KERAJAAN MALAYSIA:JANGAN JADI TALI BARUT AMERIKA!! PDF Print E-mail
Sunday, 26 August 2007

LAUNGAN RAKYAT MEMBANTAH FTA US- MALAYSIA

26 Ogos 2007- Kuala Lumpur

Hari ini, 10.30 pagi, Dataran Merdeka, tapak pengisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu ataupun Malaya pada tengah malam 31 Ogos 1957,  kelihatan warna- warni dengan pelangsungan raptai sempena Kemerdekaan ke-50 negara. Di satu sudut pulak lebih 500 orang dari pelbagai lapisan masyarakat mula mengisi tempat untuk menyatakan bantahan mereka terhadap perundingan Perjanjian Perdagangan Bebas(FTA) antara Malaysia dan Amerika Syarikat.

Rundingan FTA dengan Amerika Syarikat telah dilancarkan pada 8 Mac 2006 oleh kerajaan kita. FTA merupakan suatu senjata canggih Amerika untuk menakluk dan menguasai sepenuhnya ekonomi sesuatu negara. Dalam masa kebanggaan merayakan kemerdekaan ke-50 negara, kerajaan secara senyap- senyap sedang membuat perundingan untuk menjual ekonomi negara kepada korporat Amerika.

Adakah kita ingin dijajah semula dan kembali ke zaman sebelum merdeka?

Inilah soalan yang ditanya oleh lebih 500 rakyat Malaysia yang berkumpul pagi ini di Dataran Merdeka. Petani, pekerja ladang, pekerja kilang, pelajar , anak muda dan aktivis dari Kedah, Perak, Kelantan Penang, Selangor, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan telah menyertai perarakan hari ini dari Dataran Merdeka ke Jalan Tunku Abdul Rahman ( Jalan TAR). Pilihan Dataran Merdeka sebagai tempat permulaan perarakan Membantah FTA US-Malaysia  amat bernas sebagai tanda  simbolik bahawa kemerdekaan negara yang diperolehi hasil titisan darah pejuang tanahair akan digadaikan semula melalui Perjanjian Perdagangan Bebas US-Malaysia  ini. 

Sepanjang perjalanan ke Jalan TAR,   laungan slogan "Tolak Tolak, Tolak FTA" , "Kaum tani, hilang tanah", Kaum pekerja hilang kerja" ! Rafidah Agen Amerika!di laungkan. Setibanya di Jalan Tunku Abdul Rahman, satu barisan piket yang berhadapankan jalan raya dibentuk. Baner-baner membantah FTA US-Malaysia di pegang dan laungan slogan membantah FTA dibuat dengan lebih semangat dan intensif. .

Program menjadi lebih bersemangat dengan ucapan wakil –wakil pekerja dan juga ahli  organisasi dalam Gabungan Rakyat Membantah US-Malaysia FTA seperti Kumpulan TERAS dari Kedah, Parti Keadilan Rakyat Malaysia, Wakil Gabungan Anak Muda & Pelajar, Wakil Mtaag+ dan ramai lagi. Wakil pekerja kilang, petani, pekerja ladang, peneroka bandar , mahasiswa dan aktivis telah menegaskan bahawa perundingan FTA harus dihentikan sekarang juga untuk menghalang penjajahan dan penindasan kapitalis- kapitalis Amerika terhadap masyarakat Malaysia.

Wakil Pekerja Kilang En. Nathan dari Perak telah mengatakan bahawa " Pekerja KIlang akan terus ditindas dan lebih dieksploitasi oleh majikan sekiranya US-FTA ini ditandatangani. Ini adalah kerana Hak pekerja tidak terjamin dibawah US-Malaysia FTA malah akan lebih terhakis. Kerajaan Malaysia sudahpun mula mengambil langkah-langkah untuk menggembirakan kapitalis Amerika dengan meminda Akta Perhubungan Perusahaan dan Akta Kesatuan Sekerja demi mengurangkan hak pekerja".

Saudara Arutchelvan , Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia , pula mengatakan, Kerajaan Amerika tidak akan dapat membuat agendanya di Malaysia kalau orang di Malaysia tidak benarkan. Masalahnya , kita ada tali barut di negara kita sendiri yang menjula Negara kita ke Amerika. Ini kita harus melawan. Kerajaan Malaysia harus berhenti menjadi tali barut kepada Amerika".

En Ziydi , wakil petani dari Kedah telah mengatakan kalau FTA US-Malaysia ditandatangani , maka petani akan merana, Kerajaan Malaysia tidak boleh sama sekali tandatangan FTA dengan US , kerana ini akan menggadaikan kemerdekaan  negara kita kepada Amerika.

Setelah semua ucapan didengari, program hari diteruskan dengan satu persembahan dari Gabungan Anak Muda & Pelajar , JERIT yang menggambarkan Datuk Seri Rafidah Aziz bersama kapitalis Amerika melakukan perundingan FTA secara 'romantik' iaitu suka sama suka  dan diikuti dengan penandatanganan FTA dengan US yang mebawa kepada rantai penindasan diikat di tangan rakyat Malaysia  oleh korporat Amerika. .

Protes ini diakhiri dengan bacaan bersemangat deklarasi oleh wakil Gabungan Rakyat Membantah FTA US-Malaysia, Saudari Latheefa yang menuntut Kerajaan dengan serta merta menghentikan Rundingan FTA dengan Amerika dan JAngan Gadaikan Kemerdekaan 50 tahun ini yang merupakan hasil titik peluh datuk, nenek , ibu dan bapa kita. . Suara rakyat yang bergema di Kuala Lumpur hari ini, jelas menunjukkan bantahan kemarahan rakyat terhadap kerajaan Malaysia  yang hanya mementingkan agenda kapitalis kaya dan bukannya rakyat yang memilih mereka!

Bantahan terhadap FTA akan berterusan dengan berbagai cara sehingga rundingan diantara Kerajaan MalaysiaUS diberhentikan. Pada 30 /08/2007 , poster membantah FTA  US-Malaysia yang bertemakan Jangan Gadaikan 50 tahun Kemerdekaan akan dinaikkan diseluruh negara  untuk  menunjukkan  kepada rakyat Malaysia, sedangkan kita menyambut 50 tahun merdeka , negara kita akan kembali ke zaman penjajahan sekiranya  US-Malaysia FTA ditandatangani. dan

Hentikan Rundingan FTA US – Malaysia!

Jangan Gadaikan Rakyat Malaysia Kepada Korporat Amerika!

Ditulis oleh

Thevarajan

JERIT

 
Nota : Poster Bantahan FTA bertemakan Jangan Gadaikan Kemerdekaan 50 tahun telah dikeluarkan oleh Gabungan Rakyat Membantah FTA. Sekiranya anda inginkan poster ini untuk dilekat dikawasan anda untuk memberi kesedaran mengenai impak  FTA , hubungi Kohila : 019-2275982.

Last Updated ( Sunday, 26 August 2007 )
Share |
Joomla Templates and Joomla Web Sites
link