PERLEMBAGAAN PERAK VS UNDANG-UNDANG BN PDF Print E-mail
Friday, 06 March 2009

 

Sejak Februari 5, 2009, Negeri Perak penuh dengan berbagai drama. Mahkamah, polis , setiausaha negeri, malah setiausaha DUN yang hanya buat kerja pentadbiran semuanya memihak kepada kerajaan haram BN.

Senario politik Perak melalui perjalanan yang tidak disangkakan dimana kedua-dua pihak mengambil tindakan yang berbagai untuk mengekalkan kuasa mereka. . Pencabulan hak demokrasi dan penyalahgunaan kuasa oleh kerajaan Barisan Nasional  dilakukan secara terbuka.

Klimaksnya, ialah Persidangan Dewan Undangan Negeri dibawah pokok oleh pihak Pakatan Rakyat.

Mari kita analisis insiden-insiden di Perak yang tidak begitu biasa berlaku sebelum ini.

Bangunan Kerajaan Negeri  (DUN) ditutup:

Pihak polis dan FRU mengepong dan mengawasi Bangunan Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan untuk menghalang Dewan Undangan Negeri dari bersidang.  Sehari sebelumnya, notis memaklumkan SUK Perak ditutup. Anehnya , notis ini tiada tandatangan. Pintu utama ditutup.

Keadaan ini macam kerana takutkan nyamuk, satu rumah dibakar. Sebab tak nak benarkan Dewan Undangan Negeri bersidang, satu Suk ditutup. Bukan sahaja itu polis  dan FRU mengepong kawasan itu sejak satu hari sebelum.

Kononnya , polis ambil arahan dari Setiausaha DUN yang mengatakan persidangan tergempar DUN tidak sah . Siapa Setiausaha DUN ini? Dia hanya pegawai tadbir dibawah Speaker yang tiada kuasa. Polis pula mendengar kata-katanya . Sejak bila polis mengambil arahan dari pegawai rendah?  Lucu tak keadaan ini ?

Last Updated ( Friday, 06 March 2009 )
Baca Lagi...
EKONOMI TURUN, TOL NAIK! PDF Print E-mail
Friday, 27 February 2009

Rakyat Dicekik Lagi?

Hentikan segera kenaikan Tol!

Sumber: TheStar Online

”Tindakan kerajaan menaikkan harga tol tidak masuk akal langsung! Belum sampai 48 jam lagi dengan pengumuman tol besraya dimansuhkan, kini 5 tol dinaikkan harga! Matilah kami.. ” begitulah reaksi salah seorang pengguna lebuh raya Besraya.JERIT mengecam tindakan kerajaan yang langsung tidak berperikemanusian dengan menaikkan kadar tol yang melibatkan lima lebuhraya iaitu Lebuhraya Utara Selatan Lebuhraya Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (Sprint), Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (Akleh), Lebuhraya Sungai Besi (Besraya) dan Lebuhraya Baru Pantai (NPE).

 

Last Updated ( Friday, 27 February 2009 )
Baca Lagi...
YB ELIZABETH WONG : TERUSKAN PERJUANGAN DEMI PERUBAHAN PDF Print E-mail
Monday, 23 February 2009

JERIT berpendapat  YB Elizabeth Wong harus meneruskan perjuangan dan berkhidmat kepada rakyat yang telah mengundinya.  Insiden yang menimpa dirinya adalah trauma yang perlu diatasi. Namun perlu diakui bahawa ini bukanlah perkara mudah bagi seorang pemimpin apatah lagi untuk seorang wanita.

Perbuatan mencabul ruang peribadi  individu terutamanya wanita untuk menjatuhkan maruah ditentang keras oleh JERIT. Taktik kotor dalam cubaan menjatuhkan ahli politik  hanya menggambarkan betapa jijik dan ekstremnya sesetengah pihak dalam merebut kedudukan politik. Sekiranya , kita membiarkan perkara sebegini untuk terus berlaku, hari ini berlaku kepada Elizabeth Wong , esok siapa pula ?  
Last Updated ( Monday, 23 February 2009 )
Baca Lagi...
KRISIS EKONOMI: SIAPA KISAH ? PDF Print E-mail
Friday, 20 February 2009

 Sejak penghujung 2008, dunia dilanda dengan krisis ekonomi yang teruk, lebih teruk dari Krisis Ekonomi tahun 1930an (Great Depression) yang dikatakan telah membawa kepada Perang Dunia Ke-2.

  Negara negara maju seperti Amerika dan negara–negara Eropah seperti United Kingdom, German, Japan, Korea, Hong Kong, malah seluruh duni  sedang melalui satu kemelesetan ekonomi yang teruk. Dasar dan juga pakej stimulus yang membantu ekonomi sedang giat dirancang dan diimplementasikan di negara–negara ini demi menyelamatkan ekonomi negara dan dunia.  Ini adalah kerana dalam beberapa bulan sahaja impak krisis ini dapat dirasakan dengan kehilangan kerja yang telah mencecah tinggi di mana di Amerika lebih 5 juta kehilangan kerja direkodkan sehingga bulan Februari. Protes besar-besaran seluruh dunia sedang berlaku.  

Dikatakan akibat krisis ekonomi sekarang, syarikat–syarikat besar juga akan merasai kesannya. Kekurangan modal dan pelaburan akan memaksa beberapa syarikat untuk mengurangkan operasi ataupun muflis terus. Syarikat seperti GM Motors, Citigroup, Intel, IBM dan banyak lagi syarikat multinasional dalam proses mengurangkan pekerja.  Di India, Lembah Silikonnya di Hydrebad  hampir tutup kerana banyak syarikat komputer telah muflis.  Pertubuhan Buruh Sedunia (ILO) menganggarkan  lebih 51 juta pekerja sedunia akan hilang pekerjaan akibat krisis ini. 

Situasi di Malaysia

Dalam keadaan tersebut bagaimana Malaysia hendak menghadapi cabaran ini ? Apakah kesannya terhadap pekerja Malaysia ? Setakat ini mengikut mengikut statistik kerajaan lebih 80,000 pekerja telah kehilangan kerja ( The Star 20/2/2009). Bukan itu sahaja, taraf hidup rakyat Malaysia telah menurun kerana kekurangan pendapatan. Rakyat biasa terpaksa bekerja lebih kuat untuk hidup dan menjaga keluarga mereka. Setiap hari pekerja kilang pergi ke kilang dengan kemungkinan akan kehilangan kerja. Banyak kilang telah mengurangkan pengeluaran, mengurangkan masa bekerja, membuat shut down dan potong gaji.

Last Updated ( Friday, 20 February 2009 )
Baca Lagi...
KRISIS EKONOMI! PEKERJA MENJADI MANGSA! PDF Print E-mail
Thursday, 19 February 2009
Last Updated ( Thursday, 19 February 2009 )
<< Start < Previous 1 2 3 Next > End >>

Results 19 - 23 of 23
Share |
Joomla Templates and Joomla Web Sites
link