Sanon Kogyo Protes PDF Print E-mail
Wednesday, 04 September 2013

49 PEKERJA SANON KOGYO MANGSA KILANG BANKRUP TUNTUT PENYELESAIAN

 

Seramai 49 pekerja Kilang Sanon Kogyo, Bangi diberi notis 24 jam henti kerja pada 17-7-2013 dan ketika itu pekerja masih belum dapat 2 bulan gaji. Tanpa sebarang pengumuman awal, majikan secara tiba-tiba membuang 49 pekerja dengan alasan syarikat sudah bankrup.

Majikan pula tidak hadir untuk rundingan di Jabatan Tenaga Kerja Bangi pada Julai 2013. Pekerja rasakan majikan cuba menganiaya hak mereka. Satu protes aman akan diadakan semasa rundingan dengan majikan pada

 

Tarikh : 5hb Sept 2013 (Khamis)

Masa :  9 pagi

Tempat : Jabatan Tenaga Kerja Bangi

Lot 709, Tingkat Bawah, Blok C Kompleks Diamond 43650 Bnadar Baru Bangi

 

Kami berharap pihak media dapat hadir untuk  liputan isu dan untuk maklumat lanjut, sila hubungi 010 2402159.

 

Terima kasih.

S. Mathavi

Media Coordinator

Share |
Joomla Templates and Joomla Web Sites
link