HANDPHONE DAN HARI RAYA BAGAIMANA TERPUTUSNYA HUBUNGAN SILATURAHIM? PDF Print E-mail
Thursday, 03 September 2015
JARINGAN RAKYAT TERTINDAS

www. jerit.org

 

15 JULAI 2015

 

 HANDPHONE DAN HARI RAYA

BAGAIMANA TERPUTUSNYA HUBUNGAN SILATURAHIM?


Sementara kita bersedia untuk sambut Hari Raya Puasa dalam beberapa hari lagi , tiba-tiba kita dikejutkan dengan insiden pergaduhan di Low Yat Plaza pada Ahad lalu, dimana pelbagai berita telah disebarkan di media sosial . “Melayu curi handphone”. “Cina tipu Melayu”. “Cina pukul Melayu”. “Melayu balas dendam”. Mesej di ruang media sosial pula memberi amaran tentang ketegangan perkauman dan meminta kita jangan ke sana sini. Ada juga segelintir yang bermegah dan berbangga kaumnya telah berjaya melawan satu lagi kaum.


Peliknya, mengapa kejadian sebiji handphone boleh berubah menjadi satu isu perkauman. Dimana kesilapan berlaku? 58 tahun negara yang merdeka dan hidup bersama , begitu rapuhkah hubungan perkauman di antara kita? Mengapa bila terbongkarnya isu penyelewangan wang berbilion ringgit seperti 1MBD, tiada pun yang sekecoh ini. Mengapa bila ada dakwaan wang berbilion ringgit masuk ke akaun pemimpin negara dan ahli keluarganya tiada yang berani bersuara selantang di Low Yat. Apa terjadi apabila harga minyak semakin naik apabila rakyat sudahpun dibebani dengan GST? Mana perginye hero-hero di Low Yat. Mengapa tidak turun ke jalan raya menuntut keadilan untuk rakyat?

 

Kita perlu sentiasa ingat , bahawa apabila kerajaan kapitalisma dalam krisis, maka isu perkauman sentiasa diwujudkan sebagai alat untuk menganggu perhatian rakyat  terhadap isu sebenar. Politik di Malaysia memang terkenal dalam menaruh benih perkauman ini. Apatah lagi dalam keadaan politik negara kita sekarang, isu perkauman akan sering dipermainkan oleh segelintir golongan yang tidak bertanggungajwab dan mahu terus berkuasa.


Tetapi, rakyat Malaysia di era ini telah membuktikan senjata perkauman tidak boleh digunakan digunakan lagi untuk memecahbelahkan rakyat.  Banyak cara dicuba oleh mereka yang berkuasa untuk mewujudkan ketegangan kaum, namun rakyat Malaysia tetap rasional , menunjukkan perpaduan kita kuat. Kita tidak perlu slogan 1 Malaysia untuk menyatukan kita. Rakyat Malaysia secara semulajadi memang bersatu padu dan anasir-anasir yang cuba mewujudkan ketegangan harus  ditolak.


Harapan rakyat untuk 1 Syawal ini, Jangan kita terpesong dari isu rakyat yang sebenar.  Jangan biarkan sebiji handphone meracuni jiwa dan fikiran kita. Ada isu yang lebih penting yang kita perjuangkan bersama – GST, kenaikan harga minyak, penyelewangan dan rasuah, gaji minima, TPPA/FTA, harga rumah serta banyak lagi isu rakyat marhein.”


JERIT mengucapkan Selamat Hari Raya Puasa  kepada seluruh rakyat Malaysia. Bersama kita berjuang untuk satu negara yang lebih adil dan saksama. Ingatlah ; Bersatu kita Teguh, Bercerai Kta Roboh.  Semoga sambutan tahun ini  dan  tahun –tahun yang akan datang  akan mengukuhkan lagi semangat perpaduan di antara kita semua.

 

 

BERSATU MELAWAN API PERKAUMAN!

NO TO RACISM

Selamat Hari Raya, Maaf, Zahir & Batin

 

SEKRETARIAT
JARINGAN RAKYAT TERTINDAS (JERIT)
Share |
Joomla Templates and Joomla Web Sites
link