SIDANG AKHBAR: PSM DAN JERIT MELANCARKAN OPS PEMANTAUAN AKTA GAJI MINIMA PDF Print E-mail
Monday, 27 January 2014

SIDANG AKHBAR - JANGAN TANGGUH LAGI !

PSM DAN JERIT MELANCARKAN OPS PEMANTAUAN AKTA GAJI MINIMA

 

Sejak pengumuman pelaksanaan penuh Gaji Minima RM900 di Semenanjung Malaysia dan RM800 di Sabah dan Sarawak pada Januari 2014,  banyak pihak telah mengeluarkan spekulasi, kenyataan dan ada juga meminta pihak Majikan terus melambatkan pelaksanaan.

 

Kerajaan telah berjanji tahun ini, 2014 akan memastikan pelaksanaan Gaji Minima 100% dengan denda RM10000 setiap pekerja jika majikan gagal laksanakan Gaji Minima. Maka, pihak PSM dan JERIT memberi komitmen untuk membantu kerajaan dalam menyempurnakan misi ini.

 

Justeru, kami akan melancarkan ops pemantauan akta gaji minima untuk mengenalpasti majikan yang melanggar undang-undang Gaji Minima. Maklumat sidang akhbar pemantauan adalah seperti berikut:

 

Tarikh            :           28 Januari 2014 (Selasa)

Tempat           :          Ibupejabat Parti Sosialis Malaysia (PSM), 22A, Jalan Vivekananda,

                                     Brickfield, 50 470 Kuala Lumpur.                                     

Masa               :           11.00 Pagi    

Kami berharap pihak media akan hadir dan memberi liputan. Dalam suasana rakyat merana kerana kenaikan harga barangan dan kos hidup, penangguhan Akta gaji Minima tidak boleh diterima lagi.

Untuk sebarang maklumat, sila hubungi Sivaranjani di talian 010-2402159.

 

 

Sekian Terima Kasih.

 

Sivaranjani.M
Penyelaras Gabungan Pekerja Kilang dan Kesatuan, Jerit
Share |
Joomla Templates and Joomla Web Sites
link