Pekerja Kilang Belton Menuntut majikan bayar gaji mereka!
Wednesday, 20 January 2010

 

Lebih kurang 150 pekerja kilang BELTON Sdn Bhd, Sungai Siput, telah keluar protes kerana tidak puas hati dengan pihak pengurusan yang gagal membayar gaji bulan Disember 2009. Kelewatan bayaran gaji ini telah memberi kesan yang buruk kepada pekerja ini. Selain susah untuk menjaga keperluan harian, mereka juga terpaksa menanggung beban membayar denda apabila bayar lewat pinjaman rumah, kereta dan lain.

 

Para pekerja tekad akan terus berprotes sehingga majikan membayar penuh gaji mereka.

 

Last Updated ( Wednesday, 20 January 2010 )
Felda diarah bayar RM11 juta kepada peneroka
Tuesday, 19 January 2010

Sumber: Malaysiakini

 

Mahkamah Persekutuan hari ini enggan membenarkan Felda untuk merayu dan mengarahkannya supaya membayar RM12 juta kerana menipu 354 peneroka sejak 1995.

Kira-kira 600 orang, termasuk keluarga peneroka Felda Kemahang 3 dari Kelantan, yang memenuhi dewan mahkamah di Putrajaya, gembira menerima keputusan mahkamah tersebut.

Pengurus tanah rancangan tersebut yang telahpun meninggalkan dunia, telah menipu peneroka tersebut berhubung gred buah kelapa sawit mereka.

Panel tiga orang hakim yang diketuai oleh Tun Zaki Azmi, sebulat suara enggan membenarkan Felda membuat rayuan.

"Mahkamah puas hati bahawa tiada mana-mana bahagian dalam undang-undang bagi perkara ini disemak semula oleh mahkamah ini. Kami mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan," kata Zaiki dalam penghakiman lisannya.

Dua lagi panel hakim tersebut ialah Datuk Gopal Ram dan Datuk Zulkefli Ahmad Makinuddin.

Ekoran keputusan itu, maka 354 peneroka masing-masing dijangka mendapat antara RM25,000 dan RM30,000.

Mereka diwakili oleh sepasukan peguam yang diketuai oleh Wan Rohimi Wan Daud dan Yusfarizal Yusoff. 

Last Updated ( Tuesday, 19 January 2010 )
“BAYAR YURAN ITU, YURAN INI”: SISTEM PENDIDIKAN BEBANKAN RAKYAT
Wednesday, 13 January 2010

Sejak bermulanya sesi persekolahan 2010, mula kedengaran pelbagai keluhan daripada ibu bapa yang tidak mampu membayar yuran sekolah. Menurut Pusat Aduan Parti Sosialis Malaysia, sejak seminggu lepas ramai ibu bapa mengadu tidak dapat membayar yuran sekolah yang dikatakan mencecah RM100-RM130 bagi seorang pelajar sekolah rendah.  Bayangkan kalau sebuah keluarga yang mempunyai 3 atau 4 orang anak yang sedang relajar.

 

Yuran Masih Tinggi

 

Berikut adalah yuran sekolah bagi seorang pelajar sekolah rendah SRJK (T) bagi sesi 2010.

 

YURAN

TAHUN 1-3( S’orang)

TAHUN4-6 (S’orang)

ASAS

(termasuk Kokurikulum, Sukan, Insurans Takaful &    kertas ujian).

 

RM24.50

RM24.50

TAMBAHAN

 ( termasuk buku latihan, buku aktiviti, lencana, yuran PIBG, baju sukan & lain-lain)

> RM70

>RM100

JUMLAH

>RM100.00

>RM130.00

 

Yuran sekolah yang dikenakan juga berbeza antara satu sekolah dengan sekolah yang lain. Jadi,  ada pelajar yang terpaksa membayar yuran lebih daripada pelajar sekolah lain. Pelajar dari keluarga yang miskin pasti terjejas dengan masalah ini. Ada juga ibu bapa yang mengadu tidak mampu menghantar anak mereka ke sekolah kerana tiada duit untuk membeli baju sekolah mahupun membayar tambang bas. 

Baca Lagi...
Wakil Kg Bengali Minta MB selesaikan masalah Tanah Rumah
Tuesday, 12 January 2010

Satu Delegasi Ahli jawatan kuasa Kg Bengalil hari ini berjumpa dengan Menteri Besar Perak Zambry Kadir, dengan harapan MB akan campurtangan dalam isu tanah rumah merak telah diami selama 40 tahun. Delegasi ini diketuahi oleh Setiausaha PSM Sungai Siput, Comrad Nathan.

 

Walaupun perjumpaan ini hanya beberapa minit sahaja, namun penduduk yang datang telah melihat sendiri tingkah laku pemimpin BN yang kononnya MB sah. Zambry yang menerima sendiri Surat dari penduduk hanya mengarahkan menjumpa ADUN lintang, Ahmad Pakeh adam. Salah seorang penduduk bertanya Kampung kami terletak di DUN Jalong kenapa nak jumpa ADUN lintang. Adun Jalong adalah dari DAP, manakala DUN Lintang dari UMNO/BN. Namun delegasi yang datang telah berpuashati tetapi mereka bersedia perjuangan hingga turun ke jalan jika masalah mereka dipanjangkan lagi.

Last Updated ( Tuesday, 12 January 2010 )
Selamat Tahun Baru 2010: Tahun Baru Lebih Bermakna Jika Rakyat Terus Membawa Perubahan
Tuesday, 29 December 2009

 

Tahun 2009 sudah hampir berlalu dan 2010 menanti kita dengan penuh harapan. Harapan agar hidup kita akan bertambah baik dan kita akan dapat hidup lebih selesa. Setiap orang pula akan berazam untuk mencapai sesuatu yang baru yang dapat mengubah hidupnya.

Namun harapan sahaja tidak memadai. Rakyat perlu terus membawa perubahan; membuang apa yang tidak berguna dan membina kuasa yang dapat membawa perubahan. Ini tidak mustahil ! Rakyat telah membuktikannya semasa pilihanraya pada Mac 2008.

Jom kita renung sejenak perubahan yang telah kita bawa:

Last Updated ( Tuesday, 29 December 2009 )
Baca Lagi...
Bajet 2010: Rakyat Dibelakangkan, Untung diutamakan!
Tuesday, 29 December 2009

 

 

Bajet 2010 memfokuskan tiga strategi utama :

 

Pertama  : Meningkatkan pendapatan negara melalui pelaburan asing;

Kedua      : Memastikan pembangunan holistic dan mampan; dan

Ketiga      : Menjaga kebajikan rakyat.

 

 

 

 

ANALISA BAJET 2010:

 

Rancangan 1:

Meningkatkan usaha untuk menarik lebih ramai pelabur asing (FDI) untuk datang dan melakukan pelaburan di Malaysia.  

 

Kesan:

Untuk menarik ramai Kerajaan perlu memastikan keuntungan pelabur adalah dijamin. Maka apa akan terjadi adalah

1)       Tiada Akta gaji minima.  Gaji pekerja dikekalkan rendah,

2)       Kesatuan-kesatuan sekerja akan dilemahkan supaya tidak menentang majikan

3)       Undang-undang pekerja akan dilonggarkan dan tidak dikuatkuasakan

4)       Syarikat-syarikat kecil akan gulung tikar

5)       Meningkatkan pekerja asing dan polisi gaji rendah akan diteruskan

 

 

 

 

 

 

Penggalakan pelaburan asing secara mendadak akan menjadikan  kehidupan pekerja lebih teruk. 


Last Updated ( Tuesday, 29 December 2009 )
Baca Lagi...
<< Start < Previous 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Next > End >>

Share |
Joomla Templates and Joomla Web Sites