PENDUDUK FLATS TAMAN PERMATA PROTES DI PEJABAT PERDANA MENTERI! PDF Print E-mail
Tuesday, 20 August 2013

PERDANA MENTERI TUNGGU APA LAGI? BINA RUMAH SEKARANG !

 

Merujuk kepada perkara di atas, esok genap 70 hari penduduk Blok 5, Taman Permata Dengkil tinggal di khemah kerana rumah yang dibina oleh Kerajaan Persekutuan bersama Kerajaan Negeri pada 1998 tidak lagi selamat untuk dihuni.

 

Pada 30 Julai, Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan memaklumkan mereka tidak mendapat apa-apa maklumbalas dari pihak Kerajaan Negeri Selangor. Kami mendapat maklumat bahawa Kerajaan Selangor sudahpun memberi maklum balas. Tambahan pula,  KPKT memaklumkan semua keputusan berkenaan isu perumahan ini dibuat oleh YAB Perdana Menteri dan bukan Kementeriannya.

 

Sudah 70 hari kami hidup di khemah dan 14 tahun hidup merana di flats yang tiada kualiti dan sukar dihuni. Kami ingin penyelesaian segera. Tetapi sehingga kini tiada maklumat dari Kerajaan Persekutuan. 

 

Maka kami penduduk akan ke Pejabat Perdana Menteri untuk mengetahui perkembangan isu kami ini dan juga untuk membantah kelewatan dalam menyelesaikan isu kami ini.

 

Tarikh            : 21 Ogos 2013 (Rabu)

Masa              : 11.00 pagi

Tempat          : Pejabat Perdana Menteri,  Putrajaya.

 

 

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi kami di 013-3845740.

 

Sekian, terima kasih.

 

 

Yang benar,

Ramadass K

(AJK Jawatankuasa Penduduk Flats Taman Permata Dengkil)
Last Updated ( Thursday, 25 September 2014 )
Share |
Joomla Templates and Joomla Web Sites
link