JERIT UCAP SYABAS KEPADA PAS: PROTES MEMBANTAH CUKAI GST! PDF Print E-mail
Wednesday, 27 November 2013

Kenyataan Akhbar

27/11/2013

 

JERIT UCAP SYABAS KEPADA PAS:

PROTES MEMBANTAH CUKAI GST!

 

JERIT mengalu-alukan keputusan Parti Se-Islam Malaysia (PAS) di Muktamar ke-59 berkenaan dengan keputusan sebulat suara menetapkan pendirian membantah Perjanjian bersama Trans Pasific (Trans Pasific Partnership Agreement (TPPA) dan Cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Kami JERIT, telah pun mengambil inisiatif untuk mewujudkan Gabungan BANTAH GST dengan beberapa kumpulan NGO baru-baru ini dan sedang susun tindakan dan perancangan untuk memberi tekanan kepada kerajaan yang bersungguh- sungguh mahu melaksanakan GST pada tahun 2015.

 

Dalam masa sebegini, keputusan PAS, dan pengumumamTimbalan Pengerusi, Mohamad Sabu pada 23 November 2013 untuk mengadakan satu protes besar-besaran bagi membantah GST adalah satu keputusan yang berprinsip dan berani. Syabas kepada parti PAS.

 

Cukai Barangan dan perkhidmatan (GST) adalah satu cukai yang memiskinkan rakyat jelata dan menjadi satu lagi beban besar. Kerajaan anti-rakyat ini sering memikirkan dan membawa polisi-polisi untuk menjadikan miskin lebih miskin dan kaya lebih kaya. Maka, kita perlukan lebih tenaga untuk bergabung dan mengorganisasi massa untuk menghentikan pelaksanaan raksasa Cukai GST yang akan menghisap darah rakyat dalam kehidupan harian nanti.

Dengan ini, sekali lagi SYABAS kepada parti PAS untuk pendirian berprinsip pada tepat masa. Kita, JERIT berharap PAS dan JERIT bersama NGO-NGO lain boleh bersama-sama menyusun massa dan berkerjasama menumbangkan rancangan BN-UMNO bagi melaksanakan Cukai GST yang bakal diimplementasikan.

 

Hidup Rakyat!

Tumbang GST!

 

Dikeluarkan oleh,

Sekatariat JERIT

0193055906
Last Updated ( Thursday, 25 September 2014 )
Share |
Joomla Templates and Joomla Web Sites
link