GERABAK ASING TIDAK MENYELESAIKAN MASALAH GANGGUAN SEKSUAL ! GUBAL AKTA MENGHALANG GANGGUAN SEKSUAL PDF Print E-mail
Friday, 09 April 2010

 

 

 

“ Menteri menyokong Gerabak yang berbeza bagi kaum lelaki dan wanita di komuter untuk mengelakkan gangguan seksual terhadap kaum wanita”, ini adalah satu kenyataan akhbar yang telah dikeluarkan oleh Menteri Wanita dan Keluarga Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil pada 2 April 2010 yang lepas. JERIT mendapati kenyataan Menteri khususnya berkenaan gangguan seksual adalah sesuatu yang wajar diberikan perhatian. Namun begitu, sebagai sebuah gerakan yang mementingkan Hak Asasi yang sentiasa melihat sesuatu perkara berlandaskan Hak Asasi dan hak kesamarataan, perkara ini amat membimbangkan dan sekaligus mebangkitkan satu persoalan yang penting. Persoalannya, adakah gangguan seksual terhadap wanita hanya berlaku di Komuter? Betulke wanita hanya dilayan sedemikian di Komuter sahaja? Betulke sekiranya wanita dan lelaki diberikan gerabak yang berbeza akan menyelesaikan masalah gangguan seksual terhadap wanita?

 

Masalah Utama Perkhidmatan Komuter

Perkhidmatan komuter merupakan antara pengangkutan awam yang digunakan seramai 300,000 pengguna hampir setiap hari. Namun, perkhidmatan yang diberikan oleh Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB Berhad) adalah amat teruk dan seringkali menimbulkan masalah teknikal yang sama pada setiap hari.

 

Bagi pengguna Komuter, anda sering dapat mendengar rungutan mereka bahawa , “ Komuter lambat; sesak, tak ada tempat duduk, sentiasa rosak, dan tak pernah menepati masa”. Ini adalah rungutan biasa yang acapkali didengar dikalangan pengguna Komuter mahupun pengguna bas. Masalah utama perkhidmatan Komuter adalah kekurangan Komuter dan komuter yang sedia kebanyakkannya sudah lama dan tidak dapat berfungsi dengan baik. Ini adalah masalah pokok yang menimbulkan pelbagai masalah kepada pengguna Komuter khasnya wanita.

 

Ini adalah kerana dengan kelewatan dan kekurangan komuter, para pengguna akan berebut-rebut untuk naik komuter dan komuter pun akan sesak dengan teruk , maka ini memberi peluang untuk gangguan seksual. Maka , ketidakcekapan KTMB dan kerajaan yang tidak memberikan perkhidmatan yang cekap dan cepat kepada rakyat adalah masalah asas kepada isu ini. Inilah natijahnya jika utamakan keuntungan tetapi melupakan rakyat dan kini masalah menjadi serius baru nak cari penyelesaian pulak. Tetapi penyelesaian yang dicadangkan pula sesuatu yang tidak konkrit dan tidak menyelesaikan masalah untuk selama-lamanya. Ini tidak menghairankan pun kerana beginilah cara kerajaan Malaysia memerintah selama ini!

 

Gangguan Seksual pelbagai Jenis dan ragam Mengikut kajian, ganggual seksual ini adalah pelbagai jenis. Gangguan seksual ini termasuk gangguan secara fizikal, mental, penggunakan kata-kata lucah terhadap seseorang, memberikan komen yang tidak senonoh tentang anggota badan seseorang, megikuti seseorang dengan sengaja dan mengacau mereka secara mental, asyik merenung ke arah bahagian badan seseorang khususnya wanita juga adalah antara gangguan seksual. JERIT tidak menafikan berlakunya gangguan seksual terhadap kaum wanita didalam Komuter .

 

Tetapi masalah ini tidak mungin dapat diselesaikan melalui memberikan gerabak yang berbeza kepada kaum wanita dan lelaki. Ini adalah kerana gangguan seksual tidak hanya berlaku didalam Komuter sahaja tetapi dimana-mana sahaja tidak kira di tempat kerja, di sekolah, di Universiti, di jalan raya, di kedai Kopi, ditepi jalan, dan dimana-mana sahaja. Jadi bagaimana Menteri melihat isu-isu ini pulak? Kenapa Puan Menteri tidak mahu menggubal Undang-undang berkaitan gangguan seksual?

 

Kenapa tiada cadangan atau langkah-langkah untuk meningkatkan kesedaran mengenai gangguan seksual dikalangan wanita dan lelaki terutamanya dari sekolah supaya generasi muda akan membesar dengan nilai-nilai yang baik? Bukankah ini satu langkah jangka masa panjang yang lebih konkrit daripada hanya mengasingkan gerabak komuter. Bukankah langkah-langkah ini akan melindungi wanita dari gangguan seksual dimana-mana , dan bukan hanya di komuter .

 

Cadangan atau Rekomendasi Kini di Malaysia, wanita hanya dilindungi ditempat kerja sahaja dalam isu gangguan seksual dan itupun dari segi pengimplementasian polisi sahaja. Tiada undang-undang spesifik untuk gangguan seksual, walaupun kumpulan-kumpulan wanita sudah lama berkempen untuknya. Malah Ahli Parlimen wanita kita pun tidak terlepas dari gangguan seksual di dalam Dewan Rakyat apabila hujah berunsur seksual dibuat oleh Ahli Parlimen lelaki dalam parlimen. Selain itu, dalam kebanyakkan masa wanita tidak berani laporkan gangguan seksual kerana tidak yakin dengan polisi yang sedia ada dan kebanyakkan masa laporan yang dibuat diremehkan.

 

Maka, apa yang perlu untuk melindungi wanita mahupun lelaki dari gangguan seksual?

 

1. Perlunya AKTA Menghalang Gangguan Seksual yang akan melindungi wanita dan lelaki dari gangguan seksual dimana-mana tempat tak kira tempta kerja atau tempat awam seperti yang terdapat di Amerika, Britain, Denmark, France, India, Filipina, Russia, Poland, Republik Czech Australia dan Pakistan.

 

2. Setiap Gangguan Seksual yang dilaporkan oleh wanita ataupun lelaki harus diambil perhatian dan mengambil tindakan yang serius oleh pihak berkuasa.

 

3. Kerajaan harus memperbaiki segala pengangkutan awam termasuk menambahkan lebih banyak komuter yang baru dan memastikan perkhidmatan Komuter lebih effisien.

Last Updated ( Sunday, 11 April 2010 )
Share |
Joomla Templates and Joomla Web Sites
link