TOLAK SYABAS - KEMBALIKAN HAK AIR KEPADA RAKYAT PDF Print E-mail
Sunday, 12 August 2012

12 Ogos, Kajang - Pada pagi ini lebih kurang 50 orang penduduk dari Kajang dan Semenyih mengadakan bantahan terhadap SYABAS dan sebagai tanda sokongan supaya pengurusan air di Selangor diambilailh oleh Kerajaan Negeri Selangor. Sejak kebelakangan ini berlaku masalah bekalan air di Balakong, Kajang dan di Semenyih di Taman Manikavasagam, Flats  Sri Tanjung, Bandar Rinching dan Taman Hiew Piow. Ini adalah taktik kotor SYABAS untuk menipu rakyat dan mensabotaj Kerajaan Negeri supaya ia dapat meneruskan pembinaan loji rawatan Langat 2 bernilai RM8.6 bilion yang disokong oleh Kerajaan Persekutuan.

 

Jadi, sebagai tanda bantahan kepaya SYABAS yang meniagakan air sebagai komoditi demi keuntungan, bantahan ini telah diadakan hasil inisiatif JERIT. Turut hadir sama adalah Sdr Arulchelvan (Ahli Majkis MPKJ dan SUA PSM) dan YB Cikgu Lee (ADUN Kajang). Rakyat yang berkumpul menunut kemudahan asas seperti air tidak diswastakan dan diurus oleh pihak Kerajaan.


Berikut ada kenyataan akhbar yang dikeluar oleh JERIT:

 

 

KENYATAAN AKHBAR

12 Ogos 2012

TIDAK KEPADA SYABAS!

MILIKNEGARAKAN  BEKALAN & PERKHIDMATAN AIR DI SELANGOR

Jaringan Rakyat Tertindas menuntut kepada Kerajaan Selangor untuk mengambil alih SYABAS dari pengurusan swasta dan mengurusnya sendiri.  JERIT menuntut sedemikian kerana , SYABAS dibawah pengurusan pihak swasta dengan jelas tidak mengutamakan keperluan dan kebajikan  rakyat  sebaliknya mengutamakan keuntungan.

 

Sejak bekalan air di Selangor diswastakan , rakyat Selangor mengalami banyak masalah seperti air tidak bersih, catuan air dan gangguan bekalan air. Bukan itu sahaja pada masa, terdapat gangguan bekalan air, kurang inisiatif dari pihak Syabas untuk menghantar lori air terutamanya ke kawasan luar bandar. Akan tetapi kalau hendak naikkan tarrif air, bukan main cepat dibuatnya malah pelbagai helah digunakan. JERIT juga pernah mengendalikan banyak kes di mana bekalan air dipotong apabila pengguna terutamanya rakyat miskin tidak mampu membayar bil air.  Air adalah hak asasi manusia yang wujud dari sumber alam semulajadi. Jadi, menafikan bekalan air terumatanya kepada golongan miskin atas dasar mengaut keuntungan adalah satu pencabulan hak asasi manusia. Air tidak boleh dimiliki secara swasta dan dijadikan komoditi demi keuntungan. Di Negara Peranchis terdapat undang-undang di mana pihak yang membekalkan air harus mendapatkan perintah mahkamah  dan tidak boleh memotong bekalan air dengan sewenang-wenangnya.

 

Fenomena menswastakan bekalan air berlaku secara berleluasa di seluruh dunia. Dua agen kapitalis iaitu Bank Dunia (World Bank) and International Monetary Fund (IMF) sedang menggalakkan penswastaan bekalan air melalui syarikat Eropah dan Amerika Syarikat. Ini dilakukan melalui perjanjian perdagangan dan syarat pemberian pinjaman hutang kepada Negara yang sedang membangun. Program telah bermula sejak awal 1990an dan bermula di Negara seperti India, Bolivia, Chile, Argentina, Nigeria, Mexico, Australia, Filipina dan termasuk Malaysia. Hampir kesemua Negara di atas mengalami masalah yang sama setelah penswastaan berlaku – kualiti air semakin merosot dan tariff air semakin meningkat.

 

Kini, tidak cukup dengan masalah di atas, SYABAS sedang  mencari jalan untuk menaikkan tariff air dengan pembinaan Langat 2 yang berharga RM8.6 bilion yang melibatkan penyaluran air dari Pahang. Sebelum ini Langat 1 telah dibina untuk menyelesaikan krisis hanya pada tahun 2009.  Kerajaan Selangor telah mengatakan tiada keperluan untuk Langat 2 kerana bekalan air di 7 buah empangan di Selangor mencukupi. Namun,  akibat tekanan dari  Kerajaan Persekutuan BN, SYABAS hendak meneruskan projek ini yang akan menyebabkan tariif air meningkat.  Apabila Kerajaan Selangor terus  menghalang projek ini dan hendak mengambil alih Syabas, CEO yang bersekongkol dengan Kerajaan Persekutuan BN mengugut akan membuat catuan air kerana Selangor akan menghadapi krisis air. Jelas sekali tindakan ini adalah untuk menyebabkan  rakyat merana kerana tidak memilih BN sebagai kerajaan negeri.

 

Air bukanlah alat politik untuk digunakan dalam permainan politik mahupun komoditi untuk dijual beli. Ia adalah sumber alam yang penting untuk manusia hidup. Maka adalah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk membekalkannya dan bukan syarikat swasta.

 

JERIT menyokong hasrat Kerajaan Selangor mengambil alih  pengurusan air kerana hak air Selangor akan dikembalikan kepada rakyat Selangor. Kerajaan Negeri Selangor juha berjanji  bahawa rakyat Selangor tidak perlu menanggung hutang dan kerugian syarikat konsesi.

Oleh itu,  JERIT menyeru agar kerajaan Selangor mengambil alih bekalan air bagi Selangor demi menjaga kebajikan dan keperluan rakyat. Jangan biarkan syarikat swasta untuk  melelongkan hak rakyat.

Share |
Joomla Templates and Joomla Web Sites
link