JADIKAN MEI 1 HARI REFERUNDUM TERHADAP GST ! PDF Print E-mail
Tuesday, 29 April 2014

Jawatankuasa Mei 1, 2014

 JARINGAN RAKYAT TERTINDAS (JERIT)

d/a 72B, Taman Sri Langat, Jalan Reko, 43000 Kajang, Selangor

Tel/Faks: 03-87370766 Website:www.jerit.org

 

 

KENYATAAN AKHBAR JAWATANKUASA MEI 1 :

29 April 2014

 

JADIKAN MEI 1 – HARI REFERUNDUM TERHADAP GST !

 

Jawatankuasa Mei 1 ingin mengucapkan terimakasih kepada pelbagai pertubuhan dan organisasi yang telah memberikan sokongan padu kepada Himpunan Hari Pekerja  2014: Himpunan Bantah Cukai GST.  

 

Setakat ini,95  organisasi NGO, Kesatuan Sekerja, Persatuan Pengguna, Parti Politik telah menyokong  Deklarasi Hari Pekerja 2014 dimana tuntutan utama Deklarasi adalah MEMBANTAH PERLAKSANAAN CUKAI GST.

 

Pihak kami juga ingin mengucapkan terimakasih kepada Majlis Peguam Negara dan peguam-peguam sukarelawan yang akan menjalankan tugasan membantu ahli-ahli dalam perhimpunan dan memantau perhimpunan kita yang akan berjalan dengan aman. Kami juga mengucapkan terimakasih kepada SUHAKAM yang telah mendesak pihak polis membenarkan perhimpunan ini dijalankan tanpa gangguan. Selain itu, kami juga ingin mengucapkan terimakasih kepada pihak Medical team yang akan menyediakan puluhan anggota dan 5 ambulan pada hari tersebut.

 

JK Penganjur juga mengucapkan terimakasih kepada pihak Unit Amal, PAS yang akan menyumbangkan seribu orang untuk membantu menjaga perjalanan perhimpunan dan ini tidak termasuk marshall-marshall dari organisasi lain yang turut menghantar sukarelan-sukarelawan mereka.Kami juga mengucapkan terimakasih kepada pihak SUARAM kerana membantu menyelaraskan andaikata ada tangkapan dibuat pada hari tersebut.

 

Kami juga mengambil positif kenyataan yang dibuat oleh Ketua Polis Daerah Dang Wangi bahawa PDRM tidak akan menggunakan FRU dan akan membenarkan perhimpunan ini berjalan secara aman. Kami juga mengambil maklum permintaan polis supaya kita tidak berhimpun di “padang”  Dataran Merdeka kerana ada kerja-kerja membaiki padang dan penanaman rumput disana.

 

Pihak Jawatankuasa Penganjur telah memilih Dataran Merdeka kerana ia mempunyai signifikasinya tersendiri sebagai tempat simbolik perjuangan rakyat dan simbol demokrasi Negara. Justeru itu, kami berharap perhimpunan kami boleh diadakan di Jalan Raja atau kawasan paling hampir dengan Dataran Merdeka. Pihak kami juga memberi kepastian tidak akan masuk ke kawasan padang Dataran Merdeka.

 

Keputuaan Mahkamah Rayuan baru-baru ini mengenai Perhimpunan Aman mengukuhkan lagi pendirian kami bahawa hak berhimpun adalah satu hak utama (fundamental) Perlembagaan Persekutuan dan hak ini tidak boleh dilucutkan oleh undang-undang yang lebih kecil.

 

Akhirkata Mei 1 adalah hari yang cukup istimewa dimana hari ini disambut diseluruh dunia dengan perhimpunan dan perarakan. Di Malaysia, kesan daripada perjuangan kaum pekerja dan rakyat, akhirnya pada tahun 1972, 1hb. Mei telah diisytiharkan sebagai hari cuti dan pada tahun 1980, ia diisytiharkan sebagai hari cuti wajib. Marilah kita tidak sia-siakan hari bersejarah ini dan menggunakan hari  ini untuk membuat satu referendum kepada Kerajaan bahawa rakyat menolak CukaicGST.

 

Lokasi-lokasi  tempat berkumpul untuk perhimpunan

 

Lokasi  Utama :  KLCC  ( Program Hari Pekerja dengan ucapan pemimpin masyarakat dan organisasi komuniti dan pembacaan deklarasi Hari Pekerja

 

2. SOGO, Jalan Tuanku Abdul Rahman

3.Dataran Maybank, Jalan Pudu

4. Masjid Negara

 

Masa bermula – 2pm siap sedia di  lokasi perhimpunan dan bergerak  lebih kurang 2:30 atau 3pm ke Dataran Merdeka atau kawasan paling hamper dengan Dataran Merdeka.

 

Nombor-nombor penting :

 

Urgent arrest : 0133845740 , 0198013149, 0126648873

 

Bantuan Perubatan : 019-3710015

 

Untuk maklumat terkini :  https://www.facebook.com/bantahgst

 

 

S.Arutchelvan

Jurucakap

JK Mei 1

(019-2537791)

Share |
Joomla Templates and Joomla Web Sites
link