Tiada apa yang percuma di dunia. Pendidikan?
Wednesday, 18 April 2012

Kesungguhan dan keberanian golongan anak muda ini perlu dikagumi. Seluruh negara sedang memerhatikan kebangkitan mahasiswa yang menuntut pendidikan percuma dilaksanakan di Malaysia!

 

Perlaksanaan pendidikan percuma mampu dengan penghapusan PTPTN yang berfungsi sama seperti institusi kewangan bank dengan memberikan dana untuk anak muda bagi melanjutkan pelajaran.Sounds good right??? Tetapi seperti bank- bank lain, pinjaman untuk pelajaran dikenakan bunga sebanyak 4% yang kini 1%.

 

Tidak kira apakah bunganya, kita tahu tujuan interest adalah untuk dapat keuntungan lebihan bagi pinjaman wang yang diberi.Persoalan mahasiswa progresif ini adalah patutkah pinjaman untuk pendidikan digunakan sebagai perniagaan demi keuntungan.

 

Bukankah sesuatu kerajaan harus bertanggungjawab untuk memastikan rakyatnya mendapat pendidikan yang sewajarnya dan kadar buta huruf di negara dikurangkan. Tetapi untuk melaksanakan tanggungjawab ini patutkah pendidikan diberi percuma @ dikenakan bayaran? 

 

Kita sering mendegar ramai yang menyebut "Nothing comes free in this world". Pemikiran kita dibentuk sedemikian oleh golongan kapitalis untuk memastikan tiada apa yang percuma di dunia ("Nothing is free in this world"). Kalau percuma bagaimana kelas kaya akan mendapat untung!

 

Negara kita pandai dalam membuat perbandingan dengan negara lain dalam isu kenaikan harga petrol, keselamatan, ISA dan sebagainya. Kenapa tak buat yang sama untuk pendidikan? Sumber dari Wikipedia menujukkan senarai negara- negara yang memberikan pendidikan percuma pada peringkat universiti:

-Barbados

  • -Brazil
  • -Belgium
  • -Croatia
  • -Denmark
  • -Finland
  • -Greece
  • -Hungary
  • -Kenya
  • -Malta
  • -Mauritius
  • -Morocco
  • -Norway
  • -Scotland
  • -Slovakia
  • -Sri Lanka
  • -Sweden
  • -Trinidad and Tobago
  • -Brunei
  • -Turkey
  • -Oman
  • -Saudi Arabia


Universal Declaration of Human Rights (UDHR)- 1948, juga ditandatangani oleh kerajaan Malaysia, turut menyatakan hak setiap individu untuk pendidikan percuma.(Article 26).

 

Keberanian mahasiswa untuk menuntut pendidikan percuma ini bukan untuk diri mereka lagi sebenarnya kerana beberapa tahun lagi mereka akan habis belajar dan akan masuk kerja. Perjuangan mereka adalah untuk generasi akan datang, anak- anak, cucu- cicit kita.

 

Beri sokongan kepada golongan anak muda ini di Dataran Merdeka.

 

 

Last Updated ( Wednesday, 18 April 2012 )
Baca Lagi...
Hishamuddin: Tahanan ISA mungkin akan dibicarakan
Wednesday, 18 April 2012

Kata- kata yang langsung tidak mengenal erti hak asasi individu. Tujuan sebenar pejuang- pejuang rakyat inginkan ISA dihapuskan adalah supaya setiap individu diberi kebebasan untuk membela diri di mahkamah.Biar sistem kahakiman memutuskan benar atau salah seseorang individu itu.

 

Namun, kata- kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang akan menerokai kemungkinan memberikan perbicaraan adil kepada pihak yang ditahan jelas menunjukkan beliau dan kerajaan Barisan Nasional tiada kesungguhan politik.

 

ISA merupakan alat regim pemerintah untuk kekang kebebasan bersuara rakyat dan membolehkan penahanan individu tanpa dihadapkan ke mahkamah.

Last Updated ( Wednesday, 18 April 2012 )
Baca Lagi...
Protes Anti ISA di hadapan Parlimen!
Monday, 09 April 2012

 

 

 

Seramai 50 orang telah menyuarakan rasa tidak puas hati mereka terhadap pemerintahan Najib Razak. Pada 16 September, Najib telah menjaikan rakyat dengan berita gembira bahawa Akta Zalim ISA akan dimansuhkan. 

 

Tetapi sehingga kini, ia hanyalah suatu janji manis. Kem Kamunting belum ditutup. Tahanan masih belum dibebaskan @ dibicarakan.

 

 

 

 

 

 

 

Last Updated ( Monday, 09 April 2012 )
Baca Lagi...
Protest at PM's Office aborted after MB intervenes
Sunday, 08 April 2012
Malaysiakini
1:11PM Apr 8, 2012

A mooted sit-in protest by Cameron Highlands residents at the Prime Minister’s Office in Putrajaya has been aborted after Pahang Menteri Besar Adnan Yaakob intervened in the matter.

adnan the manIn a statement today, Cameron Highlands PSM secretary Suresh Kumar said Adnan (left) has agreed to meet with the locals to look into several issues on land and agriculture matters.

“This is a small victory for the people of Cameron Highlands as requests to meet the Pahang menteri besar for the past two years have been ignored,” he said.

Local residents are upset over cases where the government had rejected application for temporary occupation licences (TOL) for farmers who have worked the land for several decades.

They are also demanding a better solution to the relocation of stalls at Kea Farm to make way for development.

“The people’s intention to camp out in Putrajaya has finally prompted the Pahang menteri besar to engage the rakyat to solve their problems,” declared Suresh.

Instead of descending on Putrajaya, the group, led by PSM, will meet with Adnan at Wisma Sri Pahang tomorrow to hammer out a solution to these problems.
Baca Lagi...
Penduduk Cameron Highland akan berkhemah di Putrajaya
Friday, 06 April 2012

Sumber: Malaysiakini

 

Penduduk Cameron Highland akan turun ke pejabat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak Isnin ini dan berkhemah di sana sehingga mendapat jawapan konkrit daripada perdana menteri terhadap enam isu utama yang mereka hadapi.

kg berembang third demolition 050307 aru"Ini adalah satu perjuangan rakyat marhaen dari Cameron Highland yang sudah muak menunggu kerajaan bertindak terhadap isu-isu mereka. Mereka akan datang ke Putrajaya," kata kata Setiausaha Agung PSM, S Arutchelvan.

Beliau mendakwa, telah banyak memorandum dihantar dan banyak mesyuarat diadakan dengan pihak kerajaan selama empat tahun, tetapi masalah penduduk Cameron masih tidak selesai.'

Sebelum ini, katanya, kumpulan tersebut sudah meghantar 17 surat kepada Pejabat Daerah Cameron dan berjumpa mereka tujuh kali.

"Sudah hantar 15 surat kepada menteri besar Pahang dan berjumpa mereka dua kali dan sudah hantar empat (surat) kepada Pejabat perdana menteri dan berjumpa mereka dua kali," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau mendakwa masalah penduduk terbabit langsung tidak diselesaikan dan mereka juga tidak mendapat sebarang maklumbalas dari pihak berkuasa.

Oleh itu, tegasnya, mereka akhirnya mengambil keputusan untuk pergi berkhemah di pejabat perdana menteri sehingga mendapat satu jawapan yang konkrit.

Menurut Arutchelvan, 40 penduduk yang mewakili enam isu berkenaan akan hadir di Putrajaya. Isu-isu tersebut ialah:

  • Empat isu petani bertani selama 40 tahun tetapi tiada lesen TOL dari Blue Valley, Cameron.
  • Satu isu kawasan rumah didakwa diberi kepada kroni BN walaupun sudah 42 tahun menetap di sana dari Ringlet, Cameron.
  • Sepasang suami isteri tiada rumah/tanah untuk berpindah dari Kuala Terla, Cameron. Sudah memohon lebih 30 tahun tetapi tiada jawapan dari Pejabat Daerah Cameron.
  • Satu kes permohonan gerai ditolak dan kemudian kawasan yang sama yang lebih besar diberi kepada orang lain dari Blue Valley, Cameron.
  • Satu kes permohonan oleh ibu tunggal yang diberi harapan palsu untuk membina gerai dan kemudian gerainya diroboh dari Blue Valley, Cameron
  • Dua kes pemilik gerai kecil dari Kea Farm, Cameron yang gerai mereka akan diroboh oleh Pejabat Daerah untuk beri laluan kepada pemaju swasta.
Arutchelvan berharap rakan-rakan seperjuangan akan turun bersama penduduk Cameron Isnin ini dan meneruskan sokongan sehingga mendapat satu kata putus dari perdana menteri.
Baca Lagi...
Bersih 3.0! Ke Jalan Raya sebelum Pilihanraya!
Friday, 06 April 2012
Nampaknya pilihanraya kali ke-13 ini akan menjadi pilihanraya yang paling kotor dalam sejarah negara! Kegilaan untuk terus berkuasa jelas dapat dilihat! Penipuaan demi penipuan dilakukan dalam senarai daftar pengundi! Yang mati masih boleh mengundi! Yang layak undi dimatikan! Penambahaan mendadak lebih 15 ribu pengundi di Selangor sejak 2008 langsung tidak masuk akal!
 

AYUH sahut cabaran untuk bersihkan sampah ini! JOM BERSIH 3.0! 

 

Last Updated ( Friday, 06 April 2012 )
Baca Lagi...
<< Start < Previous 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Next > End >>

Share |
Joomla Templates and Joomla Web Sites
link