Selamat Tahun Baru dengan Gaji Minima RM900 PDF Print E-mail
Monday, 31 December 2012
Selamat Tahun Baru 2013
Berita Baik untuk Pekerja - Gaji Minima RM900

Salam perjuangan dan selamat tahun baru daripada JERIT. 2013 ini menjadi tahun yang baik untuk warga pekerja Malaysia di mana Gaji Minima RM900 akan dilaksanakan mulai Januari 2013. Satu kejayaan kepada warga pekerja yang berjuang lebih 10 tahun. Syabas !
Namun cabaran masih menanti kita. Kini, kita sudahpun mula mendengar suara majikan yang enggan mahu membayar Gaji Minima RM900 dengan memberi pelbagai alasan yang tidak munasabah. Kaum pekerja jangan gentar dengan suara majikan. Kita 99% dan mereka hanya 1%. Jika majikan enggan laksanakan Gaji Minima RM900, maka perjuangan untuk hak pekerja akan berterusan.

Tahun 2013 juga merupakan tahun PILIHANRAYA. Rakyat mempunyai satu tanggungjawab yang besar dalam PRU13 ini untuk membawa perubahan tulen. Jangan kita lupa isu-isu alam sekitar seperti Lynas, Bukit Koman dan Pengerang. Rakyat juga berhadapan dengan polisi neo-liberal seperti FTA dan GST yang akan memiskinkan kita lagi. Jangan juga kita lupa politik kotor seperti rampasan kuasa di Perak dan salah guna jentera Kerajaan seperti polis, media dan SPR. Ini semua harus dihentikan. 

Kuasa di tangan RAKYAT ! SELAMAT TAHUN BARU 2013



BUAT ADUAN JIKA MAJIKAN GAGAL LAKSANA GAJI MINIMA RM900 PADA JANUARI 2013
HUBUNGI KAMI DI TALIAN 010-2402159 @ 019-2612259 @ 019-2612269 
Share |
Joomla Templates and Joomla Web Sites
link