LEBIH 90% PENDUDUK MENANDATANGANI AKURJANJI DAN SETUJU BERPINDAH KE PERUMAHAN BARU! PDF Print E-mail
Thursday, 03 September 2015

Jawatankuasa Penduduk Flats Taman Permata

No 118, Blok 3, Tingkat 1, Taman Permata Dengkil, 43800 Dengkil, Selangor

 

Kenyataan Media: 17 April 2015

 

LEBIH 90% PENDUDUK MENANDATANGANI AKURJANJI

DAN SETUJU BERPINDAH KE PERUMAHAN BARU!

 

Hari ini genap 677 hari, perjuangan bekas pekerja ladang flats Taman Permata Dengkil untuk mendapatkan hak perumahan yang selesa dan selamat. Sejak bermulanya isu keretakan pada bangunan Blok 5, pada 11 Jun 2013, penduduk telah memulakan langkah perjuangan yang berterusan sehingga kini untuk mencapai hak perumahan yang dijanjikan tetapi telah dinafikan.

 

Inline images 2 Inline images 3

 

Jangan pula kita lupa bahawa mereka adalah bekas pekerja ladang dari 4 buah ladang yang telah memberi laluan kepada Projek Pembinaan Putrajaya 15 tahun yang lalu. 

 

Kini, beberapa perkembangan positif telah berlaku hasil perjuangan penduduk walaupun memakan masa yang agak lama. Pada 2 April 2015 yang lalu, isu perumahan bekas pekerja ladang Flats Taman Permata Dengkil telah dibincangkan di Sidang Perlimen di Dewan Rakyat. Antara isu dan persoalan di parlimen adalah seperti berikut:

 

Ahli Parlimen Sepang, YB Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin telah membangkitkan soalan seperti berikut:

1.      Apakah status terkini berhubung isu pembinaan rumah baru bagi memindahkan para penduduk Flat Taman Permata, Dengkil sepertimana yang dijanjikan oleh pihak kementerian; dan

2.      Berapakah jumlah rumah yang akan dibina oleh kementerian untuk tujuan pemindahan tersebut

 

Beberapa perkara penting yang dijawab oleh Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, YB Datuk Abd. Rahman Dahlan adalah:

 

·         Selain itu, kementerian melalui Jabatan Perumahan Negara telah berbincang dengan wakil penduduk pada Mac 2014 bagi mendapatkan aku janji penduduk. Persetujuan atau aku janji ini diperlukan untuk memastikan semua penduduk di kawasan berkenaan berpindah ke rumah yang baru setelah siap kelak. Walau bagaimanapun, sehingga kini proses mendapatkan aku janji ini belum diselesaikan kerana hanya 330 ketua isi rumah sahaja yang menandatangani borang aku janji berkenaan. Setelah isu tanah dan aku janji ini diselesaikan, Kerajaan Persekutuan akan membina sebanyak 400 unit rumah teres satu tingkat di kawasan tersebut seperti yang telah dijanjikan oleh Kerajaan Barisan Nasional, terima kasih.

·         Akan tetapi saya minta sangat, kalau Yang Berhormat ingin membantu kementerian saya, bantu kami untuk mendapatkan lagi 58 tandatangan yang belum lagi diturunkan oleh penduduk di situ bagi membolehkan keseluruhan mereka dipindahkan ke kawasan rumah baru yang telah kita tetapkan.

 

Kami mengucapkan terima kasih kepada MP Sepang, YB Hanifa yang telah membangkitkan isu perumahan kami di Parlimen. Kami turut berterima kasih kepada Datuk Rahman Dahlan yang memahami masalah kami dan berusaha dalam menyelesaikan isu kami.

 

Di sini, kami ingin memberikan sedikit kronologi dalam perkara persetujuan aku janji yang dimandatkan kepada Jawatankuasa Penduduk Taman Permata Dengkil untuk dilaksanakan:

 

Tarikh

Perkara

14/15 September 2013

Hasil inisiatif Jawatankuasa Penduduk, satu majlis tandatangan akur janji dilakukan sendiri oleh pegawai- pegawai dari Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) di dalam khemah perjuangan.

27 April 2014

11/18 May 2014

Jawatankuasan Penduduk sendiri telah mengadakan majlis tandatangan aku janji di Dewan Orang Ramai Dengkil.

19 Disember 2014

Surat kebenaran daripada KPKT kepada Jawatankuasa Penduduk Taman Permata Dengkil untuk mendapatkan akuan aku janji daripada para penduduk. KPKT turut mengarahkan Jawatankuasa mendapatkan seorang Pesuruhjaya Sumpah ketika majlis tandatangan aku janji diadakan.

28 Disember 2014

ADUN Dengkil, YB Shahrum telah hadir ke khemah dan meminta para penduduk untuk menyokong inisiatif jawatankuasa dalam mendapatkan persetujuan penduduk.

Seramai 250 penduduk telah hadir ke perjumpaan dalam khemah ini.

Sebelum 31 Disember 2014

Pihak Jawatankuasa juga telah berusaha mendapatkan akurjanji melalui Pesuruhjaya Sumpah seperti yang diminta oleh KPKT.

3 Mac 2015

Surat kepada Perdana Menteri, Adun Dengkil, Datuk Palanivel, Datuk Subramaniam

AHLI UMNO DAN MIC SENDIRI SENGAJA TIDAK MENANDATANGANI SURAT AKU JANJI YANG DISEDIAKAN OLEH KPKT

Pihak Jawatankuasa Penduduk telah mengadakan 2 sesi membuat akujanji dan hasilnya sebanyak 330 orang iaitu 85% peratus setuju dan segelintir kecil iaitu sebanyak 58 orang iaitu 27 orang MIC, 18 orang UMNO dan selebihnya adalah masalah waris yang hanya merupakan 15% yang tidak setuju.

Kami amat berharap pihak YAB/ YB/ Tuan dapat membantu untuk memastikan individu- individu yang enggan membantu supaya menandatangani surat aku janji yang disediakan dengan segera.

 

Bagi makluman semua pihak, Jawatankuasa Penduduk telah berusaha untuk mendapatkan persetujuan seluruh penduduk sejak 2013 lagi. Program persetujuan para penduduk pada mulanya diadakan pada bulan September 2013, di mana pegawai- pegawai dari Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sendiri hadir untuk mendapatkan persetujuan penduduk.

Seterusnya, pada pertengahan tahun lepas, Jawatankuasa Penduduk sekali lagi megadakan program tandatangan persetujuan daripada para penduduk.

 

Kali ini, setelah memperoleh surat kebenaran daripada KPKT, kami telah memulakan proses untuk mendapatkan persetujuan daripada para penduduk. Unhtuk makluman pihak media, surat aku janji ini disediakan oleh pihak KPKT sendiri. Sejak bulan Disember 2014, setiap ahli jawatankuasa telah bertungkus- lumus dalam proses untuk mendapatkan aku janji di tandangani oleh setiap pemilik rumah.

 

Inline images 5 Inline images 4

Namun, usaha Jawatankuasa Penduduk untuk mendapatkan 100% persetujuan menerima halangan daripada sesetengah pihak yang cuba untuk menggagalkan perjuangan ini. Setakat hari ini, cuma 32 pemilik rumah sahaja iaitu hanya 8% yang tidak mendatangani surat aku janji yang disediakan oleh KPKT sendiri. Pecahan daripada jumlah itu seperti berikut:

 

Penerangan

Bilangan (orang)

% daripada jumlah besar 393

Ahli UMNO

3

0.7%

Ahli MIC

26

6.7%

Isu pindah milik rumah

3

0.7%

Jumlah

32

8.1%

 

Seperti yang dijelaskan dalam kronologi, pihak jawatankuasa penduduk telah mengambil langkah untuk mendapatkan bantuan wakil parti politik pemilik yang enggan bersetuju untuk mendapatkan bantuan mereka.

 

Pada 28 Disember 2014, Adun UMNO Dengkil, YB Shahrum sendiri telah hadir ke khemah untuk memberi penerangan dan meminta ahli- ahli UMNO yang merupakan bekas pekerja ladang untuk memberi persetujuan dalam proses pemindahan penduduk ke rumah ters baru yang akan di bina oleh Kerajaan Persekutuan. Ramai ahli UMNO telah memberi sokongan kepada usaha ini, namun terdapat 3 orang lagi yang enggan berkerjasama.

 

Bagi pihak MIC pula, kami telah menghantar surat kepada Datuk G. Palanivel dan Datuk Subramaniam supaya membantu menyelesaikan masalah ini yang mengakibatkan kehilangan masa dan tenaga yang banyak. Namun setelah hasil usaha mereka, seramai majoriti 26 orang masih enggan bersetuju untuk pindah dari rumah flats yang kondisinya tidak selamat untuk dihuni. Oleh itu, jelas menunjukkan wujudnya batu penghalang yang berniat jahat dalam usaha untuk mendapatkan rumah bagi bekas pekerja ladang ini.

 

Jelas, ini bererti sebanyak 92% penduduk sudah menandatangani dan menyokong untuk pemindahan dan pembinaan rumah teres yang baru. Mereka yang tidak tandatangan hanyalah 8% sahaja.

 

Baru-baru ini juga kami telah mendapat isyarat baik daripda pihak KPKT bahawa jika majoriti penduduk sudah bersetuju, maka Projek ini akan diteruskan

 

Akhirkata Jawatankuasa Penduduk Taman Permata Dengkil ingin menegaskan bahawa:


1.    Pihak Jawatankuasa telah bekerja keras dan akhirnya berkjaya mendapat persetujuan 92% penduduk iaitu satu endorsement yang cukup baik. Kami dengan ini meminta pihak KPKT untuk meneruskan pembinaan rumah seperti yang dijanjikan. Kami juga akan menghantar semua surat persetujuan dalam masa seminggu dari perbincangan dengan semua penduduk pada 19 April 2015.

2.    Pihak Jawatankuasa juga tidak akan melayan baki 8% penduduk yang enggan bekerjasama kerana tindakan mereka adalah bertentangan dengan kemahuan hampir kesemua penduduk disana dan mereka juga dari awal sehingga sekarang hanya berniat untuk mengagalkan usaha Jawatankuasa. Untuk makluman semua, Jawatankuasa kami juga diwakili oleh mereka dari semua parti termasuk BN, PR dan tanpa berparti dan tidak ada sama sekali kami mendiskriminasi mana-mana pihak.

3.    Kami dengan ini mendesak Kerajaan Persekutuan untuk meneruskan dengan projek pembinaan rumah teres seperti yang dijanjikan di tapak tanah di Ampar Tenang tanpa menunggu lagi.

Sekian, terima kasih.
Last Updated ( Thursday, 03 September 2015 )
Share |
Joomla Templates and Joomla Web Sites
link