CUKAI GST, CUKAI 1 MALAYSA PENYELESAIAN PM 1 MALAYSIA PDF Print E-mail
Tuesday, 26 November 2013

Kenyataan Perdana Menteri Dato’ Seri Najib yang menuduh rakyat jadi penyebab Negara muflis jika Cukai Barangan dan perkhidmatan (GST) tidak  dilaksanakan adalah satu kenyataan yang  tidak betul dan pembohongan besar oleh Perdana Menteri kita. PM melemparkan tuduhan sebegini terhadap rakyat semata-mata untuk melindungi kelemahan pentadbiran Barisan Nasional.

 

Apakah rasional PM mengatakan hanya 10% sahaja bayar cukai pendapatan dan ada yang patut bayar tetapi tidak bayar, maka cukai GST perlu dikutip dari semua rakyat. Adakah ini satu hukuman kepada rakyat biasa kerana orang  yang kaya dan berpendapatan tinggi mengelak dan menipu dari membayar cukai?

 

Di Malaysia lebih kurang 80% rakyat adalah golongan berpendapatan rendah yang tidak perlu membayar cukai pendapatan.Ini bukan kerana mereka tidak  mahu bayar cukai tetapi mereka tidak mampu dan tidak termasuk dalam kategori pembayar cukai.

Kalau dianalisa dengan teliti, di Malaysia sejak 30 tahun ini tiada kenaikan sebenar dalam gaji pekerja. Apatah lagi Akta Gaji Minima  yang dilaksanakan tahun 2013 ini pun RM900 sahaja iaitu bagi kawasan Bandar ia adalah di bawah garis kemiskinan. Pada masa yang sama harga barangan asas naik begitu ketara. Pengurangan subsidi minyak RON 95 pada bulan September 2013 sebanyak 20sen seliter menyebabkan kenaikkan dalam harga barangan asas rakyat yang meningkatkan kos hidup rakyat. Pelaksanaan Cukai GST hanya akan menambahkan beban rakyat.

 

Kalau kerajaan hendak tambah pendapatan Negara kenapa tidak pastikan mereka yang harus bayar cukai bayar dan cukai korporat ditambahkan? Kalau dilihat, sejak tahun 1980-an kerajaan telah mengurangkan cukai koperat daripada 40% kepada 24% pada tahun 2013. Adakah kerajaan mengambil polisi membela syarikat korporat dan bebankan rakyat biasa?

 

Bukan itu sahaja, kalau dikatakan Negara mempunyai hutang tinggi dan bakal menghadapi masalah kewangan bukan kerana tiada Cukai GST.Keadaan ini wujud kerana rasuah berleluasa.Laporan Auditor General tahun 2012 telah mendedahkan pembaziran wang yang berlaku di sektor kerajaan kerana penyalahgunaan wang, penyelewengan dan rasuah. Setiap tahun Malaysia mengalami kerugian sebanyak 28 billion kerana rasuah dan ketirisan.Kenapa tiada langkah tegas untuk menangani masalah ini? Kenapa ambil jalan pintas untuk mangsakan rakyat dengan Cukai GST?

 

Memang betul kerajaan Malaysia bakal akan bankrap, kerana pengurusan kewangan yang tidakbaik, rasuah, ketirisan dalam kerajaan dan kerana terdapat orang korporat dan berpendapatan tinggi mengelak dari membayar cukai. Langkah tegas harus diambil untuk menanagani masalah sebegini sebelum membebankan rakyat dengan cukai GST.Konsep Cukai adalah pengagihan semula kekayaan, dari sangat kaya kepada yang berpendapatan rendah.Apakah patut kerajaan mencukai rakyat biasa kerana orang kaya gagal bayar cukai ataupun kerana Negara berhutang kerana rasuah dan pengurusan yang tidak betul. Kenapa rakyat biasa dimangsakan dan dibebankan kerana Cukai GST? Adakah satu kerajaan yang prihatin kepada rakyat dan mengutamakan rakyat akan bertindak sebegini? Datuk Sri Najib , PM kita , apa jawapan anda?

 

Cukai GST ! Cukai Memiskinkan Rakyat !

 

Dikeluarkan oleh

Parames. e

Sekretariat JERIT

Tel :0193055906

Share |
Joomla Templates and Joomla Web Sites
link