"Tanah telah dikenalpasti"- YB Xavier di Dengkil
Tuesday, 15 November 2011
12 Nov- Exco Kerajaan Negeri Selangor telah menghadiri Jamuan Deepavali di Flats Taman Permata Dengkil dengan kehadiran penduduk dari 5 buah blok di sana. Penduduk flats ini merupakan bekas pekerja ladang dari 4 buah estet di tapak Putrajaya sekarang ini.
 
 
Sejak dipindahkan ke flats ini pada 1999, penduduk dijanjikan rumah teres sebagai rumah alternatif mereka. Tetapi lebih 10 tahun berlalu, rumah flats yang sepatutnya menjadi rumah transit mereka sekrang telah menjadi rumah tetap!
Jawatankuasa penduduk ditubuhkan, perjuangan hak perumahan diteruskan!
 
Suatu pengumuman yang ditunggu- tunggu adalah daripada Yb Xavier sendiri. Hasil daripada tekanan berterusan daripada para penduduk terhadap kerajaan negeri untuk menyelesaikan masalah perumahan mereka, Yb Xavier telah mengumumkan kerajaan Negeri Selangortelah mengenalpasti 15 ekar tanah berhampiran Dengkil untuk pembinaan rumah teres penduduk.
 
 
Jawatankuasa bertindak Flats Taman Permatatelah memberikan cenderamata kepada YB Xavier sebagai tanda penghargaan kepada usaha beliau. Pihak jawatankuasa yakin, masalah perumahan mereka belum selesai. Selagi rumah yang dijanjikan tidak didirikan selagi itu perjuangan hak ini akan berterusan!
 
 
 
Last Updated ( Tuesday, 15 November 2011 )
KEMENANGAN 3 WIRA PEKERJA:PENGASAS KESATUAN SEKERJA GUPPY PLASTIC INDUSTRIES
Tuesday, 08 November 2011
Pada 14 December 2009, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mendapati pembuangan kerja 3 pemimpin Kesatuan Guppy ini adalah tidak adil, terlalu keras dan salah! Satu kemenangan besar kepada pekerja-pekerja ini yang telah menghadapi pelbagai ancaman dan gangguan dari majikan mereka sejak kesatuan sekerja di tubuhkan pada tahun 1998.
Kesatuan Pekerja-pekerja Guppy Plastik Industries Sdn Bhd yang didaftarkan pada 27 April 1998 adalah unik kerana keseluruhan kepimpinannya terdiri daripada wanita. Namun mereka digeruni oleh pihak syarikat sehingga
· Pengerusi Kesatuan, Sdri. Koyilvani dipecat kerja dalam masa 24 jam atas tuduhan melakukan aktiviti-aktiviti ‘anti-syarikat’ pada 18 Jun 1998
· Penolong Pegerusi, Sdri Rahimah digantung kerja 2 kali, pada 4 Jun 1998 dan 25 Ogos 2001
· Setiausaha, Sdr. Roshamiza dipecat kerja dalam masa 24 jam atas tuduhan melakukan aktiviti-aktiviti ‘anti-syarikat’ pada 18 Jun 1998
· Bendahari, Pn. Kanniamah dipecat kerja dalam masa 24 jam atas tuduhan melakukan aktiviti-aktiviti ‘anti-syarikat’ pada 18 Jun 1998.
· Penolong Bendahari, Visaletchumy digantung kerja 2 kali, pada 4 Jun 1998 dan 25 Ogos 2001
Tuduhan-tuduhan palsu dilemparkan ke atas mereka, antaranya memaksa pekerja menyertai kesatuan dan menyalahgunakan wang sehingga polis dibawa masuk untuk menangkap 2 orang pegawai kesatuan tersebut. Lebih daripada 20 aduan di buat kepada Jabatan Perhubungan Perusahaan (JPP) oleh pihak kesatuan terhadap pihak majikan yang memangsakan ahli-ahli kesatuan.
Pada 24/6/1998 hampir 100 pekerja Guppy menandatangani petisyen membantah pemecatan 3 pegawai kesatuan tersebut.
Sokongan pekerja-pekerja ini telah menguatkan lagi semangat pemimpin-pemimpin kesatuan yang telah meneruskan perjuangan mereka selama ini. Beberapa kemenangan hasil perjuangan kental pekerja-pekerja ini ialah:
· 2 pegawai kesatuan yang digantung kerja menang kes di Mahkamah Perusahaan pada 5/1/2006 dengan masing-masing menerima pampasan tapi mereka dilarang mengumumkan jumlah yang diterima kepada awam!
· Kesatuan memfail kes di mahkamah perusahaan terhadap Guppy Plastic Industries yang memangsakan ahli-ahli kesatuan. Kesatuan menang. Pada 4/12/2007, presiden Mahkamah Industri, Dato Umi Kalthum bin Abdul Majid mengumumkan, “Whether you like it or not Mr. Goh (the management), trade unions are here to stay, and you have to accept the existence of the Kesatuan Pekerja pekerja Guppy Plastic Industries”.
· Kempen membantah pelaksanaan Buku Panduan Syarat-Syarat & Peraturan Pekerjaan pada tahun 2000 yang bercanggah dengan Akta Pekerjaan 1955 dan Perlembagaan Persekutuan Negara. Antara isu-isu tersebut ialah berkaitan notis penamatan, waktu bekerja, dan diskriminasi umur persaraan antara lelaki dan wanita. Perkara ini di bawa ke perhatian JPP, JB dan KSM.
· Pada 6-5-2008 pula dalam Kes Pemangsaan Kesatuan, mahkamah meminta majikan memberi lebih ruang kepada kesatuan untuk berfungsi termasuk menyingkirkan peraturan-peraturan dalam Buku panduan pekerja yang menghalang aktiviti kesatuan. Pekerja migran boleh jadi ahli kesatuan. Majikan setuju untuk membina hubungan dengan Jawatankuasa Kesatuan (Baru).
· Jun 2001, 30 pekerja wanita dihentikan kerja dalam masa 24 jam, kononnya mereka sudah mencapai umur persaraan, 50 walhal ketika itu umur mereka lebih daripada itu! Kesatuan fail kes di JPP untuk 9 orang pekerja dimana mereka menang di Mahkamah Perusahaan [No. 26 (14)/4-244/05, Award No. 1147]. Pada 18/4/2008, Pengerusi Mahkamah Industri Rajandran Nayagan berkata “The Industrial Court will show the way and make a ruling which will be useful to society “ Do you know how a civilized society is gauged? It is gauged by how it treats women in society.”
Namun mereka kalah di Mahkamah Tinggi, kini kes di Mahkamah Rayuan.

KES KEMENANGAN 3 ORANG PEMIMPIN KANAN KESATUAN SEKERJA GUPPY
Baca Lagi...
Pekerja turun jalan raya bantah pindaan akta kerja!
Monday, 07 November 2011
 
Ribuan pekerja dengan beraninya turun ke jalan raya untuk membantah pindaan akta kerja 1955 pada Khamis lalu. Piket yang dianjurkan oleh Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) di lebih 20 lokasi mengembalikan semangat perjuangan pekerja di Malaysia serta komitmen MTUC yang menuntut kerajaan agar pindaan ini ditarik balik walaupun akta ini telah diluluskan pada 06 October 2011 di Parlimen.
 
Jeritan pekerja pada hari ini sudah memberi satu amaran keras kepada kerajaan supaya tarik balik pindaan tersebut, dan jika tidak hakikatnya lebih besar daripada hari ini. Piket selama satu setengah jam ini penuh bersemangat serta mengaktifkan kesatuan-kesatuan untuk membela nasib mereka sendiri.  
 
Syabas kepada MTUC. Semangat dan ikhtibar ini harus diteruskan supaya kelas pekerja terus bangkit dan menuntuk hak mereka yang sedang dihakis hari demi hari.
Last Updated ( Monday, 07 November 2011 )
Penduduk tekad demo di SUK Selangor jika tiada penyelesaian!
Saturday, 05 November 2011

 

Last Updated ( Monday, 07 November 2011 )
Piket Serentak pada 3 Nov! Tarik Balik Pindaan Akta Pekerjaan Sekarang!
Wednesday, 02 November 2011

MTUC akan menganjurkan piket serentak mendesak kerajaan menarik balik pindaan yang telah dibuat dalan akta pekerjaan baru- baru ini.

 

 

 

JOM turun ramai- ramai untuk menyuarakan hak kita sebagai pekerja!

 

TARIKH: 3 NOV 2011

MASA: 5 PM

 

Bil
Bahagian/Tempat
Kehadiran Pegawai Utama
1.
Selangor
              
Shah Alam (Seksyen 15)
Sdr Awang Ibrahim
Teluk Panglima Garang
Sdr A.Balasubramaniam
Lebuhraya Persekutuan
 
 
 
 
PJ, Jalan Barat
Sdr Abdul Halim Mansor
Sdr Samuel Devadasan
Sdri Siti Mahfudz
 
 
Rawang
 
Sdr Mohd Faisal
 
2.
Pulau Pinang
Depan Pearl View Hotel
Prai
Pegawai-Pegawai Bahagian
 
 
3.
Melaka
Air Terjun, Air Keroh
Jalan Bukit Beruang (Dekat Majlis Perbandaraan Melaka & Jusco)
Sdr Jimmy Tong
 
4.
Negeri Sembilan
Padang Majlis Perbandaraan Seremban
 
Pegawai-Pegawai Bahagian
5.
Perak
Depan Bangunan MTUC Negeri Perak
 
Sdr Zainal Ismail
6.
Pahang
Padang Masjid Negeri Kuantan
 
Sdr Mohd Khir Mansor
7.
Kelantan
Depan Kota Bharu Trade Center (KTC)
 
Sdr W.M Naim
8.
Johor
Batu 5, Jalan Skudai Depan Masjid Jamek Kg. Pasir
 
Pegawai-Pegawai Bahagian
9.
WPKL
Jalan Raja Laut
(Berdekatan Bangunan KWSP)
Sdr Mohd Khalid Atan
Sdr Robert
Sdr Subramaniam
Sdr Abdul Razak
Sdr Sivananthan
10.
Sabah
Di tepi jalan diantara lampu traffic depan Hotel Tang Dynasty dan lampu traffic Centre Point (Jalan menuju ke Wisma Merdeka)
Pegawai-Pegawai Bahagian
11.
Kedah

Dataran Zero, Sg Petani

Pegawai-Pegawai Bahagian

Saudara Anuar (013-4031150)

 

 

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang isu, klik disini: Kerajaan BN ANTI Pekerja!

Last Updated ( Wednesday, 02 November 2011 )
Baca Lagi...
A Government That Cares for Workers and Union Must Immediately Withdraw Bill to Amend Employment Act
Wednesday, 02 November 2011
Source:
Syed Shahir Syed Mohamud
Executive Secretary of National Union of Transport Equipment & Allied Ind.Workers
(Former President of Malaysian Trades Union Congress- MTUC)
Tel. 603- 55192421/55193860. Fax: 603-55106863
 
It is shocking that the Human Resource Minister Datuk Dr S Subramaniam was reported in Bernama  as saying that  the decision to amend the Employment Act 1955, was made at the request of the workers, when in truth it is the workers and their unions that do not want these proposed amendments to the law. The Malaysian Trade Union Congress(MTUC) have consistently and strongly opposed the proposed intended amendments, which include the introduction of the contractor for labour, a third party who will come in between the now direct relationship between the owner-operator employer(the principal) and the worker.
 
The Unions and MTUC objected strongly when this amendments were tabled vide D.R.25/2010 Employment (Amendment) Bill 2010, in July 2010, and we were happy when the government decided to withdraw the proposed amendments in October 2010. It was most disappointing when the government again re-introduced literally the same proposed amendments, with minor irrelevant changes, in June 2011 vide the Employment (Amendment) Bill 2011. The MTUC did again come out even more strongly and threatened to picket at the Parliament on 3/10/2010 if this Bill to amend the Employment Act 1955 was not withdrawn.

The minister is quoted in the news report (Bernama, 28/10/2011, Certain Parties Misunderstood Government's Intention In Amending Employment Act – Subramaniam), as saying that there are "massive abuse of workers in the plantation sector", and the question that the Minister must answer is why and what has been done by the government to stop these abuses. Have actions been taken against employers that abuse these workers.
 
In Malaysia, at present there are laws, including the Employment Act 1955 to ensure that worker rights are protected and errant employers are penalized. It would be interesting to find out more details of these ‘alleged abuses’, and if certain of these abuses are not yet covered by existing laws, then we could just amend to include these new kind of abuses.

 The Minister also said the situation now was "totally unmanaged", and to this the solution would be get more Labour officers who would then be able to proactively enforce the law and ensure that all worker rights are protected, and existing abuses end.

 
There is a suggestion that the very reason why the government wants to introduce the ‘contractor for labour’, and thereafter make all the workers that they supply to the principal still employees of the said contractor for labour and not the principal is to legalize existing ‘illegal practices’ that have been happening involving some ‘outsourcing agents’ and some employers. Note that when it comes to migrant workers, some employers have indicated that they prefer to be the direct employer and not have to depend on workers of some other 3rd party, which they say do cost more than direct employment and causes other problems.

Last Updated ( Wednesday, 02 November 2011 )
Baca Lagi...
<< Start < Previous 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 Next > End >>

Share |
Joomla Templates and Joomla Web Sites
link