MANIFESTO PEKERJA BAGI PRU13 - ADAKAH ANDA SOKONG? PDF Print E-mail
Wednesday, 26 December 2012

Kepada rakan-rakan NGO, Kesatuan & Kumpulan Masyarakat,


Pada 6&7 Oktober 2012, satu bengkel untuk membincangkan tuntutan pekerja bagi PRU13 telah diadakan di pust latihan NUBE di Negeri Sembilan dan wakil-wakil kumpulan seperti Jaringan Rakyat tertindas (JERIT), Kesatuan pekerja-pekerja Bank (NUBE), Kesatuan pekerja MHS, Kesatuan Sekerja Industri Elektronik Wilayah Barat Sem. Malaysia (KSIEWBSM), Kesatuan
Tenaga National Berhad Junior Officers (TNBJOU), Kesatuan pekerja-pekerja Ladang (NUPW), Persatuan Sahabat Wanita Selangor (PSWS), Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Perusahan Petroleum dan Kimia Sem. Malaysia (NUPCIW), Cawangan Pahang dan National Union of Transport Equipment & Allied Industries Workers dll kumpulan telah mengambil bahagian untuk mengeluarkan Manifesto Pekerja bagi PRU13.

Berikut adalah "Manifesto Pekerja bagi PRU13" dan Jaringan Pekerja Malaysia (JPM) memerlukan endorsement dari badan-badan NGO, Kesatuan dan Kumpulan masyarakat. Sila sertakan endorsement anda sebelum 3 Januari 2013. 

Pada masa yang sama, sila hadir ke pelancaran  "Manifesto Pekerja bagi PRU13" pada 6-1-2013 (Ahad), di Selangor Chinese Assembly Hall, pukul 10 pagi.

Untuk maklumat lanjut dan terkini  anda juga boleh layari  https://www.facebook.com/events/126920030801431/ dan Ikuti Twitter Jaringan Pekerja @PekerjaMsia


MANIFESTO PEKERJA MALAYSIA

“PEKERJA KUASA PERUBAHAN”
“MARUAH PEKERJA MARUAH NEGARA”

Sempena Pilihanraya Umum Ke-13, Jaringan Pekerja Malaysia iaitu satu gabungan yang terdiri daripada kesatuan-kesatuan sekerja dan aktivis-aktivis pekerja ingin menyeru Kerajaan Malaysia serta parti-parti politik yang akan bertanding di Pilihanraya Umum Ke-13, bersama-sama berikrar untuk mengutarakan dan mengutamakan seruan kaum pekerja di dalam Manifesto ini demi masa depan kaum pekerja yang lebih terjamin di Negara Malaysia ini.
Kami menuntut hak-hak pekerja seperti berikut:
 
1. Jaminan Gaji Minima RM1,500 (Gaji Pokok) – Gaji Minima RM900 yang telah diluluskan oleh Kerajaan tidak mampu menampung kos hidup semasa akibat peningkatan kos pendidikan, perubatan, pengangkutan, harga barang, bayaran pinjaman rumah, sewa, bil air, api, gas, talipon, cukai pintu, dan segala keperluan asas.  Tambahan pula, pelaksanaan Gaji Minima RM900 juga tidak jelas.  Pihak Majikan berjaya mengaburi peruntukan tersebut, di mana, elaun-elaun termasuk kerja lebih masa disertakan atau dicampurkan bersama gaji minima RM900.
 
Oleh itu kami menuntut Jaminan:
 
1.1       Gaji minima pokok sebanyak RM 1,500.00 sebulan untuk para pekerja di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak;
 
1.2       Gaji Minima RM 1,500.00 dikaji semula setiap 2 tahun sekali dan mesti serasi dengan kos sara hidup di Malaysia;
 
2. Jaminan Pengiktirafan Hak-hak Asasi Pekerja - Pada tahun 2007 dan 2011, Kerajaan Malaysia telah membuat pindaan terhadap Akta Kerja 1955, Akta Perhubungan Perusahaan 1967 dan Akta Kesatuan Sekerja 1959  Pindaan-pindaan ini dikatakan sebagai yang paling zalim di dalam Sejarah pergerakan buruh Malaysia. Akibat pindaan-pindaan ini, para pekerja telah kehilangan hak-hak mereka dan terus menjadi mangsa penindasan oleh pihak majikan serta pihak pemerintah
 
 Oleh itu,  kami menuntut Jaminan:
 
2.1          Kembalikan hak-hak pekerja yang telah dirampas melalui pindaan Akta kerja 1955 dan Akta Perhubungan Perusahaan 1967 yang memberi kebebasan kepada majikan memecat pekerja sesuka hati dengan:
 
                   2.1.1              Mansuhkan had pampasan 24 bulan gaji kepada seseorang pekerja yang dipecat setelah  
                    Mahkamah Perusahaan memutuskan  pemecatan itu adalah tanpa sebab dan alasan yang munasabah. 
                    Pekerja itu harus dibayar pampasan yang sepenuhnya tanpa had dan tanpa pendapatan yang telah
                   diperolehi selepas pemecatan pekerja itu.
 
                   2.1.2              Mansuhkan peruntukan “Kontraktor untuk buruh” di dalam Akta Kerja 1955 yang
                   menghalalkan aktiviti kontraktor yang membekalkan tenaga kerja murah kepada majikan.  Aktiviti ini
                  adalah  haram kerana ia memutuskan perhubungan majikan-pekerja secara langsung dan majikan akan terus
                  terlepas dari tanggungjawabnya dengan membayar upah yang rendah.  Juga pembayaran gaji, potongan
                  KWSP (EPF), cuti tahunan dan sebagainya untuk pekerja kontrak itu adalah atas belas kasihan kontraktor
                  tersebut.
 
                  2.1.3              Mansuhkan outsourcing, insourcing, kerja part-time, kerja tidak stabil/tetap kerana tidak ada
                  sekuriti pekerjaan.  
 
 
                 2.2          Kes seseorang pekerja yang telah dipecat dirujuk terus ke Mahkamah Perusahaan dengan kadar
                 segera tanpa campurtangan Menteri Sumber Manusia. Sekarang Menteri mempunyai kuasa merujuk atau
                 tidak kes seseorang pekerja yang tealh dipecat tanpa sebab atau alasan.
 
                  2.3          Kembalikan hak untuk menubuhkan Kesatuan Sekerja secara automatik dan hak berkesatuan
                   melalui pindaan akta Kesatuan Sekerja 1959 dengan:
 
2.3.1      mengIktiraf dan membenarkan Hak Berkesatuan tanpa campurtangan Majikan dan Kerajaan;  - Sekarang hanya 7% pekerja Malaysia yang berkesatuan  Ketua Pengarah Kesatuan Sekerja di bawah Kementerian Sumber Manusia tidak mempertahankan nasib pekerja serta kesatuan. 
2.3.2      Mansuhkan kuasa mutlak Ketua Pengarah Kesatuan Sekerja dalam memutuskan pendaftaran sesuatu kesatuan sekerja; 
2.3.3      Iktirafkan kebebasan menubuhkan Kesatuan Kebangsaan secara sukarela demi mempertahankan hak-hak pekerja dan haramkan penglibatan Majikan dalam pembentukan sebarang kesatuan sekerja; Kesatuan sekerja adalah oleh pekerja bagi pekerja;
2.3.4      Hentikan pemangsaan ahli kesatuan terutamanya pemimpin kesatuan sekerja;
2.3.5      Hentikan pemangsaan kesatuan yang sudah mewakili majority pekerja oleh Ketua Pengarah Kesatuan Sekerja;
2.3.6      Hentikan sekatan ke atas hak kesatuan sekerja bersuara, berpiket dan bermogok;
2.3.7      Wajibkan kesatuan yang mempunyai majoriti ahli diberi pengiktirafan secara automatik dan rundingan Perjanjian Kolektif dimula dengan segera;
 
2.4          Mengambil berat terhadap kebajikan pekerja dengan:
2.4.1      Wajibkan Cuti Bersalin bergaji selama 14 minggu bagi semua pekerja kaum wanita dan cuti bergaji selama 14 hari cuti bagi pekerja kaum suami yang isterinya bersalin.
2.4.2      Wajibkan Tempat penyusuan bayi yang sesuai di tempat-tempat kerja disediakan bagi kaum pekerja wanita.
2.4.3      Wajibkan penyediaan pusat-pusat penjagaan kanak-kanak komuniti yang bertauliah oleh majikan.  Majikan-majikan boleh menyumbang dana untuk tujuan ini.
 
2.5          HENTIKAN RUNDINGAN FTA yang menafikan hak –hak asasi pekerja dan rakyat Malaysia. Kerajaan Malaysia kini sedang menjalankan rundingan FTA bersama Kesatuan Eropah (European Union) dan  Amerika Syarikat (melalui perjanjian kerjasama Trans Pasifik atau TPP). Bahaya FTA ini adalah:
 
2.5.1              Pasaran Malaysia akan dibuka kepada syarikat multinasional Amerika dan Europa, Tarif barangan perkilangan dan perkhidmatan Amerika akan dikurangkan kepada sifar sekiranya tuntutan Amerika dikotakan melalui TPP.
 
2.5.2              Europah pula mungkin akan meminta Malaysia untuk mengurangkan 80-90% daripada tariff Malaysia bagi barangan Europah. ini bermakna industri-industri tempatan tidak lagi akan dilindungi sekaligus mereka tidak akan dapat bersaing dengan barangan murah dari US dan EU. Para pekerja akan terjejas sama sekali.
 
2.5.3              Syarikat kecil/sederhana di Malaysia tidak mampu bersaing dan mereka terpaksa tutup perniagaan dan pekerja akan kehilangan pekerjaan
 
3.   Jaminan Perlindungan Sekuriti Sosial
3.1          Skim pencen pekerja swasta perlu dilaksanakan untuk menangani masalah kemiskinan selepas persaraan. Memandangkan jangka hayat rakyat Malaysia semakin meningkat dan kemungkinan caruman KWSP habis dalam jangka masa kurang 5 tahun, maka skim pencen pekerja swasta harus dilaksanakan dengan segera untuk meringankan bebanan kaum pekerja terutamanya golongan yang berpendapatan rendah ketika usia tua. Skim ini harus menetapkan kadar pencen melebihi paras kemisninan negara.
 
3.2          Bekerja 5 hari seminggu atau waktu kerja tidak melebihi 40 jam seminggu. Beratus-ratus ribu pekerja di serata dunia terkorban dalam memperjuangkan lapan jam kerja sehari. Juga kerja lebih masa juga boleh mendatangkan risiko kepada pekerja dan waktu kerja yang panjang juga menafikan hak pekerja untuk berehat serta meluangkan masa bersama keluara.
 
       3.3          Tabung pemberhentian kerja.  Pembentukan  tabung ini akan membantu pekerja yang           diberhentikan kerja semasa negara mengalami kemelesetan ekonomi. Ini kerana semasa kemelesetan ekonomi, kumpulan yang paling banyak menerima kesannya adalah pekerja yang kehilangan kerja, pemotongan gaji, pengurangan Overtime dan sebagainya.  Wujudkan juga undang-undang yang mewajibkan majikan dan pekerja memberi sumbangan kepada tabung ini seperti mana Negara-negara seperti England, Perancis, dan Switzerland terdapat skim ‘Social Security’ untuk membantu pekerja sekiranya mereka kehilangan kerja.
 
 
4.   Jaminan Kesihatan dan Keselamatan Pekerja
 
4.1         Perlindungan PERKESO 24 jam termasuk di luar waktu kerja. Kini, PERKESO hanya melindungi pekerja pada waktu kerja dan semasa perjalanan rutin dari dan ke tempat kerja. PERKESO sebagai satu skim perlindungan, pekerja harus dilindungi 24 jam sehari, 7 hari seminggu dan setiap hari dalam setahun.  
 
4.2          Insuran Skim Perubatan untuk semua pekerjanya. Kemudahan ini dibiayai oleh Majikan atau Kerajaan atau Majikan bersama Kerajaan.  Skim ini harus meliputi  dan memberi perlindungan kepada  pasangan serta anak-anak.
 
 
5.            Jaminan kebajikan dan kesejahteraan pekerja yang juga rakyat Malaysia
5.1       Hentikan Pengswastaan kemudahan dan perkhidmatan asas seperti air, elektrik, hospital awam, pendidikan, pengangkutan awam,  Penswastaan menyebabkan peningkatan kos perkhidmatan ini yang membebankan rakyat.
 
5.2          Kawal Harga Barangan Asasi.  Barangan keperluan asas seperti beras, daging, ayam, ikan, sayur-sayuran, gula, tepung, susu, roti, petrol, gas masak dan lain-lain perlu ada kawalan harga yang ketat oleh Kerajaan.
 
5.3          Mansuhkan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) di Malaysia yang akan menyebabkan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan yang membebankan rakyat.
 
5.4          Skim Perumahan Selesa bagi 70% rakyat yang berpendapatan kurang dari RM5000 serta pekerja ladang masih menghadapi pengusiran apabila ladang dibangunkan dan para pekerja ini dihalau tanpa diberi rumah alternative serta bagi penghuni flats yang dibebani kos penyelenggaraan di samping perumahan mereka yang bagaikan sarang burung.

Sekian,
Jaringan Pekerja Malaysia
 
Last Updated ( Thursday, 25 September 2014 )
Share |
Joomla Templates and Joomla Web Sites
link