G-TEAM POTONG AIR! TINDAKAN USIR BEKAS PEKERJA LADANG CARA TIDAK SAH! PDF Print E-mail
Tuesday, 06 December 2011
Penduduk ladang telah berprotes di hadapan bangunan Jabatan Buruh, Subang Jaya untuk mengutarakan masalah air mereka.
 
 
Bekas pekerja ladang Tumbuk tinggal di Morib, Banting.  Ada diantara mereka telah menetap di ladang ini untuk lebih 30 tahun. Pekerja telah diberhentikan kerja pada 2006 tetapi pihak Tuan ladang iaitu Maika Holdings masih belum menunaikan janji memberikan rumah kos rendah untuk penduduk walaupun sudah dipersetujui. Kini masalah perumahan mereka dalam proses rundingan dan penyelesaian yang melibatkan beberapa pihak termasuk Kerajaan Negeri Selangor.
 
Namun kebelakangan ini, tuan ladang baru yang dikenali sebagai G-Team sedang cuba mengusir kami secara paksa, membuat ugutan dan mengancam keharmonian di ladang penduduk dengan pelbagai cara termasuk memotong bekalan air. Tujuan mereka adalah untuk mengusir para pekerja yang menuntut perumahan alternatif yang dijanjikan.
 
 

 

 

Last Updated ( Tuesday, 06 December 2011 )
Share |
Joomla Templates and Joomla Web Sites
link