Perjalanan Aman oleh penduduk Taman Permata Dengkil sempena hari ke- 400 PDF Print E-mail
Thursday, 17 July 2014

Kenyataan Media: 17 Julai 2014

 

Semalam. 16 Julai 2014, genap 400 hari, sejak  kami penduduk  Flats Taman Permata Dengkil memulakan perjuangan khemah untuk menuntut perumahan yang selamat.

 

Sejak perjuangan dalam khemah  kami bermula pada 11 Jun 2013 , kami telah melakukan pelbagai perjuangan dan telah berjumpa kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan  berulang kali demi mendapatkan penyelesaian tetap bagi masalah perumahan kami.

 

Kini setelah 14 tahun berjuang dan 400 hari dalam khemah kami penduduk  Flats Taman Permata Dengkil dapat melihat cahaya harapan  bahawa penyelesaian tetap bagi isu kami ini dapat dicapai.

 

 


Perkembangan terkini dalam penyelesaian isu perumahan kami ialah :

1.    Kerajaan Negeri Selangor dalam proses mendapatkan tanah di kawasan Ampar Tenang untuk pembinaan perumahan kami.

2.    Kerajaan Persekutuan telah bersetuju untuk membina rumah teres kos rendah di tapak tanah yang diberi oleh Kerajaan Selangor.

 

Kami juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada :

a.   Kumpulan –kumpulan NGO, pihak media dan persatuan-persatuan yang bantu membuat liputan mengenai isu perumahan  kami dan bersolidariti bersama kami;

b.    Semua penduduk dan orang ramai dari kawasan Dengkil dan lain-lain tempat di seluruh negara yang telah memberi sumbangan kepada kami.




Ucapan terima kasih yang penting juga kami tujukan kepada Kerajaan Negeri Selangor dan  Kerajaan Persekutuan kerana prihatin dengan isu perumahan kami dan bersetuju untuk menyelesaikannya.

 

Kami harap kedua-kedua pihak, Kerajaan Negeri Selangor dan Kerajaan Persekutuan akan segerakan proses pembinaan rumah alternatif ini demi mengakhiri kesusahan penduduk Flats Taman Permata ini. 


Sekian, terima kasih.

Maklumat lanjut, hubungi 013-3845740
Last Updated ( Thursday, 25 September 2014 )
Share |
Joomla Templates and Joomla Web Sites
link