatan mereka sebagai Cukai GST berbanding dengan mereka yang berpendapatan tinggi ?
 
Fikirkanlah rakyat biasa, Cukai GST adalah cukai yang memiskinkan Rakyat .

Cukup Sudah Kita Merungut. Kita Perlu Memberi Mesej yang Kuat dan Jelas kepada Kerajaan Malaysia untuk membantah Cukai GST
 
JOM BANTAH GST pada 23/10/2013 di tempat -tempat berikut :
 

No

Kawasan Protes

 

No Contact

1

Depan Pos Laju, Brickfields, KL

 

010-2402159

2

Berhadapan Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah Skudai, Johor

 

017-7540597

3

Medan Kit, Ipoh, Perak

 

016-5587144

4

Persimpangan Sate Kajang, Kajang, Selangor 

 

019-3055906

5

Seksyen 15, Shah Alam (bulatan goodyear), Selangor

 

016-6502371

6

Bandar Melaka, Melaka

 

012-2859103

7

Terminal 1, (bertentangan Sek. ACS), Seremban

016-6606410


Untuk maklumat lanjut, layari website www.jerit.org or FB page JERIT

Cheers, 
JERIT Secretariat
Share |
Joomla Templates and Joomla Web Sites
link