10 TAHUN MENUNGGU RUMAH KOS RENDAH DI PJS1: MEMORANDUM KEPADA MENTERI PERUMAHAN & KERAJAAN TEMPATAN. PDF Print E-mail
Wednesday, 02 July 2014
10 TAHUN MENUNGGU RUMAH KOS RENDAH,  PEMAJU PERUMAHAN PETER BRICKWORKS GAGAL MEMBINA RKR BLOK E DI PETALING JAYA SELATAN, PJS1. MEMORANDUM KEPADA MENTERI PERUMAHAN & KERAJAAN TEMPATAN.

Sejumlah 276 unit rumah pangsa RKR sepatutnya dibina oleh pemaju Peter Brickworks Sdn Bhd selepas perjanjian jual beli ditandatangani diantara tahun 2003 dan 2004 di Petaling Jaya Selatan.  Tetapi setelah lebih 10 tahun, perumahan kami masih gagal disiapkan. Pada masa yang sama kita dapati pemaju tersebut terus melaksanakan projek rumah kedai dan kondominium dan pembeli RKR dibiarkan merana.

Isu ini telah dibawa beberapa kali ke perhatian Kerajaan Negeri Selangor dan juga MBPJ tetapi masih gagal diselesaikan. Ianya selalu dikaitkan dengan isu plot tanah dan keengganan pemaju membinanya.
 
Kami sebagai pembeli yang sah, mempunyai hak kami dipelihara dibawah Akta-akta yang dikuatkuasakan oleh pihak Kementerian. Justeru itu kami amat berharap pihak YAB Menteri dapat mendengar dan menyelesaikan masalah perumahan kami yang melibatkan lebih 200 pembeli golongan berpendapatan rendah. Memorandum kepada Menteri akan disampaikan seperti berikut ; 

Tarikh :  3 Julai 2014 (Khamis) 
Masa: 10.30 pagi 
Tempat : Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, No. 51, Persiaran Perdana, Presint 4,  62100, Putrajaya, Malaysia.

Kami berharap pihak Media akan hadir dan membuat liputan isu ini . Sila hubungi kami, kami boleh di  hubungi melalui wakil kami , En.Siva( 016 6798005) atau En.Sugu (012 3656145). 

Sekian, terima kasih .


SUGUMARAN
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak 
Share |
Joomla Templates and Joomla Web Sites
link