“BAYAR YURAN ITU, YURAN INI”: SISTEM PENDIDIKAN BEBANKAN RAKYAT PDF Print E-mail
Wednesday, 13 January 2010

Sejak bermulanya sesi persekolahan 2010, mula kedengaran pelbagai keluhan daripada ibu bapa yang tidak mampu membayar yuran sekolah. Menurut Pusat Aduan Parti Sosialis Malaysia, sejak seminggu lepas ramai ibu bapa mengadu tidak dapat membayar yuran sekolah yang dikatakan mencecah RM100-RM130 bagi seorang pelajar sekolah rendah.  Bayangkan kalau sebuah keluarga yang mempunyai 3 atau 4 orang anak yang sedang relajar.

 

Yuran Masih Tinggi

 

Berikut adalah yuran sekolah bagi seorang pelajar sekolah rendah SRJK (T) bagi sesi 2010.

 

YURAN

TAHUN 1-3( S’orang)

TAHUN4-6 (S’orang)

ASAS

(termasuk Kokurikulum, Sukan, Insurans Takaful &    kertas ujian).

 

RM24.50

RM24.50

TAMBAHAN

 ( termasuk buku latihan, buku aktiviti, lencana, yuran PIBG, baju sukan & lain-lain)

> RM70

>RM100

JUMLAH

>RM100.00

>RM130.00

 

Yuran sekolah yang dikenakan juga berbeza antara satu sekolah dengan sekolah yang lain. Jadi,  ada pelajar yang terpaksa membayar yuran lebih daripada pelajar sekolah lain. Pelajar dari keluarga yang miskin pasti terjejas dengan masalah ini. Ada juga ibu bapa yang mengadu tidak mampu menghantar anak mereka ke sekolah kerana tiada duit untuk membeli baju sekolah mahupun membayar tambang bas. 

Bantuan Dikurangkan

 

Selain itu, ramai ibu bapa yang berpendapatan rendah juga merungut kerana beberapa bantuan untuk golongan miskin telah dihentikan tahun ini dengan alasan kerajaan “tak ada duit”.

 

  1. Skim Bantuan Tuisyen (SBT) untuk murid miskin tidak ada pada tahun ini. Skim itu bertujuan menolong murid miskin untuk mendapat pelajaran tambahan dan guru-guru akan  dibayar gaji tambahan. Skim ini telah digugurkan tahun ini.

 

  1. Kumpulan Wang Amanah Relajar Miskin (KWAMP) – status bantuan ini mengelirukan ibu bapa kerana ada sekolah yang tiada langsung bantuan ini, ada sekolah yang masih ada tetapi peruntukan dikurangkan. Permohonan bantuan ini juga bertambah rumit keran ibu bapa terpaksa memohon melalui sistem e-kasih yang baru diperkenalkan.

 

  1. Rancangan Makanan Tahunan (RMT) – peruntukan telah dikurangkan dan bilangan murid yang menerima bantuan ini juga berkurangan.

 

  1. Skim Susu Percuma  para ibu bapa mendakwa bantuan ini pun telah digugurkan tahun ini

 

Sesi permulaan sekolah 2010 telah memberi satu tamparan hebat  kepada kebanyakan ibu bapa yang berpendapatan kurang terutamanya mereka yang berpendapatan kurang RM1000 seperti pekerja kilang, buruh kasar, petani, penoreh getah dan sebagainaya.

 

PERSOALANYA SEKARANG KENAPA KERJAAN “ TAK ADA DUIT “

DI MANA PERGINYA KEUNTUNGAN PETRONAS DAN CUKAI  RAKYAT YANG BERJUTA-JUTA RINGGIT????

DI MANAKAH PENDIDIKAN PERCUMA YANG DIWAR-WARKAN DALAM BAJET 2008

 

Betul ke kerajaan “tak ada duit”? Pada September 2009 Kerajaan Malaysia dengan rasminya mengumumkan telah membeli dua kapal selam KD TAR berjumlah RM3.4 bilion. Darimana dapatnya duit 3.4 bilion ini?

 

Kerajaan juga telah membazir berbilion-bilion ringgit untuk projek- projek mega seperti Litar F1 Sepang, Mini Putrajaya, Kangar, Perlis, Menara Taming Sari, Melaka, dan banyak lagi projek. Bukan itu sahaja, Putrajaya yang sudah cantik, kerajaan mampu mencantikan semula dengan lampu-lampu yang mahal dan bangunan-bangunan baru. Bagaimana Kerajaan ada duit untuk perkara ini sedangkan pendidikan adalah satu keperluan asas. Mengapa pendidikan dan kebajikan murid yang dikorbankan.

 

Sistem pendidikan percuma adalah satu perkara yang mampu dilaksanakan oleh sesebuah negara. Lihat negara-negara seperti Cuba, Venezuela, Nepal dan negara-negara sosialis lain yang memberi pendidikan percuma kepada rakyat mereka dari sekolah rendah sehingga ke peringkat universiti. Venezuela dan Cuba yang juga negara pengeluar petroleum seperti Malaysia menggunakan keuntungan itu untuk menjaga kebajikan rakyat seperi memberi pendidikan dan kesihatan percuma.

 

 

Tidak cukup sekadar laungan slogan “Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan”. Ini masanya kebajikan rakyat harus diutamakan. Jangan gadaian sistem pendidikan negara. Hapuskan segera semua yuran sekolah yang menjadi beban kepada rakyat Malaysia dan laksanakan pendidikan percuma.
Share |
Joomla Templates and Joomla Web Sites
link