APAKAH PENYELESAIAN? PENDUDUK TAMAN PERMATA DENGKIL MASIH BERKHEMAH! PDF Print E-mail
Saturday, 07 September 2013
APAKAH PENYELESAIAN? PENDUDUK MASIH BERKHEMAH!

Merujuk kepada perkara di atas, sudah 90 hari penduduk Taman Permata Dengkil tinggal di khemah kerana rumah yang dibina oleh Kerajaan Persekutuan bersama Kerajaan Negeri pada 1998 tidak lagi selamat untuk dihuni. 

Pada 20 Ogos, penduduk telah berkumpul di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya menuntut satu penyelesaian segera daripada pihak kerajaan persekutuan. Sehingga kini tiada penyelesaian dari Kerajaan Persekutuan.
Maka, bagi rancangan seterusnya, kami penduduk akan membuat satu siding akhbar di khemah kami untuk memberitahu perkembangan terkini dalam isu ini pada:

Tarikh : 8 September 2013 (Ahad)
Masa : 4 petang
Tempat : Khemah Perjuangan Penduduk, Taman Permata Dengkil.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi kami di 013-3845740.
 
Sekian, terima kasih.
 

Yang benar,
Ramadass K
(AJK Jawatankuasa Penduduk Flats Taman Permata Dengkil)
Last Updated ( Thursday, 25 September 2014 )
Share |
Joomla Templates and Joomla Web Sites
link