KTMB Jangan Aniaya Kesatuan KTM! PDF Print E-mail
Tuesday, 09 September 2014
KENYATAAN AKHBAR: 9 SEPTEMBER 2014
KTMB – Jangan Aniaya Kesatuan KTM!

Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT) amat kesal dengan tindakan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang telah memecat 2 pimpinan tertinggi Kesatuan KTM iaitu Presiden dan Timbalannya dengan serta merta. Alasan yang diberikan oleh KTMB adalah kerana mereka telah terlibat dalam piket pada 9 Mei 2014 yang menuntut presiden KTMB, Elias Kadir meletak jawatan. JERIT mengutuk keras tindakan pemangsaan pimpinan kesatuan ini kerana tindakan membuat piket tersebut adalah sah di sisi undang-undang dan satu cara untuk kesatuan sekerja menuntut hak pekerja.

Kesatuan KTM adalah salah satu kesatuan yang progresif di mana perjuangan pekerja-pekerja KTM pada tahun 1960an begitu hangat di Malaya. Pekerja kesatuan ini pernah melibatkan mogok selama 23 hari untuk menuntut kenaikan gaji dan menolak sistem kerja kontrak. Perjuangan Kesatuan KTM ini menang setelah Kerajaan menunaikan tuntutan mereka iaitu gaji dinaikkan dan sistem gaji harian ataupun sistem kontrak dihapuskan.
 
Sehingga kini, pimpinan KTM dan perjuangan pekerja-pekerja KTM terus progresif dan mara ke depan. Jadi, Kesatuan KTM telah terlibat aktif dalam kempen menjatuhkan Presiden KTMB yang menunjukkan prestasi kerja yang tidak mendatangkan keuntungan kepada KTMB

Kesatuan KTM membuat satu tuntutan yang sah demi kebaikan organisasi dan masa depan pekerja. Adalah tidak wajar bagi pihak majikan, iaitu KTMB membuang pimpinan dan melanggar semangat keharmoian industri.
Maka, kami JERIT bersolidariti dengan pimpinan kesatuan dan keseluruhan pekerja-pekerja kesatuan KTMB dan mengecam tindakan KTMB dan menuntut menarik balik pembuangan Presiden KTM dan timbalannya dengan serta merta, dan menghormati keharmonian industry serta hak pekerja.

HidupPekerja,  Hidup Perjuangan Pekerja.

Dikeluarkan oleh,

Sivaranjani Manikam
Share |
Joomla Templates and Joomla Web Sites
link