JERIT MENGUCAPKAN SELAMAT HARI DEEPAVALI ! KUASA RAKYAT PASTI MENANG ! PDF Print E-mail
Friday, 01 November 2013
JERIT ingin mengucapkan Selamat Hari Deepavali kepada semua komrad dan kawan-kawan. Deepavali adalah satu perayaan untuk merayakan kemenangan kuasa baik yang menghapuskan kuasa yang menindas.
 

Di Malaysia , penindasan dan kekangan terhadap rakyat Malaysia masih berterusan di bawah kerajaan yang zalim ini. Dua hari sebelum perayaan Deepavali, 10 rumah di Kampung Hakka yang telah wujud lebih 100 tahun dirobohkan secara zalim oleh pemaju Mega 9 dengan bantuan pihak polis. Kini penduduk-penduduk ini tiada rumah untuk tinggal. 

 

Di peringkat nasional pula , pengumuman Perdana Menteri untuk melaksanakan cukai GST pada tahun 2015, membuktikan kerajaan tidak mengutamakan rakyat tetapi kroninya dan korporat sahaja dimana cukai korporat dikurangkan tetapi 1 Malaysia dicukai. Selain daripada itu korporat dan kapitalis diberi subsidi tetapi bagi barangan penggunaan harian seperti gula, subsidi dihapuskan.

 

JERIT berharap seperti dalam mitos Deepavali  dimana Naragasuran yang jahat telah dihapuskan oleh kuasa yang baik akan menjadi reality di Malaysia dimana kuasa rakyat mampu melawan kerajaan yang zalim dan menindas ini.  

Selamat Menyambut Hari Deepavali. Semoga pesta cahaya ini akan membangkitkan semangat mereka rakyat biasa untuk berjuang demi menyinari masa depan  generasi akan datang.

 

Salam perjuangan.

Sekretariat JERIT

Last Updated ( Thursday, 25 September 2014 )
Share |
Joomla Templates and Joomla Web Sites
link