PELANCARAN OPS PEMANTAUAN AKTA GAJI MINIMA ! PDF Print E-mail
Tuesday, 28 January 2014

Kenyataan Akhbar PSM-JERIT

28 Januari 2014

 

PELANCARAN OPS PEMANTAUAN AKTA GAJI MINIMA !

JANGAN TANGGUH LAGI !

 

Gaji Minima RM900 untuk Semenanjung dan RM800 untuk Sabah dan Sarawak telah diumumkan untuk pelaksanaan pada tahun 2013. Tetapi sepanjang 2013, pelbagai penipuan dan manipulasi menyebabkan kerajaan buat “U” turn dalam pelaksanaan. Pada 3 Disember 2013, Portal Gaji Minima telah dilancarkan dan menyatakan kerajaan akan memastikan pelaksanaan 100% Gaji Minima kepada pekerja di Malaysia dan majikan akan dikenakan denda sehingga RM20 000 seorang pekerja dan penjara 5 tahun jika gagal laksanakan Gaji Minima mulai Januari 2014. Ini juga turut ditekankan oleh Datuk Seri Zainal Rahim Seman, Setiausaha Kementerian Sumber Manusia dalam kenyataan beliau di surat khabar “The Sun” pada 9 Januari 2014.

 

Sepanjang tahun 2013, kaum pekerja ditipu dengan akta ini langsung tidak dilaksanakan atau pelbagai kelonggoran diberikan sehingga ramai Majikan yang tidak melaksanakannya dan tidak ada sebarang tindakan keatas majikan ini.

Pada 20 November 2013, pihak PSM – JERIT ada membuat satu sidang akbar dimana kami telah mengatakan bahawa akta ini tidak akan dilaksanakan pada tahun 2014 dan kami memberitahu kerisauan kami bahawa Kerajaan akan akhirnya memberi lebih ruang untuk majikan supaya akta ini tidak diimplementasi .

Namun demikian, 7hb. Februari 2014, mungkin tarikh akhir untuk kaum Majikan membayar gaji pekerja untuk bulan Januari 2014 tetapi kami nampak beberapa kenyataan yang dibuat oleh pelbagai pihak yang nampaknya bertujuan untuk menunda pelaksanaan akta ini.

 

  1. Pada 30 Disember 2013, Menteri Besar Pulau Penang, Lim Guan Eng menyatakan dalam satu sidang media bahawa Gaji Minima tidak harus meliputi pekerja migran. (Malaysiakini)
  2. Pada 20 Januari 2014, Malaysian Employers Federation (MEF) mengatakan bahawa majikan-majikan harus diberi tunjuk ajar, bukan didenda dalam pelaksanaan Gaji Minima. (The Sun Daily)
  3. Pada 21 Januari 2013, The Malaysian Textile Manufacturers Association (MTMA) menyatakan bahawa pemberian Gaji Minima kepada pekerja migran menyebabkan kos meningkat dan mengurangkan pengambilan pekerja migran. (berita Bernama)

Respon-respon diatas memberi indikasi bahawa pihak majikan sudah pun mula kerja-kerja melobi supaya mereka boleh terus mengelak dari tanggungjawab pembayaran Gaji Minima.

 

Maka, PSM dan JERIT menuntut:

 

  1. Kerajaan perlu serius dalam pelaksanaan Gaji Minima 100% kepada semua pekerja di Malaysia. Jangan tangguh lagi. Sebelum Akta ini dilaksanakan, pihak majikan sudahpun diberitahu dan mereka juga terlibat. Maka adalah tidak adil mereka mahu terus menangguhkan pelaksanaan akta ini

 

2.      PSM kecewa dengan kenyataan Menteri Besar Pulau Pinang Lim Guan Eng dan kenyataan MTMA yang mahukan akta ini tidak diimplemtasi untuk pekerja Migran. Kenyataan mereka lebih populist untuk mendapat sokongan Majikan daripada membantu kaum pekerja sendiri. Dalam aspek ini, posisi Kerajaan Persekutuan untuk memastikan gaji untuk pekerja tempatan dan migran mesti sama adalah satu posisi yang lebih adil, lebih menitik beratkan  hak pekerja dan hak asasi. Dengan mengujudkan diskriminasi antara pekerja tempatan dan migran, hanya akan memastikan Majikan memilih pekerja asing kerana polisi buruh murah dan ini akan terus mengurangkan gaji asas pekerja.

 

3.      Jika Syarikat-syarikat kecil dan sederhana (SME’s) tidak dapat bayar gaji minima, Kerajaan harus memberi subsidi untuk mengelakkan daripada penagguhan pengimplimentasian Gaji Minima. Sebelum ini pihak Kerajaan BN banyak kali pernah bail-out Syarikat-syarikat besar dan kroni apabila mereka menghadapi masalah kewangan. Justeru itu, adalah tidak salah untuk membantu SME membayar gaji minima. Peningkatan gaji asas pekerja akan membantu ekonomi negara kerana kuasa membeli pekerja akan meningkat.

 

  1. Kerajaan harus memastikan majikan didenda atau dipenjarakan jika gagal melaksanakan Gaji Minima.Kerajaan harus mempunyai pihak Penguatkuasaan yang memantau dan mendakwa majikan yang ingkar. Jika ini tidak dilakukan, maka kaum Majikan akan terus mencari peluang untuk elak pembayaran.

 

  1. Tahun 2014 adalah tahun mengimbas kembali amaun Gaji Minima tetapi kenyataan Menteri Sumber Manusia di media The Malaysian Insider pada 23 Januari 2014 mengatakan ia perlu ditangguh sehingga Julai 2014 kerana terlalu awal. PSM – JERIT berpendapat bahawa dengan kenaikan harga minyak, elektrik dan kos harian, maka adalah amat penting untuk amoun RM900 dikaji semula dan kami menyarankan RM 1500 sebagai angka yang lebih adil dan dan munasabah, kami juga menuntut akta gaji minima yang sama di Semenanjung dan di Sabah dan Sarawak

Dengan ini, kami PSM dan JERIT sedia memberi komitmen dalam merealisasikan misi kerajaan – pelaksanaan Gaji Minima 100%. Ini tidak boleh ditangguh lagi. Kaum pekerja adalah golongan yang paling banyak merasai kenaikan harga dan kos sara hidup ini. Untuk memastikan Akta gaji Minima ini tidak ditangguhkan, PSM melancarkan OPS PEMANTAUAN AKTA GAJI MINIMA untuk mengenalpasti majikan yang melanggar undang-undang Gaji Minima seperti berikut:

 

 

 

Negeri

Nombor Hotline

Kuala Lumpur

016-3337678

Selangor

010-2402159

Perak

012-5061357

Pahang

019-5696964

Penang

019-5669518

Kedah

012-2001826

Perlis

019-4342244

Melaka

012-2859103

Negeri Sembilan

012-2414351

Johor

017-7540597

Kelantan

017-6688394

Terengganu

017-9383550

Sabah

017-8131286

Sarawak

016-6713380

Pekerja-pekerja di Malaysia mula menerima Gaji bulan pertama sebelum 7hb Februari 2014. Kami menyeru pekerja-pekerja buat aduan di talian hotline kami jika majikan anda gagal memberi Gaji Minima. Majikan yang melanggar undang-undang Gaji Minima akan didedahkan dan di bawa ke perhatian Kementerian Sumber Manusia.

Selain itu PSM juga sedang dan akan mengedarkan ribuan risalah sepanjang roadshow PSM diseluruh negara antara 24 Januari hingga 23 Mac 2014 untuk memastikan maklumat sampai kepada rakyat

Dengan ini, kami berharap kita telah melaksanakan tanggungjawab kita dalam memastikan majikan tunduk kepada undang-undang dan pekerja dapat menikmati Gaji Minima.

 

Dikeluarkan oleh,

 

S.Arutchelvan

Setiuasaha Agung PSM

Bagi pihak

PSM – JERIT

019-2537791

 

Share |
Joomla Templates and Joomla Web Sites
link