Mayday Declaration: Calling for Endorsement PDF Print E-mail
Monday, 14 April 2014
Dear All,

As all are aware, Jawatankuasa Mei 1 comprised of Malaysian NGOs and political parties  will celebrate our annual Mayday (workers day) celebration on the 1st of May. This year the theme is " GST: Gasak sampai Tumbang". We are organising rally against GST on the 1st of May 2014, 2pm from KLCC to Dataran Merdeka. 

Here attached Mayday Declaration for your endorsement. Please send us your endorsement to and please send your endorsements before 20th April, 5pm. Thanks for all your support. See you all at the rally on 1st May at KLCC.

Thank You

Released by,

Nalini Elumalai
JERIT Secretariat
 
Tahun 2014: Tahun Bantah Cukai GST iaitu Cukai Barangan dan Perkhidmatan. Kerajaan BN telah meluluskan Akta Cukai GST walaupun rakyat telah berulang kali membantah perlaksanaan Cukai GST ini. 
 

Di Malaysia hanya 15% rakyat sahaja yang membayar cukai pendapataan, dan 38% rakyat masih menerima gaji dibawah paras kemiskinan iaitu RM720, serta pelaksanaan Gaji Minima RM900 masih menjadi dilemma. Malah,  menurut Gabenor Bank Negara Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz, hutang seisi rumah di Malaysia adalah 83% daripada KDNK dan yang tertinggi di Asia berbanding dengan Singapura 67% dan Hongkong 58%. Dalam keadaan ini, apakah nasib rakyat jika Cukai GST dilaksanakan?

 

Cukai GST akan menyebabkan semua harga barangan dan perkhidmatan akan naik, walaupun kerajaan menjustifikasikan ada 40 jenis barangan asas tidak akan naik harga. Ini kerana, sebelum sesuatu barang sampai kepada pengguna, ia melalui banyak proses penyedian, semua proses penghasilan melibatkan pembayaran cukai GST. Ini secara tidak langsung akan menaikkan harga pada barangan pengguna pada akhirnya.

 

Rakyat Malaysia khususnya pekerja yang merupakan 99% akan tetap merana akibat Cukai GST ini walaupun kerajaan memberi alasan-alasan yang tidak munasabah dalam melaksanakan cukai GST ini. Kejaraan yang pro korporat mampu mengurangkan cukai korporat dari 40% pada tahun 1980-an kepada 26% sekarang tetapi sanggup menggadaikan rakyat dengan bebanan cukai GST.

 

 
  Text Box: TUNTUTAN - TUNTUTAN   KAMI
 

 

 


1.       Menolak dan Batalkan CUKAI BARANGAN DAN PERKHIDMATAN (GST) yang memiskinkan lagi rakyat.

2.       Hentikan Rundingan Trans Pasifik Partnership Agreement (TPPA).  Dedahkan kandungan TPPA di Parlimen dan mendapat pandangan rakyat terhadap perjanjanjian TPPA ini.

3.       Menguatkuasakan pelaksanaan 100% Polisi Gaji Minima RM900 di Semenanjung Malaysia dan RM800 di Sabah dan Sarawak dan mengkaji semula jumlah Gaji Minima ini selaras dengan kenaikan kos hidup, maka kami sarankan RM1500 Gaji Minima dilaksanakan.

4.       Hak Kesatuan Sekerja – Hormati semangat keharmonian industri dengan memperkasakan kesatuan sekerja. Pihak majikan harus hentikan aktiviti menghancurkan kesatuan sekerja di Negara ini.

5.       Hak Pekerja Wanita – Hentikan segala bentuk diskriminasi dan keganasan terhadap wanita. Majikan, Kerajaan dan Mahkamah perlu menegakkan hak wanita dan melaksanakan konvensyen berkaitan Penghapusan segala Bentuk Diskriminasi terhadap Wanita (CEDEW). Hentikan gangguan seksual di tempat kerja, termasuk dengan menggubal Akta Gangguan Seksual yang komprehensif.

6.       Hak Pekerja Migran – Pekerja migran harus diberikan hak yang saksama dan perlindungan  yang mencukupi.  Hentikan eksploitasi – keadaan kerja yang tidak selamat, waktu kerja yang panjang, tiada latihan kemahiran, hak kesihatan tidak terjamin serta tiada perwakilan kesatuan sekerja.

7.       Hak Pembelaan Pekerja Migran – Pekerja migran yang dibuang kerja harus dibenarkan berada di Malaysia dengan permit kerja sehingga kesnya didengar penuh untuk mempertahankan hak dia. Hapuskan kontradiksi prosedur antara Kementerian Sumber Manusia dan Jabatan Imigeresan.  

8.       Hentikan Penswastaan Perkhidmatan Asas  - Air, elektrik, kesihatan, pengangkutan awam, pendidikan tidak harus diswastakan demi keuntungan. Ianya satu perkhidmatan yang harus disediakan oleh Kerajaaan. 

9.       Mansuhkan undang-undang zalim – Mansuh atau pinda semua undang-undang yang mencabul hak asasi seperti SOSMA, Akta Perhimpunan Aman, Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012,  Akta Rahsia Rasmi, Akta Polis dan Akta Pertubuhan.

10.    Kebebasan Media – Media utama dan alternatif harus diberi kebebasan untuk memberi maklumat sebenar kepada rakyat. Maka, Akta Penerbitan dan Mesin Cetak yang menyekat kebebasan ini harus dimansuhkan.

11.    Kawal Harga Barang -  Kawal kenaikan harga barang dan perkhidmatan termasuk harga minyak dan berikan semula subsidi kepada rakyat. 

12.    Hak Pelajar – Mansuhkan AUKU dan PTPTN. Berikan pendidikan percuma kepada semua pelajar.

13.    Hak Orang Asal - Iktiraf Hak Tanah Adat Orang Asal di Malaysia dan berikan hak milik kekal serta kukuhkan status tanah Rizab Orang Asli di Malaysia. Rancangan pembangunan tanah Orang Asli hendaklah berasaskan kehendak, keperluan dan aspirasi Orang Asli.

14.    Alam Sekitar – Hentikan projek yang memudaratkan kesihatan rakyat Malaysia seperti Lynas. Gunakan tenaga alternatif yang bersih dan murah.

15.    Perumahan Selesa – Hentikan pengusiran paksa terhadap peneroka bandar. Skim Perumahan Rakyat pada harga yang mampu dibeli, lokasi strategik dan selesa harus diimplementasikan. 

16.  Mansuhkan segala undang-undang yang menindas dan mendiskriminasi para pekerja,   antaranya  SOSMA, Akta Perhimpunan Aman (APA), OSA,, DDA, Akta Universiti & Kolej Universiti (AUKU), Akta Pertubuhan, Akta Penerbitan dan Mesin Cetak.

Share |
Joomla Templates and Joomla Web Sites
link