DATO’FONG CHAN ONN LARI KE PULAU PINANG! PDF Print E-mail
Thursday, 23 August 2007

 

MENTERI TAKUT JUMPA PEKERJA! 

Seramai 200 wakil pekerja dari Gabungan Pekerja Kilang dan Kesatuan (GPKK), JERIT  yang begitu geram dengan tindakan Menteri Sumber Manusia yang mencadangkan untuk pinda AKTA PERHUBUNGAN PERUSAHAAN DAN AKTA KESATUAN SEKERJA   telah berhimpun di  Putrajaya untuk menyatakan bantahan mereka terhadap pindaan ini. Ini adalah kerana pindaan yang dibuat oleh pihak Menteri hanya berfaedah untuk majikan dan hak pekerja pula terus dicabuli.  Walaupun hari kerja, pekerja sanggup mengambil cuti dan  berkumpul di Putrajaya untuk menyerahkan memorandum bantahan terhadap pindaan Akta beserta dengan petisyen bantahan  yang ditandatangani lebih kurang 3000 pekerja hanya dalam satu minggu.

Pada 3/07/07, Menteri Sumber Manusia telah membuat bacaan pertama di Parlimen untuk meminda kedua-dua akta ini. Malangnya, pihak MTUC selaku wakil pekerja ataupun rakyat umum tidak  langsung dimaklumkan mengenai pindaan ini. Malah, pihak JERIT hanya mendapat tahu mengenai pindaan ini 2 minggu yang lepas. Pindaan akta ini akan dibuat bacaan kedua di Parlimen pada 27/08/07 dan dijangka diluluskan dengan sokongan penuh wakil rakyat kerajaan Barisan Nasional. 

Para pekerja yang berkumpul dihadapan Kementerian Sumber Manusia hari ini,  dengan penuh semangat melaungkan slogan-slogan seperti 'Hentikan pindaan akta',  'Menteri kuli Majikan', 'Laksanakan akta gaji minima', 'Harga naik, gaji tak naik', 'Menteri, Turun', 'jadi menteri, lupakan rakyat'.

Apabila ditemuduga oleh wakil JERIT, komen pekerja telah menampakkan kemarahan para pekerja terhadap pencabulan hak pekerja ini . Antara keluhan dan pandangan pekerja

Saudara Kanna dari Gabungan Pekerja Kilang dan Kesatuan (GPKK), Mantin,

 

 

"Pekerja akan mengalami kerugian yang besar jika akta ini diluluskan. Apabila kita lihat kes-kes pekerja di mahkamah perindustrian, ia memang mengambil masa yang lama di mana sehingga 15 tahun pun ada. Lebih-lebih lagi mereka membelanjakan duit yang banyak untuk  berulang alik ke mahkamah, dan bayaran bagi pegawai Perhubungan Perusahaan sehingga kes mereka menang. Jadi adakah pampasan yang akan dihadkan tempoh masa untuk 24 bulan sahaja adalah adil?"

En. Aziz dari Kesatuan BKB, Ipoh ,

"Keadaan pekerja semakin teruk di Malaysia. Makin hari makin ditindas hak kami. Saya dari wakil kesatuan, kami membantah keras tindakan menteri ini. Apabila masa pilihanraya, minta undi macam pengemis tetapi lepas menang tiada 5 minitpun untuk jumpa rakyat"

Sementara itu, Pegawai – pegawai Kementerian Sumber Manusia yang begitu tension meminta delegasi pekerja untuk menyerahkan memorandum kepada Ketua Setiausaha kerana Dato' Fong sedang menghadiri mesyuarat Kabinet dan selepas itu beliau hendak pergi ke Pulau Pinang. Memandangkan  Menteri  begitu sibuk, maka para delegasi meminta Dato' Fong untuk meluangkan masa hanya 5 minit sahaja untuk menerima memorandum sebelum bertolak ke Pulau Pinang.

Malangnya, Menteri yang ada masa mengemis undi sampai ke pintu hadapan rumah kita semasa pilihanraya enggan turun berjumpa dengan pekerja walaupun untuk 5 minit. Perkara yang sangat mengeramkan disini  adalah mesyuarat Kabinet berlangsung hanya 2 blok dari Kementerian Sumber Manusia di Putrajaya juga.

Para pekerja yang begitu marah dengan sikap Menteri Sumber Manusia yang tidak mesra rakyat menyuruh Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia, Thomas George untuk turun ke khalayak pekerja untuk menerima memorandum bantahan.

 

 

 

Parameswari .S selaku ketua delegasi telah memberitahu Ketua Setiausaha bahawa  "Kami pekerja Malaysia27/08/07 ini serta tarik balik pindaan akta yang menghakis hak pekerja di Malaysia." semasa menyerahkan memorandum kepada En.Thomas George. membantah tindakan Menteri yang telah membuat keputusan tanpa berbincang dengan wakil pekerja. Kami juga mahu Menteri untuk menghentikan bacaan kedua di parlimen pada

Selain itu, wakil delegasi juga memberi amaran bahawa jika, Menteri Sumber Manusia masih degil untuk meneruskan bacaan kedua di Parlimen pada 27/8/2007, maka para pekerja akan terus membuat beberapa tindakan seperti membuat aduan polis terhadap Dato' Fong, menghantar surat bantahan kepada semua ahli parlimen, edarkan risalah di seluruh Malaysia sempena sambutan 50 tahun merdeka dan terus memobilisasi pekerja Malaysia untuk membantah pindaan akta ini yang menghakis hak pekerja.

Dato Fong Chan Onn harus ingat, pilihanraya tidak lama lagi. Adakah dia berani mengemis undi kepada kita setelah menghakis hak kita sebagai pekerja ? Adakah kita masih mahunya menjadi Menteri ataupun wakil rakyat ?

Keputusan di tangan kita untuk mempertahankan hak kita !

Dilaporkan oleh ;
Sivaranjini. M

Last Updated ( Thursday, 23 August 2007 )
Share |
Joomla Templates and Joomla Web Sites
link